Assalamualaikum..
Alhamdulillah, nikmat kehidupan masih lagi diberikan kepada saya untuk terus menjalani kehidupan di dunia penuh kenikmatan ini... Anugerah demi anugerah Allah kurniakan kepada saya walaupun kadang - kadang ianya diselangi dengan ujian yang tidak kurang hebatNya.. Namun sesungguhnya ujian- ujian itulah yang menyebabkan saya menyedari anugerah- anugerah yang Allah ingin dan telah diberikan kepada saya...
Keluarga merupakan anugerah yang ternilai yang saya miliki...hidup dengan anugerah indah membuatkan hidup ini lebih bermakna dan setiap langkah menjadi mantap dan yakin..terima kasih Allah atas anugerah ini... Tanpa mak, abah, kakak2 dan abg2, mana mungkin saya mampu mengharungi segala keperitan dalam hidup... Susah senang, sedih duka kita bersama menjadi penguat semangat kita semua dalam ikatan kekeluargaan ini..Keluarga Haji Ali Bedillah dan Hajjah Kilet Haji Said adalah KELUARGA TERBAIK di dunia ini... Syukran Ya Allah..Peliharalah Keluargaku Ya Allah dari segala bencana dan selamatkan kami di dunia dan di akhirat...
Sahabat juga merupakan antara anugerah yang terindah yang saya ada.. Kehidupan di IPG mempertemukan saya dengan pelbagai manusia dan dalam kepelbagaian manusia ini Allah anugerahkan saya dengan 3 orang sahabat yang amat saya kasihi... Siti Hajar Musa, Norhasiswana dan Hasnul Huda merupakan anugerah yang paling berharga.. mereka menjadi pendorong saya, penasihat terbaik dan merekalah keluarga saya di saat saya berjauhan dengan keluarga menuntut ilmu... Syukran ya Allah kerana mengirimkan mereka sebagai anugerah kepadaku.. semoga ikatan persahabatan kami berempat sentiasa segar ibarat bunga dan semoga ikatan ini sentiasa dirahmati Allah dan jauhkanlah kmi dari sebarang jenis persengketaan yang akan memunahkan ikatan indah ini..insyaAllah...terima kasih jat, sis & huda kerana menjadi anugerah yang tidak ternilai..
- Hidup ini sekali sahaja, nikmati kehidupan dengan rasa yang paling indah sekali, hargai insan di sekelilingi kita, sedarlah dengan anugerah- anugerah yang Allah telah berikan...Berasa beruntunglah dengan setiap anugerah yang Allah berikan... Hidup ini untuk berbahagia bukan untuk menderita..Bahagia atau derita semuanya di tangan kita...Terima kasih Allah atas anugerah yang telag diberikan..( ^_^) ~
Sunday, January 1, 2012
~ :: Anugerah :: ~
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment