Friday, January 6, 2012

~ Justice ~ ::

Salam

''.... sesungguhnya Allah menyukai orang- orang yang berlaku adil. '' (Surah al- Muntahanah ayat 8)

apa itu adil ??

apabila berbicara ttg adil, mesti kita akan mengatakan adil adalah menunaikan hak org lain..ye sememangnya itulah adil..meletakkan hak pada yang berhak..

susah untuk berlaku adil ni..lagi2 la pemimpin..adil ni bersifat subjektif..sukar ditafsirkan dengan mata kasar..ye la kan kadang2 kita rasa kita dah adil kt semua org tp org tetap kata tidak adil... tp ada jugak yang memang nampak ketidakadilan seseorang...

nobody is perfect... mungkin sebab ayat ni org akan jawab bila kita ckp dia tidak adil.. 'nobody is perfect', so semua manusia melakukan kesilapan ..jadinya maafkanlah org2 yg tidak adil ini..

Keadilan yang sebenar akan dtg apabila seseorang itu ikhlas dalam melakukan setiap tindakannya... apabila Tiada dendam kesumat di hati, tiada amarah beraja dalam hati, maka keadilan itu akan datang tanpa dipinta..Namun apabila dendan dan amarah menjadi agung dalam hati dan diri seseorang maka jujur saya katakan keadilan tidak akan berlaku..

drama byk memaparkan betapa ramainya manusia di dunia ini yang tidak adil dalam kehidupan mereka sendiri... Contohnya Drama Tentang Dhia..betapa tidak adilnya Ku Salmi terhadap menantunya Nur Kamadhia... Kerana dendam dan marah Ku Salmi berlaku tidak adil terhadap Dhia, menafikan hak Dhia sebagai isteri pada anaknya dan menafikan hak anak dlm kndungan Dhia.. Kerana ketidakadilan Ku Salmi,akhirnya dia sendiri yang merana kerana disebabkan sikapnya yang tidak adil, akhirnya dia kehilangan anaknya sendiri untuk selama- lamanya...Semoga kita mengambil iktibar dalam setiap perkara yang kita lihat, dengar dan tonton..

“Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan Ar-Rahman Azza wa Jalla -sedangkan kedua tangan Allah adalah kanan semua-. Yaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.” (HR. Muslim no. 3406).

Allah sememangnya telah berlaku adil pada manusia, manusia sendiri yang mencipta ketidakadilan itu... sungguh tinggi darjat orang yang berlaku adil ini..Maka sentiasa berlaku adillah sesama kita..berlapang dada antara kita, memaafkan sesama kita, dan selidikilah setiap kepincangan yang berlaku...usah menyebelahi pihak tertentu andai kita sendiri tidak tahu apa punca masalah yang terjadi... Teringat kata- kata Dr Ibrahim semalam 'Majoriti itu tdak semestinya betul, minoriti itu xsemestinya salah'.. saya suka ayat Dr.Tq Dr.

akhirul kalam... andai rasa tidak mampu untuk berlaku adil, mohonlah pada Allah agar kita mampu untuk berlaku adil.. Andai rasa diri menjadi mangsa ketidakadilan, mohon jualah pada Yang Maha Esa agar kita dikuatkan iman dan diberi ketenangan dalam menghadapi ketidakadilan itu...Ingatlah Doa adalah senjata orang- orang mukmin..

~ Special for Hajar, Hasiswana & Huda : Adil itu iklhas ~

0 comments: