Friday, October 23, 2009

Semai Kebaikan Tuai Keredaan..

Salam ukhuwah fillah..

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat menikmati nikmat kehidupan, bersama keluarga tercinta, bergurau senda dengan rakan seperjuangan dan yang paling penting kita masih berpeluang untuk beribadat kepada-Nya. Sesungguhnya dalam kita meniti kehidupan ini, usahlah kita terleka dengan keindahan dunia sehingga kita lupa nikmatnya syurga itu.

Kehidupan bergelar pelajar amat manis namun ianya memerlukan semangat juang yang tinggi dan juga kesabaran. Assignment, presentation, projek dan amali, itulah kehidupan pelajar..

Group work @ kerja kumpulan adalah salah satu daripada tugas yang amat berat untuk dilaksanakan kerana kerja ini memerlukan komitmen yang amat tinggi daripada semua ahli kumpulan. Bagi diri ini juga, kerja kumpulan merupakan satu cabaran yang sangat sukar untuk dihadapi berbanding tugasan individu. Kerja kumpulan memerlukan diri sentiasa bersedia menghadapi apa jua kerenah rakan sekumpulan dan juga menguji kesabaran diri sebagai hamba Allah yang lemah. Namun itu bukan penghalang untuk membuat sesuatu tugasan. Sebagai khalifah di bumi Allah ini, tugasan berkumpulan adalah salah satu daripada bentuk tugasan kita sebagai Khalifah di bumi ini.

Sekiranya kita sedar kita adalah hamba Allah yang dilantik menjadi khalifah di bumi ini, kita pasti membuat tugasan kumpulan dengan sebaik-baiknya. Alangkah beruntungnya andai semua ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan sempurna (my group is the best=). Alhamdulillah. Namun untung bukan selalunya disamping kita,ibarat pepatah Melayu, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kadang kala pasti ada jua ahli kumpulan yang sukar untuk memberi komitmen yang sewajarnya atau istilah yang selalu digunakan ' sleeping partner'. Sekiranya hal ini terjadi, sedikit sebanyak pasti kita akan berasa marah, kecewa, sedih dan mungkin akan wujud sedikit perasaan benci pada insan tersebut. Begitu sukar untuk kita menerima rakan kumpulan yang sukar memberi komitmen yang tinggi kerana disebabkan insan tersebut, kerja yang sepatutnya dibuat oleh insan tersebut, diselesaikan oleh kita dan ahli yang lain kerana sekiranya kita tidak membuatnya, ianya akan menjejaskan markah kita sendiri. Apabila kita berbicara tentang markah, pastinya kita akan lebih kecewa apabila kita mengetahui bahawa markah insan tersebut lebih tinggi berbanding kita hanya disebabkan penulisan refleksi (di IPGM) atau bahagian kerja individu dalam tugasan kumpulan tersebut. Sekuat mana pun kita, pasti sedikit kekecewaan beraja di hati kerana kita tahu insan tersebut tidak membuat apa- apa atau hanya sedikit sahaja menyumbang dalam tugasan tersebut seperti istilah yang biasa kita ucapkan ' kita buat dia yang dapat nama'.

Namun, sahabat- sahabat dan untuk diri saya juga, sekiranya hal ini terjadi pada diri kita, anggaplah tugasan itu satu amanah untuk kita selesaikan, dan anggaplah bantuan yang kita berikan untuk insan tersebut sebagai satu amalan untuk menambah pahala kita, usahlah kita mengeluh dan kecewa dengan perkara tersebut dan janganlah hanya disebabkan itu, ukhuwah kita dan sahabat kita terputus kerana markah kita boleh cari. Mungkin suatu hari nanti insan tersebutlah akan menolong kita apabila kita berada dalam kesusahan. Think positive dan carilah jalan supaya kita mampu menolongnya untuk menjadi lebih bertanggung jawab. Renungkanlah firman Allah di bawah:

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud

'Kamu tidak sekali- kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'
(Surah Ali- Imran 4: 92)

Hayatilah petikan hikmah ini:

Pada yang empunya harta melimpah, hulurkan zakat dan sedekah.
Pada yang sihat dan kuat berilah tenaga dan keringat.
Pada yang cendekiawan, pemurahlan dengan hikmah dan pengajaran.
Pada yang miskin dan kesempitan, bersedekahlah dengan senyuman.
Semua kita harus pemurah, memberi bukan untuk bermegah, menolong bukan untuk ditolong kembali, berbuat kebaikan bukan untuk dipuji, tetapi itulah perintah Tuhan, semai kebaikan dan tuailah keredaan..

Akirul kalam, buatlah sesuatu bukan kerana ganjaran tetapi kerana keredaan Allah dan ingatlah sesiapa yang membantu jalan Allah, Allah akan membantunya..

......

Kepada semua sahabat- sahabat yang pernah bekerja sama dengan saya, maaf dipinta andai saya tidak memberi komitmen yang terbaik kepada kumpulan. Nasihatilah saya agar saya sedar di mana kelemahan saya..

0 comments: