Bismillahirahmanirahim...
Pelangi @ Rainbow... cantikkan..saya suka dengan pelangi sebab pelangi cantik, berwarna warni dan pelangi ni unik sgt2...ada sesuatu dengan pelangi yang menyebabkan saya suka sangat dengan pelangi ni..tapi saya xdapat nak tafsirkan dengan kata- kata..
teringat zaman sekolah dulu, nak hafal warna- warna pleangi, macam2 keluar, yg pling saya ingat sampai hari ini adlah :
Mat - Merah
Jenin - Jingga
Ke- Kuning
Hutan - Hijau
Bawa - Biru
Ikan - Indigo
Ulam - Ungu
nilah, yang dihafal untuk pastikan dapat jawab warna pelangi ikut susunan...huhu...
P.E.L.A.N.G.I.
Kenapa saya suka pelangi..
kalau dilihat, pelangi akan muncul pada waktu- waktu tertentu sahaja, muncul di waktu pagi selepas hujan dalam keadaan yang dingin, bukan sepanjang waktu kita dapat lihat pelangi tu...itulah uniknya pelangi, walaupun ianya cantik, menenangkan tetapi tidak sentiasa menonjolkan dirinya.. MasyaAllah, itulah indahnya kejadian tuhan.. Allah menjadikan pelangi untuk kita berfikir bahawa sebagai hambaNya kita tidak boleh sentiasa meninggi diri atau sombong..lebih elok kita diam tetapi menghasilkan sesuatu yg sangat bermakna daripada sentiasa menonjol tetapi tak menghasilkan apa- apa...
Hakikat sang pelangi sangat indah tetapi tidak boleh disentuh apatah dipegang atau diambil dan disimpan di dalam balang kaca..saya selalu berangan- angan untuk memiliki pelangi kerana saya suka sangat pelangi..Namun hakikatnya, pelangi itu hanyalah indah untuk dilihat bukan untuk dipegang jauh sekali untuk disimpan sebagai barang peribadi.. Cuba kita bayangkan, andai pelangi itu boleh dijadikan barang simpanan peribadi atau hiasan, pasti ramai orang berebut- rebut mendapatkannya dan pasti harganya sangat mahal kerana pelangi tidak muncul selalu, maka proses mengambil pelangi pasti sukar dan akhirnya sesiapa yg meimiliki pelangi akan menjual dengan harga yang sangat- sangat tinggi ... erm.Alhamdulillah pelangi tidak boleh diambil, kerana kalaulah pelangi itu boleh diambil dan dijual, pasti keindahan dan kedinginan warna pelangi akan hilang...bila difikirkan Allah menjadikan pelangi itu hanya untuk dilihat kerana Allah ingin mengajar manusia sesuatu..mengajar erti kesyukuran dan kesederhanaan...Allah mengajar manusia bahawa, kadang- kadang memang sesuatu itu bukan diciptakan/ ditakdirkan untuk kita walaupun benda itu terlalu indah, perkara itu terlalu istimewa, barang itu sungguh berharga bagi diri kita.. Allah mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersedrhana dalam setiap perkara dan paling penting reda dengan setiap yang berlaku...Seperti hakikat pelangilah, indah dipandangan tetapi tidak sesiapa pun mampu memlikinya..hebatnya setiap kejadian Allah..SubhanaAllah..
Maka, sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah... bersikap sederhanalah dalam sesuatu perkara.. usah terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita lupa bersyukur sehingga kita hilang pertimbangan diri apabila kita memilikinya dan sehingga menyebabkan kita berasa sangat kecewa, sangat berputus asa, sangat sedih apabila terlepas perkara/ benda tersebut... Sebagai orang Islam kita wajib percaya Rukun Iman yang keenam iaitu Percaya pada Qada' dan Qadar...dalam setiap perkara, berusaha dan bertawakal dan sulaminya dengan rasa ketaqwaan dan kesyukuran pada Allah, pasti kita akan dapat merasai nikmat dan keseronokan dengan perkara tersebut..InsyaAllah..
Akhirul Kalam..usah terlalu mengejar pelangi kerana pelangi itu hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang..Bersyukur dan Bersederhanalah...Amin..
Sunday, June 19, 2011
Pelangi...
Posted by Siti Atiqah Ali at 7:50 PM 0 comments
Sunday, May 1, 2011
Keluarga
Salam...saya bangga ada keluarga macam keluarga saya..saya syg keluarga saya...i'm miss my family so much..kalau tidak kerana kebatasan ruang waktu, ingin saja saya pulang ke kampung bertemu mereka setiap hari...
Cuti kali ni, memang xmembenarkan saya kembali ke kampung bertemu mereka.. Maafkan saya duhai bonda dan ayahanda, anakadamu bukan tidak ingin pulang, tetapi tugasan masih belum dilengkapkan sebaiknya..medan pertempuran kehidupan di sini masih belum mengizinkan anakandamu pulang ke kampung halaman. InsyaAllah, anakandamu cuba menyelesaikan pertempuran di sini secepatnya dan pulang ke kg halaman dengan segera..sesungguhnya tak tertanggung rasa rindu ini untuk bertemu kalian semua..namun, hati perlu cekal kerana pertempuran ini menentukan masa depan kita semua juga...
Untuk bonda dan ayahanda tercinta..
ika sayang mak dan abah, ika mohon ampun andai selama ini ika ada menyakitkan hati mak dan abah... terima kasih atas didikan yang diberikan selama ini..terima kasih atas segalanya, sejujurnya ika tak mampu membalas jasa mak dan abah, tapi ketahuilah, ika akan cuba sedaya upaya membalas jalas mak dan abah..
untuk kakak2 dan abg2 ku tersayang..
ika tahu, dalam adik beradik kita, ika la paling manja, ika la paling degil, ika la yg pling nakal dan ika juga la yg pling suka merajuk..ika mintak maaf kalau selama ini ika ada terambil hak abg2 dan kakak2..terima kasih untuk kasih sayang dan sokongan kalian..kita adalah adik beradik yang sgt ika kagumi..semoga ikatan adik beradik kita sentiasa harum dan sentiasa erat hingga ke akhirnya..untuk anak2 sedara cik ika yang dikasihi...
cik ika tahu, cik ika la makcik korg yg suka marah, suka arah korg, xbg korg tgk tv/ kartun, suka membebel...
tp cik ika nk korg tahu satu jek, cik ika syg kat korg smua, cik ika marah2 , membebel, arah korg sebab cik ika syg kt korg..korg la pewaris keluarga kita..dan cik ika la penjaga korg bila mak ayah korg xada di samping korg..cik ika marah2 korg sebab cik ika xnak korg susah di masa hadapan, cik ika nk korg belajar berdikari, buat semua sendiri sebab xada sapa akan tolong korang kalau korg susah kecuali diri korg sendiri..
untuk semua anak sedara cik ika, belajar rajin2, tolong mak ayah korang, tolong atuk, makwang, jaga adik- beradik masing, jangan nak gaduh sesama korg.ingat, korang semua sepupu, ada darah yang sama mengalir dlm badan korg. jaga diri, jangan ingat nak main jek..cik ika sayang awak semua...
- i love my family so much, i missmy family so much-
- sayangilah keluarga anda semua, kerana tanpa mereka, siapalah anda -
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:36 AM 0 comments
Wednesday, April 27, 2011
Mencintai dia di dalam diam
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
.
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)
Sumber: Mencintai Dia Dalam Diam | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/mencintai-dia-dalam-diam/#ixzz1KimA3KlZ..
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:17 PM 0 comments
Monday, April 25, 2011
Erti hidup kerana memberi..
Bismillahirahmanirahim...
salam..
erti hidup kerana memberi..inilah kata- kata yang sering diungkapkan oleh ustaz saya setiap kali usrah dan kata2 yg diungkapkan oleh Ydp saya..kata- kata inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus berbakti..bila difikirkan semula secara mendalam, memang benar, erti hidup adalah kerana memberi kerana apalah ertinya kita hidup 10000 tahun sekali pun tapi dalam umur kita itu, xpernh sekali pun kita memberi manfaat pada orang lain..
