Sunday, August 14, 2011

~(^_^)~

Salam..

~belajar menerima sebuah kehilangan tanpa ada rasa sedih dan pilu~

~setiap yg terjadi itu pasti ada hikmahnya, usah terlalu bersedih dengan sebuah kehilangan kerana Allah pasti telah menetapkan sesuatu yg lebih baik di sebalik kehilangan itu...~

~ lebih baik melepaskan drpd meratapi~




~hope the best for the future~

'Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran : 139)'

~
love is something that make us happy~
~arrivederci~



~the future is not in our hand~

~ be happy, trust ur heart & be urself ~

Wasalam..

Sunday, June 19, 2011

Pelangi...



Bismillahirahmanirahim...



Pelangi @ Rainbow... cantikkan..saya suka dengan pelangi sebab pelangi cantik, berwarna warni dan pelangi ni unik sgt2...ada sesuatu dengan pelangi yang menyebabkan saya suka sangat dengan pelangi ni..tapi saya xdapat nak tafsirkan dengan kata- kata..

teringat zaman sekolah dulu, nak hafal warna- warna pleangi, macam2 keluar, yg pling saya ingat sampai hari ini adlah :

Mat - Merah
Jenin - Jingga
Ke- Kuning
Hutan - Hijau
Bawa - Biru
Ikan - Indigo
Ulam - Ungu

nilah, yang dihafal untuk pastikan dapat jawab warna pelangi ikut susunan...huhu...


P.E.L.A.N.G.I.

Kenapa saya suka pelangi..

kalau dilihat, pelangi akan muncul pada waktu- waktu tertentu sahaja, muncul di waktu pagi selepas hujan dalam keadaan yang dingin, bukan sepanjang waktu kita dapat lihat pelangi tu...itulah uniknya pelangi, walaupun ianya cantik, menenangkan tetapi tidak sentiasa menonjolkan dirinya.. MasyaAllah, itulah indahnya kejadian tuhan.. Allah menjadikan pelangi untuk kita berfikir bahawa sebagai hambaNya kita tidak boleh sentiasa meninggi diri atau sombong..lebih elok kita diam tetapi menghasilkan sesuatu yg sangat bermakna daripada sentiasa menonjol tetapi tak menghasilkan apa- apa...

Hakikat sang pelangi sangat indah tetapi tidak boleh disentuh apatah dipegang atau diambil dan disimpan di dalam balang kaca..saya selalu berangan- angan untuk memiliki pelangi kerana saya suka sangat pelangi..Namun hakikatnya, pelangi itu hanyalah indah untuk dilihat bukan untuk dipegang jauh sekali untuk disimpan sebagai barang peribadi.. Cuba kita bayangkan, andai pelangi itu boleh dijadikan barang simpanan peribadi atau hiasan, pasti ramai orang berebut- rebut mendapatkannya dan pasti harganya sangat mahal kerana pelangi tidak muncul selalu, maka proses mengambil pelangi pasti sukar dan akhirnya sesiapa yg meimiliki pelangi akan menjual dengan harga yang sangat- sangat tinggi ... erm.Alhamdulillah pelangi tidak boleh diambil, kerana kalaulah pelangi itu boleh diambil dan dijual, pasti keindahan dan kedinginan warna pelangi akan hilang...bila difikirkan Allah menjadikan pelangi itu hanya untuk dilihat kerana Allah ingin mengajar manusia sesuatu..mengajar erti kesyukuran dan kesederhanaan...Allah mengajar manusia bahawa, kadang- kadang memang sesuatu itu bukan diciptakan/ ditakdirkan untuk kita walaupun benda itu terlalu indah, perkara itu terlalu istimewa, barang itu sungguh berharga bagi diri kita.. Allah mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersedrhana dalam setiap perkara dan paling penting reda dengan setiap yang berlaku...Seperti hakikat pelangilah, indah dipandangan tetapi tidak sesiapa pun mampu memlikinya..hebatnya setiap kejadian Allah..SubhanaAllah..

Maka, sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah... bersikap sederhanalah dalam sesuatu perkara.. usah terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita lupa bersyukur sehingga kita hilang pertimbangan diri apabila kita memilikinya dan sehingga menyebabkan kita berasa sangat kecewa, sangat berputus asa, sangat sedih apabila terlepas perkara/ benda tersebut... Sebagai orang Islam kita wajib percaya Rukun Iman yang keenam iaitu Percaya pada Qada' dan Qadar...dalam setiap perkara, berusaha dan bertawakal dan sulaminya dengan rasa ketaqwaan dan kesyukuran pada Allah, pasti kita akan dapat merasai nikmat dan keseronokan dengan perkara tersebut..InsyaAllah..

Akhirul Kalam..usah terlalu mengejar pelangi kerana pelangi itu hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang..Bersyukur dan Bersederhanalah...Amin..



Sunday, May 1, 2011

Keluarga

Salam...

saya bangga ada keluarga macam keluarga saya..saya syg keluarga saya...i'm miss my family so much..kalau tidak kerana kebatasan ruang waktu, ingin saja saya pulang ke kampung bertemu mereka setiap hari...

Cuti kali ni, memang xmembenarkan saya kembali ke kampung bertemu mereka.. Maafkan saya duhai bonda dan ayahanda, anakadamu bukan tidak ingin pulang, tetapi tugasan masih belum dilengkapkan sebaiknya..medan pertempuran kehidupan di sini masih belum mengizinkan anakandamu pulang ke kampung halaman. InsyaAllah, anakandamu cuba menyelesaikan pertempuran di sini secepatnya dan pulang ke kg halaman dengan segera..sesungguhnya tak tertanggung rasa rindu ini untuk bertemu kalian semua..namun, hati perlu cekal kerana pertempuran ini menentukan masa depan kita semua juga...

Untuk bonda dan ayahanda tercinta..

ika sayang mak dan abah, ika mohon ampun andai selama ini ika ada menyakitkan hati mak dan abah... terima kasih atas didikan yang diberikan selama ini..terima kasih atas segalanya, sejujurnya ika tak mampu membalas jasa mak dan abah, tapi ketahuilah, ika akan cuba sedaya upaya membalas jalas mak dan abah..

untuk kakak2 dan abg2 ku tersayang..

ika tahu, dalam adik beradik kita, ika la paling manja, ika la paling degil, ika la yg pling nakal dan ika juga la yg pling suka merajuk..ika mintak maaf kalau selama ini ika ada terambil hak abg2 dan kakak2..terima kasih untuk kasih sayang dan sokongan kalian..kita adalah adik beradik yang sgt ika kagumi..semoga ikatan adik beradik kita sentiasa harum dan sentiasa erat hingga ke akhirnya..


untuk anak2 sedara cik ika yang dikasihi...

cik ika tahu, cik ika la makcik korg yg suka marah, suka arah korg, xbg korg tgk tv/ kartun, suka membebel...
tp cik ika nk korg tahu satu jek, cik ika syg kat korg smua, cik ika marah2 , membebel, arah korg sebab cik ika syg kt korg..korg la pewaris keluarga kita..dan cik ika la penjaga korg bila mak ayah korg xada di samping korg..cik ika marah2 korg sebab cik ika xnak korg susah di masa hadapan, cik ika nk korg belajar berdikari, buat semua sendiri sebab xada sapa akan tolong korang kalau korg susah kecuali diri korg sendiri..

untuk semua anak sedara cik ika, belajar rajin2, tolong mak ayah korang, tolong atuk, makwang, jaga adik- beradik masing, jangan nak gaduh sesama korg.ingat, korang semua sepupu, ada darah yang sama mengalir dlm badan korg. jaga diri, jangan ingat nak main jek..cik ika sayang awak semua...


- i love my family so much, i missmy family so much-

- sayangilah keluarga anda semua, kerana tanpa mereka, siapalah anda -