Thursday, February 11, 2010

Coretan HaTi

salam ceria..

Payahnya jika kita berjawatan...segala rasa indah terpaksa dikorbankan agar keindahan itu dapat dinikmati oleh org lain..

Senyum penawar duka..

senyum seindah suria
yg membawa cahaya
senyumlah dari hati
dunia kan tersenyum padamu...

ada apa pd jawatan sebenarnya? kenapa sukar sungguh untuk menjalankan tugas mengikut jawatan terseut..sungguh sukar..perlu sentiasa memahami...perlu sentiasa sabar, relax and be cool....

Namun sebagai org yg telah disandarkan satu jawatan, by hook or by crook i need to be seorang yg sungguh sabar dan amat sabar..sebabnya, kita tidak pernah boleh untuk jangka apa yg terjadi, ap respons, apa tindak balas terhadap ap yg kita rancang..memang benarlah kata- kata ini ' Kita ini hanya mampu merancang , namun semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T..

Makanya, sandarkanlah sesuatu itu hanya pada Allah bukan pada manusia kerana manusia mungkin menyebabkan kita berasa kecewa, sandaran pada Allah akan membuatkan kita sentiasa berasa tenang dan senang..


hati ini sentiasa mengharapkan kebaikan, namun siapalah diri ini...diri ini hanyalah hamba Allah yang lemah yang masih tercari- cari erti kehidupan itu...kesempurnaan itu milik Allah, maka duhai hatiku, usahlah bersedih agar kebaikan itu tidak sentiasa bersama kamu..namun teruskan usaha kamu untuk mencari kebaikan dan kesempurnaan itu..

Ya Allah, andai kehidupan itu baik untukku, kau hidupkanlah aku
andai kematian itu lebih baik untukku , maka matikanlah aku..

Hati ini sebenarnya tidak lagi mampu untuk menempuh apa jua konflik, namun sokongan shbt2 sentiasa menjadi satu anjakan kepada diri ini untuk menempuhi segala konflik yang berlaku..melihat senyuman sahabt2 amat bermakna untuk diri ini..senyuman itu menguatkan diriku untuk terus tersenyum...

InsyaAllah senyumanku takkan hilang walau sebesar mana konflik yg berlaku kerana ku tahu Allah sentiasa bersamaku dan shbt2 ku akan sentiasa tersenyum...=)

Tuesday, February 9, 2010

i can Do It=)



Salam Ceria...

Hidup ini penuh ini dugaan dan cabaran yang mendatang. kadang2 perkara itu menjadikan kita tersangat tension...kehidupannku sebagai JPP menjadikan otak semakin berselirat, entahlah kenapa, tetapi bila watikah telah diserahkan, rasa berat sungguh untuk terima kenyataan memegang amanah ini..terus terang sy katakan, setelah dua minggu memegang jawatan naib ketua biro exco disiplin dan keselamatan JPP, rasanya i missing something...sy kehilangan nikmat masa lapang saya..

memang betullah apa yg dikatakan dalam sebuah hadis, dua nikmat yg selalu dilupakan oleh manusia adalah nikmat kesihatan dan masa lapang..time nilah rasanya rugi sgt apabila masa lapang yang diberi Allah sebelum sy memilih jalan ini tidak digunakan dengan sebaiknya..kini, kehidupan saya perlu disusun dengan lebih baik supaya tiada istilah STRESS dan PENING KEPALA dalam diri saya dalam menjalani kehidupan seharian saya..biarlah apa pun yang terjadi, sy perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya...ini jalan yang saya pilih, so i must go on with this way, i believe i can do it...

semoga jalan ini memberi sy sebuah kehidupan yang lebih bermakna, ikatan persahabatan yang lebih erat dan ketabahan yang bermanfaat dan semoga setiap ilmu yg sy perolehi dapat sy gunakan dalam kehidupan seharian saya kini dan selamanya..InsyaAllah...Semoga Allah sentiasa memberi sy kekuatan dan memberi sy fikiran yg bernas untuk saya menjalankan amanah yang diberikan...

..dalam kehidupan ini, adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa, dan adakalany kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata..Bersyukur pd org yg menyakitimu kerana dia yg menabahkan kamu, bersyukur pada org yang tak mengendahkan kamu kerana dia memupukmu berdikari, bersyukur pada org yang menjatuhkanmu kerana dia yg menguji kesabaran dan ketabahanmu...







- wAJAH Ketua dan Naib Ketua Biro Exco Disiplin dan Keselamatan JPP 2010/2011 -
- Hope we can do the best !!!!!!!-

Jalan- JAlaN rEHatkan MinDA..

Salam..

Jom jalan- jalan rehatkan minda=)