Tuesday, April 28, 2009

wajah2 ceria di BIG fasa 1




PISMP 1.03..PENGAJIAN SOSIAL...







wajah2 keGIGIHan dan keHARMONIan bakal guru...






Khemah kami..



di dapur bersama kak Isma...









LDK....




jurulatih air: En. Baha


peserta yang begitu gigih : HASNUL HUDA..








kenangan2 semasa aktiviti air...


anak merdeka dan paku pakisnya...=)


masak jgn tak masak tiqah, zila.....



hasil tangan aku, zila, yana dan kak Piqah...(sedap tau...)


kenangan di aktiviti kembara: Hutan rekreasi Tanjung Tuan




bersama Naqibah tercinta, Puan Halizah

Saturday, April 25, 2009

sepilok
















lahad datu







labuan
















kota kinabalu
















taman bukit tawau
















program integrasi IPIS dan IP Tawau




Program integrasi IPIS dan IP Tawau telah berlangsung pada 4 - 15 Mac 2009 yang lalu di Sabah Negeri Di Bawah Bayu.. Nama program integrasi tapi bagi kami yang pergi ni kami rasa program ni adalah program pengembaraan dan penjelajahan ke bumi Sabah..

sepanjang program ini berlangsung banyak aktiviti yang dilakukan dan banyak tempat di sabah yang dilawati oleh kami...dari kawasan pedalaman ke bandar dari Laut ke Awan , dr tanah rata ke tanah tinggi , dr pulau ke pulau kami lawati.(sebab tulah kami katakan pengembaraan)

antara tempat-tempat di Sabah yang dilawati ialah Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Pulau Labuan dan Semporna...banyak kenangan manis semasa berada di sabah ini..

gambar2 dalam blog nilah antara ratusan gambar yang diambil semasa di Sabah untuk tatapan semua..(InsyaAllah dari semasa ke semasa aku akan upload gambar2 yang lain pula..=))

di sini aku ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga teristiwa buat:

1) en . Idris selaku pensyarah pengiring yang bnayak membantu kami menguruskan projek ini hingga akhirnya..jasa dan budi cikgu tak dapat kami balas..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...Terima kasih cikgu...maafkan atas segala tingkah laku kami...

2) Pengarah, Timbalan pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam

3) Pensyarah2 PISMP 1.03 dan sahabat2 PISMP 1.03 Tersayang

4) Pengarah , Timbalan Pengarah IPGM Kampus Tawau dan Gaya

5) Pengarah dan warga Jabatan Pelajaran Wilayah Labuan

6) Pengetua dan warga sekolah SMK Lajau dan SMK Pantai, Labuan

7) Guru Besar dan warga sekolah SK Balung dan SK Wakuba, Tawau

8)en. Norul Hadi selaku pensyarah penasihat IP Tawau yang bertanggungjawab menyambut kedatangan kami di bumi Sabah dan menguruskan segala keperluan kami semasa di Sabah..

9) pelajar2 PISMP sem 1 kelas pengajian Sosial IP Tawau dan KPLI pengajian sosial yang sudi menerima kami dan membawa kami ke tempat2 yang best di Tawau dan Semporna. Terima kasih juga kerana sudi menerima kami sebagai kawan baru kamu semua...

10) Tun Teja @ zati selaku pengarah program sambutan..terima ksih kerana sudi berhubung dengan saya dari semasa ke semasa untuk menjayakan program kita ini dan bersama kami sehingga kami pulang ke semenanjung..

11) Syazwanti yang banyak guide kami semasa di Tawau dan sentiasa memastikan kami berada dalam keadaan yang baik semasa di Sabah.

12) Racheal yang sentiasa menjaga kebajikan kami sepanjang di Sabah dan menemani kami hingga kami berlepas ke KL semula..

13) Abg. Adjiji yang membawa kami mengelilingi Semporna dan Pulau Bum- Bum.

14) dan semua yang membantu kami menjayakan program INTEGRASI NASIONAL IP ISLAM DAN IP TAWAU 2009 .

Jasa dan budi baik kalian akan kami kenang selagi jasad dikandung badan...


sekalung dedikasi teristimewa buat:

1) Fudhail
2) Azman
3) Huda
4) Yana
5) Sis
6) Chah
7) Zila

..terima kasih dan tak terhingga buat korang yang banyak menyumbangkan tenaga, memerah keringat dan menyumbangkan idea dan sama2 menyelesaikan masalah yang timbul sebelum, semasa dan selepas prorgam kita dijalankan..terima kasih kerana memberi aku kekuatan dan semangat di saat aku lemah untuk meneruskan projek ini..aku pohon kemaafan di atas kekasaran dan sekiranya aku ada mengecilkan hati kamu semua sepanjang projek ini berlangsung...sayang korang semua..
semoga ikatan kita abadan abada...

penghargaan teristimewa buat PPISMP 05 (2007/2008) yang kini berada di IPRM DAN IPBA :

IPBA:
1) SAFUAN
2)FAQIH
3) ZARUL
4)ASYRAF @UP
5) IZZAH
6) AIN

IPRM :
1) FAIZIHILMI
2) HAFIZ @ MAT
3) FAIZUDDIN @ CHAI
4) NADIA
5) RIZA
6) JAJA
7) FARAH

Buat korang yang tersayang, terima ksih kerana bekerjasama dan berganding bahu untuk menjayakan program kita ini...walaupun korng tak dapt pergi , semangat korang tetap kami bawa ke sana...
maafkan aku kerana tidak mampu untuk membawa kamu semua pergi dan maafkan aku di atas segala kekasaran dan sikap aku yang mendesak korang untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan kamu...mugkin aku terleka masa itu sehingga aku mengecilkan hati korang...
dengan penuh keikhlasan aku pohon maaf di atas semuanya..
terima kasih yang terhingga buat korang yang memang kawan yang amat baik dan sangat mengembirakan aku...

InsyaAllah kita akan buat program bersama2 walaupun kita dah terpisah...

love and miss u all...miss our memories in o5....

akhir kalam...terima kasih buat semua..

perjalanan ini mengajar aku erti kedewasaan dan menginsafkan aku sebagai hamba Allah yang lemah akan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. Semoga pengembaraan ini menjadikan diriku lebih dekat dengan penciptaku...Amin...dan semoga pengembaraan ini mengeratkan hubungan silaturrahim antara diriku dengan dengan sahabat2 ku dan menjadikan diriku lebih menyayangi alam sekitar...InsyaAllah....

'' INTEGRASI MENJANA KECEMERLANGAN''


p/s : sesiapa yang nak g Sabah, bolehlah tanya kami...InsyaAllah kami boleh membantu..



sambungan BIG fasa 1....

23/04/ 2009

aktiviti hari ketiga ialah kembara di hutan Tanjung Tuan..
kena mendaki bukit dan memasak @ ikhtiar hidup..
banyak pengalaman yg diperolehi semasa kembara ini...kami berpeluang melihat keindahan flora dan fauna ciptaan Allah s.w.t...
walaupun agak penat dan letih semasa mendaki bukit tapi semua tu hilang bila kami sampai tempat yang dituju..
kembara ini diketuai oleh Tuan Haji Rusli dan Puan Halizah(my naqibah). sepanjang kembara ini, tn haji Rusli banyak memberi penerangan tentang flora dan fauna yang dijumpai sepanjang kembara ini...kat sini nampak sangat la kami ni tak tahu ape2 pun tentang hutan
(nama pokok pun tak tahu......)....nilah anak merdeka....kata hj. Rusli..hehehe..kawan2 pasni kita sama2 wat research ttg nama2 pokok kat hutan tau....kang kita kena posting sabah or Sarawak or pedalaman ,tak la kita malu ngan anak murid kita yg tahu selok belok hutan ni....=)

kami ada 2 check point semasa kembara ni. check point 1 kat atas bukit...laluan ke atas ni memang mencabar ketahanan mental dan fizikal...walaupun dah bermandi peluh dan kaki macam nak tercabut, semua peserta tetap bersemangat untuk capai ke puncak....cayalah kawan2 ..... we are the winner..and semangat kita membuktikan kita ni tak manja.....=)

check point ke-2 ni adalah ikhtiar hidup... masa ni kami dikehendaki memasak dengan bahan2 yang telah dibekalkan iaitu :
1- 1 cawan beras
2-1 cawan tepung
3- 4 biji telur (seorang sebiji telur)
4- 1 tin sardin
5-2 biji kentang

masa yang diperuntukkan ialah 1 jam setengah..
masak ni satu kumpulan 3@ 4 orang.
kumpulan aku 4 orang iaitu me, azila, liyana and kak piqah
mula2 gelabah ngak r nak masak..macam tak sempat jek ..angin pun kuat sangat(maklumlah tepi pantai)...berkat keharmonian rakan sekumpulan kami...akhirnya kami berjaya juga memasak..
makanan yg kami masak ialah
1- nasi + kentang
2- sardin
3- telur rebus
4- roti lilit

special thanks to azila yang pandai hidupkan api and
special dedication to kak piqah and liyana yang menguli tepung menjadi roti....

kerjasama korang menjadikan masakan kita amat sedap (masakan group harmoni dapat 80 ke atas...hehehe)

komen Pn. Halizah kami ni dah boleh kawin tapi kawin ngan org Asli....hehe..
ayat tu dia bagi sebab tak nak bagi kami kahwin masa belajar...komen dia lg masakan kami nak bagi suami lepas la, tapi nak bagi mak mentua GAGAL.....ap2 pun masakan kami boleh dimakan .....


kawan2 marilah kita masuk kelas memasak okey.....


lepas ikhtiar hidup balik khemah.....

ptg ada LDK tentang mengenal diri sendiri,...
LDK ni nampak senang tapi nak jawab soalan yangdiberi garu kepala ngak la....mencabar...
sebabnya susah nak kenal diri sendiri dari kacamata diri sendiri....

malam ketiga adalah malam kesenian BIG...menghiburkan..
kat sini masing2 menunjukkan bakat yang terpendam...

persembahan:
amanah : drama
budiman: koir
cendekiawan:dikir barat
dedikasi : boria
gigih : rancangan TV
harmoni : pentomen

kumpulan gigih berjaya mendapat tempat pertama diikuti budiman, amanah,harmoni , cendekiawan dan dedikasi...

kawan2 aku memang semua berbakat dan kreatif.....
syabas dan tahniah atas persembahan yang menghiburkan..


malam ni kumpulan harmoni telah menyediakan hidangan istimewa iaitu wedges khas drpd KSC (kajian social club =))..wedges ni dipuji sebab sedap

wedges ni resepi shakirin and liyana...pandai korang masak kan...
group harmoni memang pandai masak..:

nadia : pakar buat air
kak piqah, hidayah dan kak mar: pakar bab menggoreng
sis and liyana : pakar bab menumis2 and memasak
aisyah :pakar masak nasi
kirin : pakar masak western food
zila : pakar masak telur
hajar : pakar bakar roti
aku : pakar merasa makanan...hehehehe

memang harmonilah kumpulan kitakan...
apa yang penting????????//...........IJTIMAI....

lepas makan wedges..time to sleep....gudnite to all...


24/ 04/ 2009

Hari last BIG, kami ada slot refleksi sahaja dan perasmian penutup..
slot refleksi dikelolakan oleh En. Roslam selaku kem komaden
masa slot refleksi, setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk membuat refleksi bagi setiap aktiviti semasa BIG.. disebabkan syarat inilah , maka automatik aku terkeluar dari senarai untuk membuat refleksi..Alhamdulillah....
group harmoni diwakili oleh hidayah..
dalam slot ni, banyakla pengakuan2, faedah2 dan pengalaman2 pahit getir semasa BIG ni diluahkan oleh peserta2 semua...kira cam slot meluahkan perasaan la...apa2 pun slot ni banyak membantu aku dan peserta2 sedar diri akan apa objektif sebenar BIG ni....

lepas slot refleksi, aktiviti turunkan khemah dan mengemas dapur dan kawasan sekitar tapak perkhemahan...penat tau....

lepas bersihkan semua, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta iaitu majlis penutup (almaklumlah tak sabar nak balik bilik..heheheh)

perasmian penutup dibuat oleh Datin Zaiton (kj maths)

atur cara majlis penutup BIG siri iv Fasa 1 PISMP Ambilan Januari 2009:

1) ketibaan tetamu VIP : Datin Zaiton
En. Sardi (pemantau)
En. Roslan (kem kom)

2) bacaan doa
3) ucapan : 1) Penghulu (dzul)
2) Kem kom (En. Roslan)
3) perasmian (Datin Zaiton)

4) penyamapai sijil dan cenderahati :

1) Malam kesenian BIG
2) Sijil kepada peserta BIG
3) Sijil dan cenderahati kepada Fasilitator BIG
4) cenderahati kepada Datin Zaiton.

5) majlis bersurai
6) jamuan

walaupun penat mengemas dapur, majlis perasmuian tetap meriah dengan sorakan dan tepukan para peserta.. peserta2 amat teruja dengan majlis ini... (teruja nak cepat habis.....)

keputusan malam kesenian BIG :

1) Gigih : rancangan TV
2) Budiman : koir
3) Amanah : Drama
4 ) Harmoni : Pentomen
5) Cendekiawan : dikir barat
6) Dedikasi : boria

tahniah buat semua..............


lepas habis majlis penutup, maka dengan rasmi BIG fasa 1 dah habis.............

sahabat2 sekalian...terima kasih atas kerjasama dan pertolongan korang semasa BIG ni berlangsung..

teristimewa buat kumpulan Harmoni....terima kasih dan maaf atas segala kekasaran....korang memang best and sporting sgt2....love you all

buat kumpulan gigih: walaupun kita sekelas, kita terpisah di BIG ni, namun.....pertolongan korang dan kerjasama korang pada kumpulan harmoni diucapkan bebanyak terima kasih..

(huda terima kasih teman aku ambil torchlight kat rumah puan malam tu...sayang hang..=))

buat kumpulan amanah, budiman, cendekiawan dan dedikasi:

terima kasih menerima kelas KS seadanya....maaf dan terima kasih atas segalanya dan
semoga ukhuwah yang dibina semasa BIG ini berkekalan hingga kita meninggalkan alam fana ini...
best BIG dengan kamu semua........

sekalung dedikasi buat semua fasilitator2 BIG siri IV fasa 1 ni:
En. Roslan
En. Mohd Zin
En. Baha
Tn. Hj. Rosli
Pn. Halizah
Umi Kay
Pn. Rahimah
Pn. Sharidah &
semua naqib dan naqibah

syukran jazilan...terima kasih...ma' sukul...nandre...shei-shei..aligato....

selamat tinggal BIG fasa 1......jumpa lagi di BIG seterusnya.....




BIG fasa 1

pada 20- 23 april 2009, aku dan rakan2 PISMP 1.03, 1.02 dan 1.01 telah menyertai BIG fasa 1..
memang penat tapi amat best...
lokasi BIG fasa 1 ni buat kat pusat penyelidikan marin UPM, Teluk Kemang, POrt Dickson (betul2 depan pantai PD)..
kumpulan BIG fasa 1 ni ada 6 group iaiti AMANAH, BUDIMAN, CENDEKIAWAN, DEDIKASI, GIGIH DAN HARMONI(my group)..

..kat sini aku coretkan beberapa pengalaman semasa aku BIG....

20/04/2009 : hari pertama
perjalanan dr institut ke PD lebih kurang satu jam setengah...
bila sampai jek kat tapak perkemahan, En. Mohd Zin bagi taklimat before kami pasang khemah.. walaupun ni kali kedua aku pasang khemah tapi aku tak ingat langsung nak pasang camne sebab masa pertama kali aku pasang khemah masa aku darjah 6...memang patut aku lupa pun...
terima ksih kat zila seba
b dialah yang banyak bantu kumpulan kami mendirikan khemah dengan jayannya.. terima ksih juga pada group khemah aku ; kirin, chah, nadia and kak marlia yang sama2 membantu mendirikan 'teratak' kita yang indah dan penuh ketenangan....

petang tu kami buat water confident kat pantai...jurulatih air kami ialah En. Baha dan Pn. Siti Romlah dan seorang jurulatih import yang tak diketahui namanya (abang ni boleh tahan garang ngak....hehehehe)
Time water confident, pelbagai reaksi dapat dilihat...ada yg takut, gerun, cuak, ada yg nangis lagi...aktiviti ni memang mencabar ketahanan fizikal dan mental...walaupun pakai BA (macam life jacket), perasaan2 ni tak mampu nak dibuang...
memang rasa agak mencabar sangat2..nak apungkan diri tanpa menelan air masin amatlah payah untuk dilakukan...last2 telan jek la air masin tu....(bila lagi nak minum air masin kan....hehehehe).. akhirnya, semua berjaya melakukan misi ni...syabas Atiqah.....syabas kawan2.....

malam pertama BIG, ada slot/ aktiviti ice breaking...Fasi slot ni ialah puan.Sharidah (kecik molek orangnye)
time ni lah kami kenal2 antara atu sama lain. (sebelum ni aku tak kenal semua pun student kelas agama...hehehehe)....
masa ni juga kami dikehendaki buat satu tepukan semangat kumpulan...masa ni memang pelbagai jenis tepukan dapat dilihat dan didengari dan yang pastinya tepukan kumpulan Harmoni is the best....apa yang penting?.....ijtimai' ...=)

21/04/2009

hari ni aktiviti dimulakan dengan LDK...Ldk ni tajuknya personaliti diri...
time ni, kami buat ujian personaliti berdasarkan warna....ada 4 warna yg boleh menujukkan personaliti kita iaitu emas, hijau, biru dan jingga...
.time ni aku terfikir, warna pun boleh menujukkan personaliti kita..best la slot ni...aku dapat warna......???

lepas LDK, kami dipecahkan kepada dua kumpulan untuk aktiviti kayak dan kembara...kumpulan aku, dedikasi dan cendekiawan dapat aktiviti kayak, yang lain tu dapat kembara...

masa mula2 kami sampai kat pantai, en.Baha bagi penerangan tentang bagaimana nak berkayak dengan baik..lepas tu kami buat water confident semula untuk menyesuaikan diri dengan air dan ombak pada masa tersebut...
diseb
abkan ombak yang kuat, kami berkayak agak lewat..sementara menanti ombak tenang kami pun buatla aktiviti sendiri di pantai PD yang menengkan jiwaku..
setelah ombak kembali tenang , kayak pun diturunkan.
time berkayak kami tak berkayak ramai2 sebab ombak memang kuat, so kena gilir2. sepatutnya kami berkayak sehingga Marina Bay, tetapi disebabkan keadaan ombak yang besar , tak dapatlah kami berkayak ke tempat tersebut...kami hanya berkayak dalam jarak yg dekat...
time kayak, sedih sikit la, aku and my partner yana yg comel tak dapat nak buat aktiviti ni disebabkan time giliran kami tiba, ombak sangat kuat (kat tengah laut pun ombak dah kuat sangat) dan air pun dah pasang.... , sebab tulah aku n yana tak dapat nak berkayak. Redalah... tahniah buat kawan2 yg dapt berkayak....for yana, kita berkayak kt kg aku jek la k....hehehehe...

setelah berhempas pulas berkayak, kami pun pulang di tapak perkhemahan...balik dari berkayak takde aktiviti, so kami buat latihan untuk malam kesenian BIG.

malam kedua , macam malam pertama, ada LDK..malam kedua ni LDK kami tentang cerita 'BERUK'....cerita ni tentang cikgu Sunan dan Alias. Cikgu sunan ni cikgu yang masih belum menguasai KKE. dia memanggil Alias dengan nama panggilan beruk disebabkan alias sering m
emberi alasan beruknya yang menyebabkan dia terlewat hadir ke sekolah (Alias mempunyai seekor beruk yang digunakan sebagai sumber pendapatan untuk menampung kehidupannya dan ibunya yang lumpuh). Disebabkan alasan tersebut juga dia menampar Alias sehingga Alias mengalami luka yang agak teruk dan disebabkan sikap cikgu Alias yang tidak memahami keadaan dirinya, Alias berhenti sekolah.
tindakan Alias berhenti sekolah menyebabkan cikgu sunan berasa amat bersalah..oleh itu, dia m
encari Alias di rumahnya.. semasa dalam perjalanan ke rumah Alias, cikgu Sunan terpaksa meredah laluan yang sukar . hal ini menimbulkan rasa simpati terhadap Alias dan menyesal dengan tindakan yang dilakukan kepada Alias...
semasa tiba di rumah Alias, hati cikgu sunan bertambah sedih dan menyesal disebabkan mellihat keadaan rumah Alias yang sangat uzur dan melihat ibu Alias yang lumpuh. Pada masa ni, cikgu sunan sedar kenapa Alias selalu datang lewat ke sekolah dan dalam keadaan yang tidak terurus...
semasa kedatangan cikgu Sunan ke rumah Alias, Cikgu Sunan melihat luka kesan tamparannya kepada Alias. Semasa tangan cikgu Sunan melihat luka tersebut, beruk Alias telah menggigit tangan cikgu Sunan disebabkan beruk tersebut merasakan bahawa cikgu Sunan ingin mencederakan tuannya..
Alias cuba untuk memberhentikan tindakan beruknya, tetapi gagal..akhirnya dia mengambil tombak (kalau tak silap aku), lalu menikam beruknya sehingga mati....=(

cerita ini agak sedih.. cerita ni banyak pengajaran untuk menjadi guru yg cemerlang..
bukan baca jek tau cerita ni, tapi kena jawab soalan...

setiap kumpuan
(kumpulan baru) diberi satu soalan dan masa sepuluh minit untuk dijawab...
soalan kumpulan aku (group 2: geog, amir, hakim, fahmi, mizan, yana, rin, kak adah, fizah dan siddiqah):

pada pendapat anda apakah ciri 2 individu, sosial dan profesional yang perlu ditingkatkan oleh cikgu Sunan untuk menjadi guru yang cemerlang?

lepas dah jawab kena bentangla..group aku buat pembentangan cara forum bicara siswa BIG..(kelakar sebab aku jadi saudari kak long bukan saudari Atiqah.....hehehe).
time ni juga ada satu peristiwa yang memang agak kelakar tapi menyebabkan perasaan geram...iaitu...zaki buat2 pengsan sebab nak bagi kami faham tentang point yang dia nak bagi....time ni semua panik termasuk puan sharidah.. kami ingat dia pengsan betul2, semua orang nak bnagun g tolong dia, last2 dia tujuk peace kat semua..apa lagi semua rasa geram giler time tu...cayalah zaki....hang memang pelakon terbaik...(rasanya boleh masuk AF).

lepas hbs pembentangan habislah aktiviti kami untuk hari kedua..
lepas hbs LDK , makan time la...makan pengat keledek (umi yg masak)....kat BIG ni bukan setakat bina insan tapi bina badan ngak....hehehehe....

lepas makan tidur.....walaupun kedaan yang panas dalam khemah kami tetap teruskan visi tidur kami.....hehehehe...



....sampai disini dulu cerita ku...esok aku sambung lagi.....

Friday, April 24, 2009

kehidupan baruku....

Alhamdulillah, impianku untuk membuat blog tercapai jua akhirnya..selepas BIG, aku merealisasikan impianku ini..terima kasih pada aisyah kerana membangkitkan semangatku untuk buat blog ni..hehehe..ma'sukul chah...semoga blog ni memberi manfaat kepada semua....kepada sesiapa yg dah lama dalam bidang blog2 ni, ajar la diriku yg masih baru ni k...
buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau boleh tolong2 la sayakan....