''Dan apa (keberatan) bagi mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menginfakkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka..(An-Nisa': 39)''
sememangnya kita ada hak untuk memberi pertolongan atau menolak untuk memberi pertolongan tetapi kita perlu ingat org yg meminta pertolongan itu juga ad hak untuk ditolong, hidup kita bukan sendirian tapi hidup kita bermasyarakat...
dalam hidup kita yg kita lalui pastinya kita akan berjumpa dengan org yg pentingkan diri, org yg tak nak amik kisah hal org lain, dan alhamdulillah kalau kita selalu jumpa org yg memang sgt baik , sgt suka menghulurkan bantuan berbanding sebaliknya..
sejujurnya saya pernah jumpa org yg sgt pentingkan diri, sampai sy terfikir xnk tgk muka dia,tapi difikirkan balik, bukan salah mereka sepenuhnya...faktor persekitaran dan faktor keluarga yg menjadikan mereka seperti itu..tapi satu jek yg sy selalu ingtkan pada diri saya dan kawan2, kita memang bukan org yang sempurna tapi kita boleh berusaha untuk menjadi sempurna..biarlah kita bukan sempurna di mata org lain, tetapi kita sempurna di depan Allah..bila kita dah rasa sempurna, semuanya akan menjadi lebih mudah..
erti hidup kerana memberi, jadinya mengapa kita perlu nk pentingkan diri dgn tidak membantu dan mengambil kesempatan atas kelemahan org lain?? iya kadang2 kita memang perlu pentingkan diri, tapi ikutlah situasi dan kesesuaiannya...kadang2 saya terasa dengan sikap org sebegini sebab bagi saya memang xpatut mereka pentingkan diri dalam keadaan genting dan gawat...bukan ke tangan yang memberi itu lebih mulia daripada yang menerima??
saya bukan sempurna, saya bukan baik, saya bukan pandai, saya bukan kaya untuk cakap semua org perlu membantu antara satu sama lain, tapi saya manusia, sy ada hati, saya ada perasaan dan saya ada agama yg menyuruh saya menyampaikan sesuatu yg baik untuk kebaikan semua org.. teringat satu hadis ;
''sampaikanlah walau satu ayat''
untuk diri saya sendiri dan kawan2, marilah kita saling bantu antara satu sama lain..apa yg kita ada, kita kongsilah pada yg memerlukan, buanglah sikap pentingkan diri pada situasi yg tak sepatutnya, belajarlah hidup bermasyarakat dengan baik, belajar untuk menyumbang sesuatu yg bermanfaat untuk org lain..belajar dan fahamilah ayat ini ''ERTI HIDUP ADALAH MEMBERI''
terima kasih untuk ustz yg memberi sy ayat ini..ayt ini sgt berharga dan sgt bernilai...iya kini sy faham mengapa ustz selalu bagi ayat ini..syukran ya ustaz..=)
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:20 PM 0 comments
Saturday, April 23, 2011
SK Bukit Tampoi (Asli)
Salam..
alhmdulillah Praktikum Fasa 1 telah berjaya ditamatkan dengan pelbagai cerita yang indah..
Cikgu Siti, panggilan keramat untuk diriku...mengajar di sebuah sekolah murid org asli mengajar diri ini banyak perkara..banyak cabaran untuk mengajar murid orang asli ni..pada awalnya, hampir menitis air mata setelah mengajar mereka..'susahnya nak ajar mereka ni', nilah ayat keramat yg terkeluar saat kali pertama mengajar mereka..namun, dengan ilham dan nikmat iman yg diberikan Allah S.W.T, alhmdulillah sy berjaya juga menamatkan praktikum ku di sekolah ini walaupun sukar..
mengajar anak- anak orang asli sememangnya agak sukar kerana mereka amat lemah dalam menguasai pelajaran...agak sukar untuk memahamkan mereka tentang satu- satu topik..saya mengajar subjek Kajian Tempatan yang sememangnya subjek fakta , makanya pelbagai kaedah perlu dilakukan supaya akhirnya murid- murid ini faham apa yg dipelajari..
saya akui, aktiviti hands-on amat berkesan untuk mereka, menggunting dan menampal amat menarik untuk mereka, tayangan video memberangsangkan mereka untuk terus belajar..bbm perlu banyak, menggunakan ICT perlu dengan benda- benda konkrit, benda2 konkrit ini perlu ada aktivti hands-on, barulah mereka akan faham apa yang diajar..
saya pernah melaksanakan PLBD untuk mereka kerana saya tahu murid org asli amat dekat dengan alam, tetapi saya tidak berjaya mendekatkan diri mereka dengan alam sambil belajar kerana mereka tidak mampu belajar secara auditori...mereka perlu lihat, dengar dan rasa, barulah mereka dapat menguasai topik itu..di sini saya sedar,mengajar murid org asli mempunyai banyak cabaran dan memerlukan guru kreatif dalam memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar..
