Friday, June 22, 2012

~ Hehehe :

salam..


~ saya tidak mahu menimbulkan masalah dan saya juga tak sangka akhirnya saya menjadi punca masalah ~

 < mula- mula rasa tension, takut,gelisah, keliru dgn apa yg terjadi tapi akhirnya rasa macam kelakar la pulak..itulah yg dikatakan  :

'bermain dgn masalah amat menyeronokkan'. >

` saya di tengah dan saya tidak tahu apa yg berlaku, apa yg sy tahu saya perlu pecut bukan lagi melangkah'

= kalau saya bermasalah, saya mintak maaf =

 / :: a problem is something fun, think positive and u will be happy and enjoy with what urlife are :: /

/ Allah tidak akan membebani hambanya melainkan kemampuanNya ::

Wednesday, June 20, 2012

its about my keluarga ~

Bismillahirahmanirahim..Salam

Kayakah saya, atau miskin kah saya?

semuanya adalah berdasarkan tafsiran sy sendiri...

saya tidak kaya, saya juga tidak miskin, saya sederhana

keluarga saya juga tidak kaya, tidak mempunyai kebun berekar,  apatah lagi rumah berunit- unit, jauh sekali kenderaan mewah..Tetapi keluarga saya sangat kaya dengan kasih sayang...itulah kaya keluarga saya...

Dulu, saya terfikir, kenapa keluarga saya xkaya?? namun semakin meningkat tua saya tahu, kaya material itu bukanlah kaya yang sebenar.

Seorang bapa saudara saya mengatakan kepada abah saya di depan saya ' Wak Sibek xpe, xde kebun, tapi anak2 semuanya berjaya dan berguna'.. terdetik di hati saya pada ketika itu, Alhamdulillah, betapa kaya keluarga saya selama ni.. Kami xperlu kebun berekar, rumah berunit - unit, kenderaan mewah, apa yng kami perlu untuk kaya adalah kasih sayang dan ilmu....Syukur..Terima kasih Allah..

Abah pernah mengatakan pada kakak2 saya yg disampaikan pada saya
'abah tangkap ikan senang kt laut, luas, xperlu nk gaduh2 dengan orang (setelah ditranslate dr bhs bugis)..

betul apa yg abah saya katakan, abah merancang yg terbaik utk kelangsungan hidup kami semua...

Anak- anak mak dan abah  ramai..tapi Alhamdulillah walaupun kami tak kaya dari segi material,abah dan mak berjaya didik kami mempunyai kerjaya sendiri yang baik dan bermanfaat utk masyarakat.

jujurnya, saya tak mengalami kesusahan hidup walaupun hidup dalam adik beradik yang ramai..sy xpernah rasa tidur atas lantai tanpa bilik..dari kecik saya tidur dalam bilik..sy tak pernah rasa makan nasi dengan garam dan kicap sahaj jauh sekali hanya makan ubi kayu..Alhamdulillah..Allah berikan kami rezeki yang cukup sehingga hari ini.

Kakak2 dan abg merasainya..kakak saya bercerita, dulu mereka naik basikal sehingga basikal itu betul2 rosak atau istilah patah semuanya baru dikatakan rosak..mereka pernah bercerita ada jiran sekampung menegur kakak2 sy apabila bapa saya menyambungkan pedal basikal dengan kayu sahaja semasa pedal basikal mereka patah..bapa saya tidak mampu ketika itu...itu sahajalah yang mampu..Alhamdulillah, kini, setiap adik beradik saya mempunyai kenderaan masing- masing yang boleh bergerak di mana sahaja..


Hari ini, saya rasakan saya perlu untuk menjadikan keluarga saya lebih kaya..kaya dr semua aspek kehidupan...kaya kami kaya kasih sayang..kaya dengan ilmu, kaya dengan perasaan hormat- menghormati dan kaya adab...

mak & abah, terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang terbaik utk kami ber10 ni..walaupun mak abah sekolah setakat darjah 3 dan kelas dewasa, tetapi ilmu didikan kepada kami sangat tinggi...

akhirnya : Family is first priority,saya sayang keluarga saya... :~