Wednesday, January 4, 2012

First Day Class ~

salam...

Alhamdulillah hari ini saya menginjak ke semester 7 merangkap tahun akhir pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)... Akhirnya tahun akhir yang dinanti tiba jua....Namun kehadiran tahun akhir bukanlah bermakna semakin mudah jalannya untuk bergelar CIKGU...

Tahun akhirlah yang menjadi penentu kejayaan setiap guru pelatih... 3 bulan Praktikum, Sebulan intership, action research, assignments, presentations, seminar..... Banyak tu...Paling menyukarkan sem 7 adalah Praktikum 3Bulan dan AR.. walaupun AR akan dibuat pada semester 8 nanti, namun isu kajian dan bahan- bahan dah kena start dan mula sem ni dah...

First day class hari ni dah dpt sikit input mcm mana nk buat tajuk dan isu AR... dh tengok ar senior2 dulu..erm..macam mendebarkan..Jujurnya saya ingin buat AR yang terbaik dari mereka, maka saya perlu berusaha dan berusaha...





erm...nk stop jap tulis ttg fakta2 hidup yg perlu dilalui di tahun akhir ini...nk bercakap ttg kawan2...

First day class ni rasa seronok jumpa kawan semula...yela ada yg dh bertukar status dr single ke tunang org, dr tunang org ke isteri org..Rezeki masing2 kan..Tahniah utk Hajar dan K.Isma..

Nampak riak muka kawan2 yg ceria.lagi2 la muka2 cikgu2 pelatih lelaki dlm kelas ni...riuh mengalahkan perempuan pulak..rasa bersemangat untuk meneruskan pengajian di tahun akhir ini..smoga ukhuwah PISMP KS akan berkekalan selamanya.. Buang yang keruh amik yang jernih....

One thing for sure that sy xsuka hari ini adalah kena jadi Bendahari merangkap AJK Subjek untuk kelas...Entahlah rasa dah malas nak pegang apa2 jawatan walaupun sekejap jek..tapi AJK subjek kena sediakan file MQA, tu yg payah sikit nak buat sebab dh byk kali jd AJK subjek ni...byk la file kena update selalu...Huhu..kenapa aku kena lagi kali ni..huhu.. Ap2 pun kena bersyukur sebab classmates dh bg kepercayaan utk buat... InsyaAllah i do my best la...dan yg penting happy and enjoy...





By the way, sy enjoy dgn first day class sy hari ni..xsabar nak tahu first day Nina & Abu Bakar sekolah hari ni...Hopefully dorg boleh la adapt dengan kawan2 dan cikgu...berdebar nak dgr celoteh 2 org ni bercerita ttg sekolah nnati...Razin, Faiz & Kakak pun first day kt sekolah menengah... semoga dorg berjaya menempuhi alam baru...Apa- apa pun make ur day full of cheers and happiness...:)

Welcome Back School... (^_^) ...

Sunday, January 1, 2012

~ :: Anugerah :: ~



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, nikmat kehidupan masih lagi diberikan kepada saya untuk terus menjalani kehidupan di dunia penuh kenikmatan ini... Anugerah demi anugerah Allah kurniakan kepada saya walaupun kadang - kadang ianya diselangi dengan ujian yang tidak kurang hebatNya.. Namun sesungguhnya ujian- ujian itulah yang menyebabkan saya menyedari anugerah- anugerah yang Allah ingin dan telah diberikan kepada saya...

Keluarga merupakan anugerah yang ternilai yang saya miliki...hidup dengan anugerah indah membuatkan hidup ini lebih bermakna dan setiap langkah menjadi mantap dan yakin..terima kasih Allah atas anugerah ini... Tanpa mak, abah, kakak2 dan abg2, mana mungkin saya mampu mengharungi segala keperitan dalam hidup... Susah senang, sedih duka kita bersama menjadi penguat semangat kita semua dalam ikatan kekeluargaan ini..Keluarga Haji Ali Bedillah dan Hajjah Kilet Haji Said adalah KELUARGA TERBAIK di dunia ini... Syukran Ya Allah..Peliharalah Keluargaku Ya Allah dari segala bencana dan selamatkan kami di dunia dan di akhirat...



