Tuesday, September 29, 2009

Riang- Ria Raya 2009 =)






salam adilfitri...

Alhamdulillah, aidilfitri tahun ini tetap meriah seperti tahun-tahun yang lalu. bersyukur ke hadrat ilahi kerana Kasih sayang dan ukhuwah kekeluargaan semakin erat dirasakan. Rasa sungguh bahagia kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari kemenangan ini bersama- sama keluarga dan sahabat2 tercinta.Alhamdulillah.Bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat 2 yg sentiasa ceria dan ada di saat tangis dan gembira. (takut juga bila kufur nikmat ini nanti ditarik Allah S.W.T- astaghfirullah, nauzubillah min zalik).

Semoga kehadiran aidilfitri ini mendekatkan kita lagi dengan Allah S.W.T. Aidilifitri merupakan hadiah oleh Allah S.W.T kepada umat Islam bagi meraikan fitrah manusia yang inginkan kegembiraan setelah mengharungi tempoh kepayahan dan kesukaran menghadapi sesuatu ujian / cubaan.

Setelah sebulan kita berada di madrasah Ramadhan mengharungi susah payah, jerih perih ujian di madrasah Ramadhan adakah kita telah benar- benar menerima ijazah taqwa yang sebenar?.fikir- fikirkan sahabat sekalian..

Walau sesukar manapun ujian dan dugaan di madrasah Ramdhan, walau sehebat mana kita berentap dalam berjuang, akhirnya kita tetap adalah insan yang bergelar manusia tidak menjadi sehebat malaikat yang tiada nafsu, juga tidak layak menjadi sehina binatang yang tiada akal yang mampu memikul risalah.

Maka aidilfitri itu Allah jadikan demi meraikan fitrah manusia yang tidak mampu lari dari sukakan kegembiraan, menjalinkan ukhuwah, fitrah menyintai keamanan dan membenci dendam. benarkan?..

Tapi kadang-kadang kita alpa dalam keseronokan dunia, adakah sepatutnya fitrah sebagai seorang hamba hanya berseronok- seronok sahaja, Duduk bermalas- malasan atau kembali menjadi hamba- hamba abdi di 'medan-medan suruhan' yang diciptakan manusia sendiri

Bila kita sedar kita adalah manusia,Khalifah di bumi ini, usahlah sekalipun kita leka bahawa 'jiwa hamba' kita inilah fitrah kita sebenar yang sepatutnya dirasai dengan nikmat iman dan Islam. Tapi ingatlah hamba ini bukan hamba yang hina, bahkan dirinya dimuliakan dengan risalah. Dengan fitrah (hamba yang memikul risalah) ini kita mampu menjadi setegar Bilal b. Rabbah ketika diseksa, seteguh Mus'ab b. Umair ketika menjadi duta ke Madinah, dan setegas Abu Bakar ketika menghadapi golongan murtad.

Hamba itu fitrahnya juga sentiasa penat, lelah, berpeluh, berterusan bekerja, buat kerja betul-betul dan kurang tidak seriusnya. Jadikan Rasulullah S.A.W sebagai model ikutan terbaik untuk kita, Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik manusia dan juga sebaik-baik hamba. Bagindalah orang yang paling penat dan paling letih hanya kerana besar dan agungnya tugas baginda menjadi pemimpin Umat Islam supaya risalah Islam itu untuk disampaikan ke generasi hingga ke hari Kiamat.

Sebagai manusia dan hamba kepada Allah S.W.T, jadikan Fitrah semulajadi kita ini untuk membina generasi- generasi yang mempunyai semangat jihad yang tinggi dan membentuk insan rabbani yang cemerlang di dunia dan di akhirat..Usah biarkan fitrah kita menjadi tuan pada diri kita, tetapi jadilah tuan kepada fitrah kita agar kita menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.


Akhirul kalam, al- Quran dan as-Sunnah adalah jalan terbaik untuk kita kembali pada fitrah insani 'jiwa hamba yang sebenar'.Kembalikan fitrah pada landasan yang betul dan pada tempat yang benar agar ianya bergerak pada tempat yang sepatuntnya dan berakhir pada jalan yang diredai-Nya..Amin

...............
Renungkan sahabat2 sekalian,
Biar kulit segelap almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit
Biar Iman sekental dodol, jangan senipis rempenyek
Biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik biskut dahlia
Senyumlah semanis wajik agar lebaran lebih bermakna..

Seputih hati sebersih nurani
Sesuci jari menyuci diri
semoga ikatan terus bersemi
salam aidilfitri tulus dari hati...

.............











Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


salam Hari Raya

untuk sahabat- sahabat yg mengenali diri ini, ampun dan maaf diminta andai sepanjang ukhuwah kita terjalin , diri ini banyak melakukukan kesilapan (pastinya ada), terkasar bahasa dan mengguris hati kawan2 semua..sesungguhnya tiada niat untuk menyakitkan hati sahabat- sahabat semua, semuanya berlaku tanpa kawalan..Sempena Hari Raya yang akan menjelma ini, dengan rasa rendah diri, saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya..Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kerahmatan pada diri kita semua..

Friday, September 11, 2009

Erti Komitmen Saya

Erti Komitmen saya adalah :

IF IT IS TO BE
IT IS UP TO ME
I WILL DO WHAT EVER IT TAKES..

THERE IS A DIFFERENCE BETWEEN KNOWING THE PATH AND WALKING THE PATH

Pengembaraan boleh memberi perangsang dan keseronokan tetapi itu merupakan perkara yang kedua penting...(John Godart)

Insan Manusia

salam bahagia..

pada kalam kali ini, sy ingin berkongsi tentang sesuatu berkaitan insan bernama manusia untuk dijadikan renungan bersama agar kita menjadi insan khalifah Allah yang lebih baik, lebih cemerlang dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T..InsyaAllah..



Manusia adalah seperti .....

1) kebanyakan manusia adalah seperti kereta tolak- tidak bergerak kecuali apabila ditolak.

2) sesetengah seperti sampan yang terpaksa menggunakan pengayuh untuk menggerakkannya.

3) ada pula yang seperti layang- layang: jika dilepaskan, ia akan terbang hilang entah ke mana.

4) tidak kurang ada yang seperti anak kucing: cepat merasa puas apabila dipupuk

5) sesetengahnya pula seperti bola: tiada siapa tahu ke arah mana ia akan melantun

6) seperti belon pun banyak: penuh dengan angin dan sedia untuk melepaskannya pada bila- bila masa.

7) yang sedihnya ada yang seperti trailer : bergerak hanya apabila ditarik

8) ada yang seperti lampu: tidak henti- henti dipasang dan dipadamkan oleh orang lain.

9) dan yang paling banyak ialah selalu mengharap nasib menyebelahi mereka tanpa melakukan sebarang usaha.

..InsyaAllah bersama- sama kita bermuhasabah diri agar kita menjadi insan yang benar- benar menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah Allah, sedar akan amanah yang dipikul dan sentiasa mencari jalan untuk menjadi lebih baik..ingatlah, masa silam itu pengalaman masa kini tumpuan masa hadapan...

Thursday, September 3, 2009


Ramadhan



Salam Ramadhan...

alhamdulillah hari ni dah 13 hari kita semua berpuasa.. rasanya baru sekejap berpuasa tetapi sebenarnya kita dah menghampiri penghujung Ramadan... semoga kita semua memperbanyakkan amal- amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini selagi masih diberi kesempatan untuk melakukannya.

Di kalam ini saya ingin berkongsi beberapa sms yang dikirim oleh sahabat saya di awal Ramadan hari itu..ayat-ayatnya ringkas namun mengandungi maksud yang cukup bermakna dan memberi nasihat yang amat penting pada kita semua.. semoga si pengirim dan diri saya serta semua mengamalkan apa yg telah dihantar dan diterima..InsyaAllah

...semoga kita semua jangan lupa renew lesen mulut, serviskan hati, kawal kadar pencemaran mata dan telinga, pelihara enjin mulut , tax minda dan cukai kesabaran selama bulan Ramadhan dan bulan- bulan yang lain..

(sms ini amat menyentuh jiwa sya dan menyedarkan saya bahawa diri ini penuh dengan kekhilafan....Semoga hari- hari yg mendatang membawa saya menuju ke jalan yang diredai Allah dan semoga hidup sy dan semua sentiasa di bawah payung Rahmat Allah S.W.T..-TERIMA KASIH PADA PENGIRIM SMS INI-syukran=))

...semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran, 4 minggu penuh keimanan, 30 hari penuh keberkatan, 720 jam penuh kasih sayang dan 43200 saat penuh senyuman...

... siang hari mencari keberkatan, malam mencari kerahmatan, dinihari mencari keampunan dan keinsafan, Lailatur Qadar menjadi impian..

semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi erti yang cukup bermakna pada diri kita, memetik kata sahabat sya, semoga bulan ini segala amal disirami nur iman dan semoga maghfirah Allah membuat sinar Marjan buat kita semua..amin..

..SALAM RAMDHAN.....