salam....
Sem ni byk belajar ttg RPH..so di sini nk berkongsi satu contih RPH PSK...
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN LIMA
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 5 Ibnu Sina
Bilangan Murid : 40 Orang
Hari/ Tarikh : Selasa/ 12 Oktober 2010
Masa : 10.00- 10.30 Pagi
Tema : Hidup bersama di Sekolah dan jiran
Tajuk : Semangat Kejiranan
Sub Tajuk : Mengenal Keluarga Jiran
HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Menyenaraikan nama dan pekerjaan keluarga jiran tetangga.
ii. Menyatakan tiga faedah mengenali keluarga jiran.
iii. Menceritakan kepada kelas mengenai keluarga jiran.
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid mempunyai jiran.
NILAI : Hormat- menghormati, bekerjasama, yakin, berdisiplin, berani
KBKK : Mencirikan, membuat gambaran mental, menjana idea.
BAHAN BANTU MENGAJAR : Puppet kertas, kad imbasan, kad manila, pensel warna, pen marker.
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | ‘Jom Jenguk- jenguk’ | - Murid diminta oleh guru untuk melihat kawasan sekitar kelas. - Murid diminta oleh guru menoleh ke arah rakan sebelah. - Murid menyapa rakan mereka dengan dan menyoal beberapa soalan yang mudah dengan bimbingan guru menggunakan puppet kertas. - Contoh soalan: Awak sihat Ahmad? Nama Ayah Abu Siapa? - Guru dan murid bersama- sama mengaitkan aktiviti dengan tajuk hari ini. | TKP : - Verbal Linguistik
KBKK : - Menjana idea
Nilai : - Yakin - Berani BBM : - Puppet kertas |
Langkah 1 (10 Minit) | Jiran Saya.
| - Murid mendengar penerangan guru berkaitan konsep jiran, cara mengenali jiran dan faedah berjiran. - Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan Jiran - Contoh soalan: i. Siapakan nama jiran kamu? ii. Apakah pekerjaan jiran kamu? iii. Apakah kaum dan agama jiran kamu? iv. Apakah faedah mempunyai jiran? - Guru membuat rumusan aktiviti. | TKP : - Verbal Linguistik KBKK : - Menjana idea Nilai : - Yakin - Berani BBM : Kad imbasan |
Langkah 2 (12 minit) | ‘Jiranku Sayang’ | - Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. - Ketua Kumpulan mengambil sampul surat daripada guru yang mengandungi 2 tugasan, kertas mahjong, 2 batang pensel warna dan marker. - Seorang murid dalam setiap kumpulan, akan diminta untuk pergi ke kumpulan lain untuk menyelesaikan tugasan pertama yang diberi. - seorang ahli kumpulan yang lain akan menjawab soalan yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain yang datang ke kumpulan mereka. - Ahli kumpulan yang lain akan menyiakan tugasan kedua iaitu melukis pelan lokasi rumah jiran. - Setelah ahli yang mencari maklumat kembali, murid akan menceritakan kepada kelas berkaitan maklumat yang diperolehinya. - Guru membuat peneguhan. | TKP : - Verbal Linguistik - Kinestatik - Visual- ruang Strategi - Kaedah Koperatif kagen : One stray three stay KBKK : - Menjana idea - Mencirikan
Nilai : - Yakin - Berani - Bekerjasama
BBM - Sampul surat - lembaran tugasan - Kad Manila - Pensel warna - Marker |
Penutup (3 minit) | Rumusan | - Murid bersoal jawab dengan guru sebagai pengukuhan: - Contoh: a) Apakah faedah- faedah mempunyai jiran. b) Apakah pekerjaan- pekerjaan jiran yang telah dinyatakan tadi? - Murid bersama- sama guru membuat rumusan aktiviti pembelajaran hari ini. - Murid mendapat lembaran kerja |
TKP : - Verbal - linguistik BBM : - Lembaran kerja
Nilai : - Yakin KBKK : - Menjana idea |
0 comments:
Post a Comment