Di akhir pengajaran, saya sering meminta murid mengulangi apa yg saya ajar, namun kadang2 hampa, mereka tidak mampu mengulanginya dengan baik walapupun sepanjang pengjaran aktiviti soal jawab tidak henti sy lakukan untuk mengukuhkan ingatan mereka..namun, saya tidak boleh mengalah, saya tidak boleh terhenti kerana itu tugas saya dan saya ingat pesanan pensyarah saya 'awak tak perlu nak target tinggi, awak ajar mereka, mereka seronok, itu yg penting, saya nk tengok bagaimana awak berinteraksi dgn mereka'..
Kaedah yg terbaik yg berkesan untuk mereka adalah belajar melalui bermain,..saya buat roda impian, menembak, sukaneka untuk mereka, dan saya lihat mereka sangat seronok dan akhirnya mereka mampu menjawab segala soalan saya di akhir pengajaran..=)
walaupun sukar nk mengajar mereka, walaupun pening nk bagi aktiviti yg menarik untuk mereka walaupun xtidur malam untuk buat BBM untuk mereka, tetapi akhirnya saya puas mengajar mereka, kepuasan apabila murid tertanya- tanya 'bila cikgu nk masuk kelas kami lagi', 'boleh tak cikgu siti masuk kelas kami', 'cikgu siti, minggu depan nak main apa pulak'..itulah kepuasan mengajar, kepuasan apabila murid tertunggu- tunggu bila gurunya akan masuk mengajar mereka...
Saya sayang murid- murid saya,mereka ingin berubah, mereka ingin berjaya,.saya dapat lihat riak wajah di muka mereka amat dahagakan ilmu, mereka perlu bimbingan dan didikan yang berterusan dengan cara mereka sendiri..mereka perlu diajar dengan cara mereka belajar..mereka tidak boleh dipaksa menulis, membaca dan mengira sekiranya mereka tidak mampu, tetapi mereka boleh dipaksa untuk belajar dan terus belajar..mereka perlukan motivasi bimbingan dan sentuhan dan belaian seorg guru..
insyaAllah saya ingin kembali ke sekolah itu dengan menghasilkan satu kajian berkenaan pembelajaran mereka..
Posted by Siti Atiqah Ali at 9:15 AM 0 comments
Tuesday, February 8, 2011
...uBaH...=)
Bismillahirahmanirahim..salam ..
...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya (Surah Ar-Ra'ad : 11)
memang benar ayat di atas, andai bukan diri kita yg mengubah diri kita, siapa lagi yg akan ubah diri kita kerana, hanya diri kita yang mengenal siapa kita dan apa kehendak kita.
seminggu menguruskan MPPB KPLI &KPLI j- QAF banyak memberi pengajaran kepada saya tentang hidup ini, tentang memberi dan menerima dan tentang diri sendiri..
melalui MPPB, bnyk yg sy tahu ttg diri saya, sy tahu apa kelemahan saya, saya tahu apa kekuatan saya, sy tahu dimana sy perlu berubah dan di mana sy perlu kekalkan apa yg sedia ada.. sekalung penghargaan utk kakak2 & Abg2 KPLI n j-QAF yang memberi komen2 yang positif dan amat membuatkan sy terfikir betapa perlunya perubahan itu...
setahun memegang jwtn JPP juga membawa sy ke sebuah pertemuan bahawa we need to change ourself toward the better life and to be a better person...
iya memang sukar utk mengubah diri kita, tp selagi kita xcuba, kita xboleh nk berhenti daripada cube berubah utk menjadi yg lebih baik...all of us are not perfect but we can always try to be the best for ourself... itulah kehidupan, Allah menentukan segalanya mesti bersebab dan mungkin kita perlu berubah kerana Allah dah menetapkan yang lebih baik di sebalik perubahan itu..
insyaAllah, sy inginkan sebuah perubahan yang membawa say ke arah yang lebih diredaiNya..semoga jalan yg sy pilih kali ini membawa sy menemui sebuah jalan yang lebih baik yg dpt membentuk keepribadian yang lebih baik utk saya...
kesabaran itu adalah kunci kepada perubahan diri kita, semoga sy diberi kesabaran itu dan semoga jua kesabaran itu sts ada utk saya..
- semoga sy diberi keizinan utk berubah- insyaAllah...
Posted by Siti Atiqah Ali at 3:18 PM 0 comments
Saturday, January 22, 2011
reZeki
bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..
benarlah org mengatakan kalau bukan rezeki , memang bukan rezeki kita even walau dh nk masuk mulut sekalipun...
erm..apa yg anda akan buat bila mknn yg anda beli dan letak kt kendraan dalam masa yg singkat tetiba hilang@lesap??? adakah anda akan menjerit? melolong? menangis? atau membiarkan jek?? or buat cam takde apa2 pe...
namun sy pasti, sekiranya pkr kt ats terjadi, mesti kita akan marah, nak tak nak confirm ada la prktaan2 yg xsepatutnya keluar dr mulut kita..mungkin bukan semua tp semestinya ada yg bersikap dgn apa yg sy nyatakan..sy bercakap mengenai diri saya juga la...kalau tetiba mknn yg dibeli hilang, sy memang akan marah smpai dh tak tahu nk buat apa..
persoalan kedua yg sy nk tnya, rasa- rasanya org yg amik mknn or brg org lain xrasa apa2 ke amik hak milik org lain?? kalau dia amik mknn, tak ke dia rasa berdosa seumur hidup sebab mknn tu kan akan jd darah dging dia, n kalau dia amik brg org, dia tak rasa bersalah ke nk guna, kot2 pemilik tu tetiba perasaan tu brg dia, tak ke kantoi nanti or senang cakap org2 yg amik brg org ni boleh ke hidup tenteram??isy2..dunia oh dunia
dari satu aspek, bg org yg brg2 / mknn kena amik ni memang la kena reda akan ketentuan, iyalah bukan rezeki nk mkn mkanan tu, n bukan rezeki nk guna brg tu lama- lama kan, tp dr satu aspek, sian kt pemilik brg tu, tak terfikir ke org yg amik tu, pemilik mknn ni pun org susah (kalau yg amik mknn tu pun org susah la), pemilik mknn ni pun memang kelaparan (kalau org yg amik tu memang tgh lapar),,isy2 xtahu nk kata apalah..
Rezeki Allah yg tentukan, sebagai hamba kita perlu la reda akan ketentuan rezeki yg ditentukan oleh kita..,kalau memang mknn or brg tu memang bukan rezeki kita nak wat camne kan, kita marah/nangis/geram pun kalau Allah dh tetapkan itu bukan mknn kita utk hari tu, maka bukanlah rezeki kita..Mungkin susah nk menghalalkan mknn or brg yg diambil tp sebagai manusia yg bersyukur, kita perlu menghalalkannya dan berdoalah agar org yg amik mknn / brg kita diberi hidayah dan tak buat kat org lain pulak..Ya Allah kau lembutkan hatiku utk menghalalkan mknn yg diamik itu..=(
akhirul kalam, mknn sy kena curi ptg td, so pesanan kepada org2 yg suka amik brg/ mknn org, tlong la jgn ulang lagi ye..kalaupun awak amik sebab awak lapar, kami pun lapar sgt2, duit elaun kami pun xmasuk lagi.,sian kami yg kelaparan jugak ni...walaupun kami pun silap ngak sebab tinggalkan mknn tu, tapi jgn la amik, sebab tu hak org..xpun sekurang- kurangnya jgn la amik semua, amik sikit sudah la...ingat Allah itu ada kt mana2 jek, perbuatan kita akan dihisab..
- note to myself - jaga barang elok2 n jgn tinggalkan brg anda di kenderaan bila anda meninggalkan kenderaan anda ye.-
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:00 PM 0 comments