Friday, October 30, 2009

Cerita D'Asria Cafe

Salam ukhuwah Fillah..










Thnks to all=)

Thursday, October 29, 2009

Life...

Salam bahagia dan ceria...

Hidup ini ialah mempelajari kelmarin tetapi sasaran untuk esok hari ialah dengan perancangan hari ini. Motivasi manusia yang terunggul adalah Allah !

Sebaik- baik manusia di muka bumi ini ialah mereka yang memaafkan orang lain atas keinsafan dan kesalahan yang dilakukan.

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan . Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan- angan tetapi akal menyuruh menimbang (Hamka)

Always be happy, always wear a smile, not because life is full of reasons to smile but because your smile itself is a reason for many people to smile

Jadikan Al- Quran sebagai penawar hati, Zikrullah sebagai penghibur hati, Solat sebagai pelindung diri dan Taqwa sebagai baja dalam laman hati..

Biar badan calar jangan mental calar !

Trust your heart be yourself !!


Sekadar Renungan bersama..

Salam ukuhuwah fillah.

Kadang- kadang kita berdoa untuk tabah tetapi kenapa banyak dugaan
Kadang- kadang kita mintak kesenangan tetapi masalah pula yang timbul
Kadang- kadang kita mintak kebahagiaan tetapi huru hara pula jadinya
Dugaan menjadikan mental kita kuat
masalah menjadikan kita tabah..
Hebatnya Dia, semuanya ada hikmah, kalaulah kita tahu hadis ini,
Berkata oleh Jibril:
Wahai Tuhan engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab, Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya.


Dari Abu Dzarr r.a. daripada Nabi Muhammad dalam satu riwayat yang diceritakan dari Tuhannya Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, Allah berfirman:

Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan atas diri-Ku menganiya hambaku, dan aku mengharamkan pula untuk kamu memperlakukan sebegitu antara kamu, maka janganlah kamu saling melakukan aniaya. Wahai Hambaku, kamu semua adalah sesat, kecuali orang yang aku berikan petunjuk, maka mintaklah petunjukKu, supaya kamu mendapat petunjuk itu. Wahai Hambaku, semua kamu adalah lapar, kecuali orang- orang yang kuberikan makan, maka mintalah makanan daripadaku, Aku akan memberikan kamu makanan. Wahai hambaku, semua antara kamu adalah bertelanjang, kecuali orang- orang yang Kuberikan pakaian, maka mintalah pakaian dariKu,supaya aku berikan pakaian kepadamu. Wahai hambaku, sesungguhnya kamu berbuat kesalahan baik pada waktu siang atau malam, sedangkan aku mengampuni dosa- dosa kamu semua, maka mintalah keampunan dariku, akanKu ampuni dosa-dosamu itu. Wahai Hambaku,kalaupun orang- orang terdahulu dari kamu dan orang- orang yang kemudian, baik manusia atau jin, semuanya serupa dan orang paling taqwa antara kamu, semua itu tidak akan menambah kerajaan Ku walau sedikit. Wahai Hambaku,kalaupun orang- orang terdahulu dari kamu dan orang- orangyang kemudian, baik manusia atau jin, semuanya serupa dan orang paling jahat dalam kalangan kamu, semua itu tidak akan menambah kerajaan Ku walau sedikitpun. Wahai hambaku, sekiranya orang- orang yang terdahulu dari kamu dan yang kemudian, baik manusia atau jin, tegak berdiri di atas satu bukit, sambil semuanya memohon kepadaKU, lalu semua kuberi segala permohonannya, semuanya itu tidak akan mengurangi apa yang ada padaKU, kecuali hanya seperti apa yang dikurangi sebuah jarum yang dicelupkan ke laut. Wahai Hambaku, sesungguhnya itulah amal- amalmu yang akan kuhitung untukmu. Sesiapa yang memperoleh kebaikan , hendaklah dia memuji Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi,dan barangsiapan yang memperoleh keburukan, maka janganlah mencela kecuali kepada dirinya sendiri.

(Riwayat Muslim)

Sunday, October 25, 2009

Ceria di Raudhah JPP 2009

Salam ukhuwah Fillah...

Raudhah JPP merupakan hari terbuka JPP IPGM KPI. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini adalah pameran, sukaneka, futsal dan juga badminton. Kehadiran Maskot Upin dan Ipin menambahkan lagi keceriaan karnival ini. Di karnival ini, pengunjung berpeluang menunggang kuda yang diberi nama Lucy, berjumpa dan beramah mesra bersama Hafiz Hamidun. Karnival ini memang meriahla and for me this the best activities organized by JPP. JPP IPIK juga terlibat dalam pameran karnival ini. di booth IPIK, kami berpeluang untuk melihat bagaimana tulisan braille dihasilkan dan kami berpeluang untuk menulis nama/ perkataan menggunakan tulisan braille. Best sgt2 sebab susah nk dpt peluang tulis nama guna braille. TQ to IPIK.

