Wednesday, March 28, 2012

~ BBB @ Media Pengajaran @ Bahan Aktiviti :)

Assalamualaikum...

here, some bbb or media pengajaran and bahan aktiviti yang saya gunakan sepanjang hampir 2 bulan bergelar 'practical teacher'... Maybe sesiapa yang terlihat di blog ni, boleh la try guna..sharing is caring....:)


1 ) kAD Facebook :

saya gunakan untuk subtopik mengenali jiran, di mana kaedah koperatif kagen 'one stray, three stay diaplikasikan...Murid nampak seronok buat aktiviti guna kad ni...:)











2) Kad Jiran :

Kad ini digunakan bersama kad facebook di mana murid akan mengisi kad facebook berdasarkan kad jiran ini... Kad ni ada macam- macam,ada guna ym, ada guna fs, twitter, yahoo mail and skype... Kad ni biasa je digunakan cuma untuk menarik perhatian murid, latar belakang kad tu ganti pada laman- laman sosial supaya lebih membuatkan murid teruja..huhu








3) Ulat Buku

- Konsep asal BBB ini adalah kad perkataan.... kalau dah selalu guna kad perkataan biasa, mesti murid pun bosan..cikgu dia pun bosan jugak sebenarnya, so jadikanlah bentuk macam ulat ini.. Bentuk BBB ini sesuai untuk pengajaran yang banyak maklumat/fakta murid perlu tahu...Ulat buku kat tepi ni digunakan untuk kepentingan menjalin hubungan baik dengan keluarga kembangan. Ada juga saya buat untuk topik faktor- faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim dunia.



4) Tangga Hikmat

- Ini digunakan untuk sesi penutup, di mana murid akan menampal maklumat di setiap tangga berdasarkan apa yang telah dipelajari. Contohnya tangga 1: senarai anggota keluarga kembangan
tangga 2: cara- cara menghormati keluarga kembangan
tangga 3 : Kepentingan saling hormat- menghormati

Penggunaan tangga hikmat ini boleh mengesan sama ada murid dapat atau tidak apa yang kita telah pelajari pada hari tersebut.. :)

5) Papan Dam

- BBB ni mesti ramai dah tahu kan..seronok lihat murid teruja bila bermain permainan dam ni..inilah salah satu aktiviti yang cikgu- cikgu boleh buat untuk tarik minat murid belajar dengan kita setiap kali kita masuk dan membuatkan murid- murid menunggu kehadiran kita di dalam kelas... Papan dam ni pun boleh dibuat guna mahjong paper dan kalau nak lagi senang, murah dan jimat, guna surat khabar then letak masking tape untuk buat petak2 dia.... Penggunaan dam ni sesuai untuk semua subjek dan topik...

6) Peta

- disebabkan saya cikgu sains sosial, maka peta memang la bbb penting bagi topik2 yang memerlukan murid mengetahui sesuatu kawasan.. Saya lebih suka melukis peta sendiri berbanding menggunakan peta dinding sedia ada disebabkan, bila guna peta dinding (tentunya sekolah punya), saya tak boleh conteng sesuka hati, kalau dah xboleh conteng suka2 hati, macam mana nak tunjuk pada murid kawasan yang mereka perlu tahu...Lagi satu, peta dinding selalunya kompleks sangat, susah murid nak lihat mana kawasan yang sepatutnya dilihat... Kalau kita lukis peta sendiri, murid seronok dan memang murid dapat la apa yang kita harapkan... Memang susah nk lukis peta, saya pun bukan reti mana pun lukis, tapi try la selagi boleh, selalunya saya akan tekap peta dinding or guna kotak grid

7) Papan soalan

- papan ni digunakan untuk memilih soalan semasa aktiviti kumpulan...Selalunya kita akan baca, tapi bila ada papan soalan, kumpulan akan pilih soalan dan akan ambil dan baca soalan kumpulan masing- masing...jadinya nampak la macam student-centered learning... Ada lagi satu papan soalan yg sy buat, papan soalah bentuk patung beruang...papan soalan tak perlu susah, buat yang simple pun okey janji ada something yang boleh tarik minat murid terhadap aktiviti kita....:).. Cara nak pilih soalan boleh guna dadu, panah, pistol or guna kotak soalan...


~ yang baik kita buat, yang kurang baik tinggalkan, yang tak baik matikan...~ To all practical teachers, all the best... :)

Tuesday, March 27, 2012

~ The day @ School :)

Assalamualaikum...

school is the place that make me smile... once i look my students, i will smile..they are my spirits, they are my soul and they are my life... Thanks kids... :).. love u all for the rest of my life..





Wednesday, March 7, 2012

~ Dia ...

Assalamualaikum...

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali...

Wan Ahmad Hilmi bin Wan Muda
17.06.1990 - 06.03.2012

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh...

perginya seorang teman seperjuangan tanpa disangka...
hilang lagi tawa seorang teman seperjuangan
hilang lagi seorang daei....

Amad, semoga amad tenang di sana...

Al- Fatihah...

~ Buat kita yang masih diberi peluang menghirup udara pada hari ini, bersyukurlah dan ingatlah bahawa ajal kematian kita adalah rahsia Allah, kita tidak akan tahu bila hari kita dijemput olehNya, maka, sentiasalah mengingati mati...~

Friday, March 2, 2012

... Cikgu....

bismillahirahmanirahim...assalamualaikum

1,2,3 ......saya seorang guru.........
a.b.c....... saya cikgu
one two three.........i am a teacher
wahid, isnain, salasa ....... ana muallimmah


menjadi guru bukanlah mudah seperti mengira 1,2,3, membaca a.b.c, tidak juga senang seperti mengeja one, two, three dan yang pasti jua memang bukan mudah seperti menyebut wahid, isnanin, salasa...

tetapi, setelah murid dapat mengira 1,2,3, membaca a.b.c, mengeja one two three dan menyebut wahid, isnain, salasa...satu perkataan yang mudah untuk segalanya adalah 'KEPUASAN'..

iya, bukan mudah menjadi guru, tetapi kepuasan setelah mengajar menjadikan segala yang sukar, susah menjadi mudah...

saya bangga dengan profesion saya...saya tidak kesal memilih profesion ini..inilah yang tertulis untuk SITI ATIQAH BINTI ALI...

................................

cerita 'cikgu praktikum'

menjadi guru praktikum adalah saat yang paling mencabar sebelum menjadi guru...
masa rehat menjadi pendek, masa beriadah langsung hilang..
kepenatan sentiasa menghantui diri
observe pensyarah, guru pembimbing menjadi rutin setiap waktu..

namun, semuanya akan hilang apabila ank murid berkata ' assalamualaikum cikgu'
walaupun gundah gelana perasaan apabila diterjah dan diobserve...tapi semuanya akan hilang apabila anak murid dapat apa yang telah diajar...

cerita diterjah akan membuatkan, yg bersedia menjadi kelam kabut...apa2 pun, always ready... itulah kunci ketenangan apabila diterjah...

Tiga kali praktikum, membawa diri saya ke arah erti kehidupan yang matang.... pengurusan diri, pengurusan masa menjadi sangat penting...

Semoga bulan kedua dan ketiga praktikum fasa ini, membawa pemikiran saya lebih jauh ke hadapan...

_ Allah is giving me what i need not what i want_
~Thanks Allah for giving me the title 'cikgu atiqah' ...