Tuesday, October 26, 2010

Seminit Saja...=)

Salam..

untuk renungan bersama..,

Betapa besarnya nilai wang kertas RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
betapa resahnya ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sukarnya untuk menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa rumitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa leka kita untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan butang FORWARD ; namun kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada icon DELETE ....

Monday, October 25, 2010

Terima Kasih....

salam....

Alhamdulillah hari ini merupakan antara hari2 yg bahagia yg dirasakan walaupun masih dihujani ujian2 yg kadangkala menyebabkan diri ini terleka dan terlalu bersedih... Walaupun ujian demi ujian ditimpakan namun diri ini masih mampu berdiri kukuh di bumi Allah ini berkat Rahmat dan hidayah Allah S.W.T.

Alhamdulillah hari ini Hari Anugerah Pelajar IPG KPI dan sy merupakan salah sorg penerima anugerah (walaupun tak naik pentas amik hadiah sebab masa tak cukup), anugerah tersebut merupakan pembakar semangat untuk diri ini lebih dan terus mencapai kecemerlangan..

buat mak, abah dan keluarga , terima kasih atas segala dorongan dan sokongan serta titipan doa buat diriku ini..tiada ungkapan yang dapat digambarkan atas segala budi dan jasa kalian pada diriku..Doaku semoga kita sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dan semoga ukhuwah antra kita sekeluarga kekal hingga akhirnya..Ya Allah Rahmatilah keluargaku...Amiin..


Buat pensyarah2, terima kasih atas setiap ilmu yang dicurahkan...terima kasih kerana sentiasa membantu dan membimbing kami tanpa rasa jemu dan bosan..Terima kasih moga hidup kalian sentiasa dirahmati Allah dan semoga kebahagiaan sentiasa bersama kalian...Amiin


untuk rakan2 PISMP 4.03 Pengkhususan Pengajian Sains Sosial yg sts membantu terima kasih juga diucapkan..semoga segala perkongsian dimanfaatkan untuk kebaikan bersama..Semoga kita menjadi guru yang cemerlang satu hari nanti..Next year, make sure kita semua akan dpt anugerah..Ameen..=)

to all thnks, syukran, mag sukul.....i luve u all =)

Friday, October 22, 2010

Trip to PeNanG =)

Salam...











....kembara ke bumi Malaysia hampir selesai, hanya 2 buah negeri shj yg perlu diselesaikan..PERLIS, SARAWAK...InsyaAllah....misi akan dilaksanakan...=)

Friday, October 15, 2010

Tuesday, October 12, 2010

Hidup ini...

salam..

Alhamdulillah syukur kerana sehingga saat dan ketika ini saya masih lagi diberikan peluang utk menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu Iman dan Islam...

hari demi hari sesungguhnya akan memberikan kita sesuatu yang sememangnya akan mematangkan kita...ap yg kita lihat, apa yg kita dengar dan ap yg kita rasai hari- hari itulah yg memberikan kita pengalaman yang tidak akan dirasai pada detik dan waktu yg lain kerana di dalam dunia ini perkara yang paling jauh adalah masa...seperti dalam soalan Imam al- Ghazali kepada muridnya...

'' Lalu Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua,"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab "negara china, bulan, matahari, bintang2.."
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling benar adalah 'MASA LALU' walau dengan apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari 2 akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Pengalaman yang kita kutip setiap hari itu perlulah dijadikan pengajaran yang bermakna dalam hidup kita, pengalaman itu seharusnya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah S.W.T...setiap apa yang kita lalui tak kira ianya sedih mahupun gembira, ingatlah pada Nya agar setiap detik yang kita lalui mendapat Rahmat dari-Nya kerana mungkin bila kita terleka walaupun setengah saat, mungkin saat itulah saat pengakhiran kita di dunia.. Sahabat ingatlah Allah dalam apa jua keadaan kerana perkara yang paling hampir dengan kita adalah MATI..teringat kepada Allahyarhamah Thaqifah Malik yang sudah seminggu meninggalkan kami akibat Lukimia..dia tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan berjumpa TuhanNya dalam usia semuda 19 tahun, namun di saat- saat dia merasakan bahawa masanya sudah hampir, dia reda dengan apa yg dilaluinya, dia dengan hati yang tenang berkata ' Mama, adik reda dengan ujian ini, Allah pilih adik untuk terima ujian ini kerana Allah sayangkan Qifa'..Ya Allah kau tempatkanlah adikku ini di dalam kalangan orang- orang yang Solehah..AL-FATIHAH untuk allahyarhamah...Sesungguhnya pemergiaanNya memberi keinsafan pada diriku bahawa perkara yang paling hampir dengan kita adalah 'MATI'.. semoga kita semua akan mati dalam keadaan khusnul Kahtimah/ pengakhiran yang baik...Amin

...soalan pertama Imam Al- Ghazali kepada Muridnya..
"apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab, "orang tua, guru, kawan dan sahabatnya"
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling DEKAT itu dengan kita adalah 'MATI' kerana itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"...


dalam meniti kehidupan hari demi hari pastinya kita menginginkan sesuatu yang menggembirakan kita tak kiralah ianya berbentuk benda mahupun tidak... Manusia tidak pernah puas dengan apa yg dimiliki..setiap ketika ada shj perkara yg diingini dan diimpikan..kdg2 ianya sesuatu yg di luar jangkauan..bukanlah maksud saya, kita tidak boleh mencipta impian utk memiliki dan mencapai sesuatu namun biarkan ianya berpada - pada dan tidak mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri dan orang lain...Jangan pernah dalam diri merasakan dendam ataupun iri hati dengan orang lain..maafkan kesalahan orang lain dan mohonlah maaf kepada orang apabila kita melakukan kesilapan.. Jangan biarkan nafsu amarah dan dendam menghancurkan ikatan persaudaraan dan juga menghilangkan rasa kesopanan dan rasa malu dalam diri kita... Ciptalah impian dengan niat kerana Allah , binalah pulau cita dengan seikhlas semata- mata kerana Allah, usah biarkan perkara yang paling besar di dunia ini iaitu nafsu merajai hati kita kerana nafus itulah yang akan memusnahkan pulau cita dan impian kita.. hidup besederhanalah kerana pasti kita akan menikmati ketenangan yang abadi..

..soalam ketiga Imam Al- Ghazali...

Pertanyaan Imam Al Ghozali diteruskan dengan soalan ketiga,"apa yang paling BESAR didunia ini?"
Murid2nya menjawab,"gunung, bumi dan matahari."
"semua jawapan itu benar" kata Imam Al Ghozali "tetapi yang paling besar adalah dari yang ada didunia ini adalah 'NAFSU'. maka kita harus berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mambwa kita ke neraka"


... bermuhasabalah sentiasa.....


- PETUA IMAM SYAFIE


  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

-jom beramal'.....=)

9 SiTi...=)

9 Siti patut dijadikan contoh


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

'''semoga SITI ATIQAH BINTI ALI' mampu menjadi sehebat 9 Orang 'SITI' di atas..