Sahabat juga merupakan antara anugerah yang terindah yang saya ada.. Kehidupan di IPG mempertemukan saya dengan pelbagai manusia dan dalam kepelbagaian manusia ini Allah anugerahkan saya dengan 3 orang sahabat yang amat saya kasihi... Siti Hajar Musa, Norhasiswana dan Hasnul Huda merupakan anugerah yang paling berharga.. mereka menjadi pendorong saya, penasihat terbaik dan merekalah keluarga saya di saat saya berjauhan dengan keluarga menuntut ilmu... Syukran ya Allah kerana mengirimkan mereka sebagai anugerah kepadaku.. semoga ikatan persahabatan kami berempat sentiasa segar ibarat bunga dan semoga ikatan ini sentiasa dirahmati Allah dan jauhkanlah kmi dari sebarang jenis persengketaan yang akan memunahkan ikatan indah ini..insyaAllah...terima kasih jat, sis & huda kerana menjadi anugerah yang tidak ternilai..







- Hidup ini sekali sahaja, nikmati kehidupan dengan rasa yang paling indah sekali, hargai insan di sekelilingi kita, sedarlah dengan anugerah- anugerah yang Allah telah berikan...Berasa beruntunglah dengan setiap anugerah yang Allah berikan... Hidup ini untuk berbahagia bukan untuk menderita..Bahagia atau derita semuanya di tangan kita...Terima kasih Allah atas anugerah yang telag diberikan..( ^_^) ~

Friday, December 30, 2011

~ Sesuatu ~

Sesuatu itu mungkin berlaku
Mungkin juga tidak
Adakalanya sesuatu itu khayalan
Mungkin jua sesuatu yang pasti

Berjalanlah selagi mampu
Berlarilah sekuat kudrat
Melompatlah segirangnya
Merangkaklah andai itu yang termampu

Hukum alam pasti berlaku
Malang itu tidak berbau
Apa yang pasti
Waspada itu penting
Sedar itu utama

Kembalilah pada fitrah
Kicauan burung pasti menggembirakan
Hijau alam pasti mendamaikan
Ketenangan itu milik kita

-mustikaaleya-
23 Disember 2011

Tuesday, November 8, 2011

~ :: Detik iNi ::~

Detik ini

Detik ini
Membawa aku jauh dari sebuah rasa
Melupakan aku dari sebuah perasaan
Meninggalkan aku dari sebuah kisah

Ya Rabbi
Cekalkan hati ini untuk meneruskan perjuangan
Tabahkan jiwa ini untuk terus melakar sebuah kisah
Kuatkan langkah ini untuk terus mengorak langkah
Hiburkan hidup ini untuk terus mencari redaMu

Ya Allah
Aku insan yang lemah
Mudah alpa dan terleka
Jadikan detik ini
Detik permulaan untukku sentiasa mendampingiMu.

-Mustikaaleya-
- 3.55 p.m-
03/ 11/2011

Wednesday, November 2, 2011

~ Bicara Hati ~

Bicara Hati

Hati ini terasa ingin berbicara

Tentang rasa yang sangat indah

Tentang kenangan yang sangat manis

Tentang insan yang sangat istimewa

Inginku katakan pada bintang dan bulan
Sememangnya aku mencintainya

Sesungguhnya aku amat menyayanginya

Namun, apalah dayaku

Melepaskannya adalah yang terbaik


Terasa inginku menggapai pelangi
Untuk diberikan padanya

Sebagai kenangan sebuah pertemuan
Namun, apalah dayaku
Pelangi itu hanya mampu kulihat dari jauh


Duhai hati,

Tidak mungkin dapat ku padam memori itu

Yang telah terlakar indah dalam kanvas hidupku
Akan kubiarkan kenangan itu tersemat di hati

Untuk kujadikan warna pelangi hidupku


Duhai hati,
Cinta yang agung cinta pada Allah

Kau dambakanlah cintaNya
Pasti kau ketemu cinta sejati
Apalah yang diharap pada manusia

Andai Allah punya segalanya

- Mustikaaleya-
- 28/10/2011

- 9.31 a.m

Monday, October 31, 2011

~ bahaGia ~

salam..

ababila berbicara tentang bahagia, semua org akan suka..sapa yang xsuka bahagia.. lagi2 merasai bahagia dengan insan- insan yang disayangi...

Bahagiakah kita apabila melihat org lain bahagia?
bahagiakah kita apabila melihat org lain derita?
bahagiakah kita apabila mmberi bahagia kita pada org lain?

jawapannya ada pada anda sendiri..

dalam hidup kita xperlu xtamak dengan bahagian yang kita ada.. Mungkin bahagia yang Allah bagi pada kita hanya pinjaman sementara...dan sememangnya bahagia di dunia adalah hanya sementara berbanding bahagia di akhirat..

Adakalanya, sebagai manusia kita akan rasa selalu ingin bahagia, bahagia itu perlu dicari bukan ditunggu.. carilah bahagia di tempat yang anda rasa anda boleh bahagia.. Bagilah diri anda bahagia dengan apa cara sekalipun.. berilah jua bahagia itu pada insan- insan yang selayaknya mendapat bahagia itu..

'When we love somebdy set them free'', maka apabila bahagia bercinta terputus di tengah jalan ingatlah pepatah inggeris ini dan ingat melepaskan insan yang disayangi bukanlah berakhirnya dunia..Kita masih ada Allah s.w.t yang xpernah memutuskna hubungan dengan kita, hanya kita shj yang sering memutuskan hubungan dengan Allah.. Ingat, apalah yang diharap pada manusia andai Allah punya segala..

'Cinta yang sebenar adalah melihat org yang anda cintai berbahagia dengan orang lain'... inilah cinta yang terbaik, namun apa2 pun cinta yang sebenar adalah cinta pada Allah.. Andai hati mencintai Allah, maka akan datanglah cinta sejati itu...Cinta Allah adalah cinta paling agung..Carilah cintaNya, cinta akan datang pada kamu..

' menjadi yang solehah untuk mencari yang soleh'... niatlah pada Allah, untuk menjadi solehah/ soleh..muhasabah diri setiap masa, dekatkan diri dengan Allah, pasti Allah akan bantu kita menjadi yang solehah/soleh... setiap perubahan perlu kerana Allah bukan kerana ingin mencari jodoh, mndapat kenalan, mendapatkan sesuatu.. sebaik- baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.


Sebagai hamba Allah, berdoalah agar kita sentiasa diberikan kebahagiaan.. berdoalah dan teruslah berdoa supaya diri kita berbahagia dengan apa yang kita ada, dengan apa yang hadapi.

hidup bukan untuk kehidupan, tetapi hidup untuk Allah..Hidup untuk mati, Mati untuk kehidupan dan mati itu pasti...

hidup sememangnya tidak selaluny indah, namun yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

Ya Allah, andai bahagia masih belum mampu kumiliki, kau kuatkan hatiku untuk sentiasa mencari bahagia itu..Ya Allah, andai bahagia itu masih tidak dapat kurasai, kau berikanlah kebahagiaan itu pada org2 di sekelilingku, kau bahagiakanlah mereka, mereka lebih memerlukan bahagia itu drku.. bahagiaku kerana bahagianya mereka. Namun Ya Allah, satu yang kupinta padaMu, kau jadikan saat aku bertemuMu adalah saat paling bahagia dalam diriku...


~ bahagia melihat mereka bahagia~ (^_^)~

semoga kita berbahagia dengan hidup kita .....

Tuesday, October 4, 2011

~ Sahabat ~

Salam...

~ :: Ada kisah tentang seorang hamba Allah yang mana ketika hendak meninggal dunia. Dia telah bercakap dengan 3 orang sahabat karibnya yang mana 2 sahabatnya berkata bahawa mereka hanya boleh menolong semasa di dunia sahaja, tetapi tidak dapat menolongnya ketika sakit (mati). Seorang lagi sahabat berkata dia akan sentiasa bersama lelaki tersebut semasa hidup dan selepas dibangkitkan. Rasullullah berkata : 2 orang sahabat pertama itu adalah harta dan keluarga manakala seorang sahabat terakhir adalah amalan :: ~

p/s : Ingatlah xsemua yang indah di dunia akan menjadi indah di akhirat. Usah terpesona dengan keindahan dunia sehingga kita lupa kenikmatan di akhirat nanti...

- Thanks to my brother for sharing this valuable story -