Sesuatu itu mungkin berlaku
Mungkin juga tidak
Adakalanya sesuatu itu khayalan
Mungkin jua sesuatu yang pasti
Berjalanlah selagi mampu
Berlarilah sekuat kudrat
Melompatlah segirangnya
Merangkaklah andai itu yang termampu
Hukum alam pasti berlaku
Malang itu tidak berbau
Apa yang pasti
Waspada itu penting
Sedar itu utama
Kembalilah pada fitrah
Kicauan burung pasti menggembirakan
Hijau alam pasti mendamaikan
Ketenangan itu milik kita
-mustikaaleya-
23 Disember 2011
Friday, December 30, 2011
~ Sesuatu ~
Posted by Siti Atiqah Ali at 12:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment