Bismillahirahmanirahim... Salam...semoga kita semua masih berada di dalam rahmat Allah S.W.T.
hari ini, jari- jari manis ini ingin menulis tentang manusia... dalam interaksi sosial kita hari in, pastinya kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, pelbagai ragam dan peragai manusia... Sesungguhnya Allah itu Maha Besar kerana menciptakan manusia dari pelbagai jenis, kelompok dan ragam tidak lain dan tidak bukan kerana inginkan kita berfikir.. Berfikir bagaimana ingin berinteraksi dengan baik dengan setiap orang yang kita jumpa..
Pastinya, kita pasti tidak akan lari dari perasaan positif (gembira, suka) dan tidak kurang perasaan negatif (dendam, marah, geram) apabila berinteraksi dengan manusia lain.. Itulah kita..
Menulis berdasarkan pengalaman sendiri, saya merasakan sangat sukar untuk sentiasa mewujudkan interaksi yang sangat baik apabila berinteraksi dengan orang lain sebabnya, setiap manusia adalah berbeza.. Tak semua orang boleh berinteraksi seperti saya dan saya sendiri tidak mampu untuk berinteraksi dengan cara semua orang.. Akibatnya, wujudlah salah faham, xpuas hati dan marah pada orang tu..Ermm....atiqah oh atiqah..
Kadang- kadang rasa kecewa menjengah jiwa kecil ini apabila tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam berinteraksi atau menguruskan sesuatu... Masa itulah kita ingat bahawa tiada yang sempurna di dunia ini.. .Walaupun kita rasa kita dah buat yang terbaik dan dah rasa sempurna dah cara berinteraksi, namun ada juga cacat celanya, itulah hakikatnya yang perlu diterima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, dengan reda dan satu , jangan menyerah dengan cepat, jangan sedih dan jangn berputus asa untuk terus berinteraksi dan berurusan...
Thursday, September 22, 2011
Interaksi dan Kita
Posted by Siti Atiqah Ali at 8:00 AM 0 comments
Saturday, August 20, 2011
TiGa KaTa.. :)
Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cintaLirik Lagu KRU - Tiga Kata
Hanya 3 kata sahajacukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita salingSayang satu sama lainTapi kenapa sukar meluahkan rasaBerikan mereka tahuAndainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukanKita seringkali mula hilang kemesraaanDengan mereka disisiTak rasa bersyukurTak rasa berbanggaMempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamuLihat lah di hatikuSemua kasih terhimpun,Dibiarkan terkurungJadi keluarkanSekarang luahkan
(korus)
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)
Wo aini..i love you
Posted by Siti Atiqah Ali at 7:09 PM 0 comments
Wednesday, August 17, 2011
Contoh Jurnal Praktikum .. :)
Bilangan Jurnal : 4
Minggu Praktikum : 4
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 26 Julai 2011
T Tajuk Jurnal : Penggunaan gambar untuk menguji tahap penguasaan murid.
1.0 Masalah/ Peristiwa
Saya menjalankan aktiviti ‘Cepat dan tangkas’ dengan menggunakan gambar untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik peluasan kuasa Melaka.
2.0 Analisis
Dalam topik peluasan kuasa Melaka, murid perlu mengingat nama- nama negeri yang ditakluk Melaka. Semasa sesi pembelajaran , murid akan merujuk nota untuk menjawab soalan guru. Namun, dalam sesi penutup, dengan menggunakan gambar, murid dapat menyebut nama- nama negeri dengan cepat tanpa merujuk nota lagi. Maka, dapat dilihat penggunaan gambar di akhir pengajaran dapat membantu guru membuat penilaian tentang tahap penguasaan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Cadangan Tindakan Susulan
a) Penggunaan gambar boleh digunakan untuk topik- topik yang mempunyai kaitan dengan sesuatu bahan visual.
b) Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam sesi penutup sebagai penilaian kepada tahap penguasaan murid terhadap topik.
c) Masa aktiviti untuk menggunakan gambar perlu cepat dan tidak mengambil masa yang lama.
T.0 Tempoh Masa Tindakan Susulan
Penggunaan gambar di sesi penutup akan dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran kelas yang sama pada minggu hadapan.
Posted by Siti Atiqah Ali at 11:25 PM 0 comments
Sunday, August 14, 2011
~(^_^)~
Salam..
~belajar menerima sebuah kehilangan tanpa ada rasa sedih dan pilu~
~setiap yg terjadi itu pasti ada hikmahnya, usah terlalu bersedih dengan sebuah kehilangan kerana Allah pasti telah menetapkan sesuatu yg lebih baik di sebalik kehilangan itu...~
~ lebih baik melepaskan drpd meratapi~
~ love is something that make us happy~
~arrivederci~
~the future is not in our hand~
~ be happy, trust ur heart & be urself ~
Wasalam..
Posted by Siti Atiqah Ali at 11:14 AM 0 comments