Karnival bertambah meriah dengan persembahan Silat oleh Persatuan Silat IPGM KPI. mereka menunjukkan persembahan silat menggunakan pisau. Sungguh tangkas mereka bersilat menggunakan pisau. tahniah untuk mereka. Demonstrasi Perkomperi turut diadakan. Di sini kami berpeluang untuk mempelajari cara bermain kompang, gamelan dan juga angklung.

The best part in this carnival is UPIN and IPIN. Upin dan Ipin sanggat menceriakan hari saya hari ini. Sungguh teruja dapat berjumpa dengan maskot2 ini..Very happy..

Congratulations to all JPP IPGM KPI for this cheerful carnival! welldone !- Hope next year ada lagi and more happening and more cheerful and hopefully no more roll call at 7.15 a.m for this carnival =)


- Oppening ceremony by Tuan Haji Amin-


- Puan Kamaliah & her husband-


- cheerful girls-


- Upin dan Ipin yang comel-


-Ipin and me-


- Upin and me-


- Huda, Kirin and Chah-


- with Lucy-


-hasil seni IPIK-


- Hafiz Hamidun-

Saturday, October 24, 2009

Cerita Kolej Kediaman =)

Salam ceria

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat bersua bersama teman- teman dan berkongsi keceriaan dan kebahagiaan bersama yang tersayang..

Di kalam ini , saya ingin berkongsi sedikit cerita berkaitan kolej kediaman di IPGM KPI yang tercinta ini.

Minggu ini (19- 23/ 10/ 2009) merupakan minggu Pertandingan Kolej Kediaman peringkat IPGM . Dalam pertandingan ini, sebanyak 27 IPGM di seluruh Malaysia bertanding termasuklah IPGM KPI. The winner of this contest will get RM 10000. It's a lot of money and I think my IPGM will not be a winner for this year as we have a lack time to prepare for this contest. Perhaps we get that prize next year. InsyaAllah.

Semasa pertandingan ini dijalankan, beberapan orang wakil BPG (Bahagian Pendidikan Guru)akan datang melawat kolej- kolej kediaman di semua IPGM di Malaysia ini. Sepanjang minggu ini, memang peghuni- penghuni kolej kediaman bersengkang mata untuk menceriakan kolej kediaman masing- masing dengan semampunya dan menyiapkan fail- fail berkaitan kolej kediaman. Ada yang tak tidur hias kolej kediaman. Time nilah nak mengecat, nak tampal- tampal and nak susun- susun kerusi mana yang patut. JPP, Ketua blok, ketua aras dan ketua- ketua Ajk blok adalah antara orang yang paling sibuk minggu ni..

Honestly, we are not hopping to win in this contest but we are just hopping that not be the last.

For me, if we want to win this contest next year, the administration need to give us a budget for that. A biggest problem to decorate the hostels is money. No money no talk..huhuhu. But it not only about money, but the commitments from all the students to clean and decorate the hostels.I am very sad as I can't decorate my hostel properly as i am very busy with the final test (UAK) for last week, so i dont have a time to do it. Never mind, i will do my best next sem.InsyaALLAH=)

While the BPG comes, i get the opportunity to follow them to see all the hostels..(Thanks Hajar, Dayah n Kak Piqah bagi saya ikut.heheh). In my point of view, they satisfied with our hostel because it not so worst and i want to give a lot my respect to Blok B (Ibnu Khaldun -boy's Hostel) for their efforts to decorate their hostels very nice and beautiful compare the other 4 hostels here. Their hostels makes the BPG so proud with us.Just one, they said that they not found the 5 stars room in our hostels. erm..I think next sem, i will decorate my room as a 5 stars room like in 5 stars hotel.=)

Untuk semua penghuni- penghuni asrama, tahun depan kita perlu buat yang lebih baik untuk IPGM kesayangan kita ini. Buatlah sesuatu yang boleh kita banggakan setelah kita melangkah keluar dari IPIS ni... Untuk penghuni kolej kediaman perempuan, kita perlu lawan kolej kediaman lelaki yang selama ini memenangi pertandingan kolej kediaman IPIS. we can challenge them...InsyaAllah


Here, some pictures to see:

















Friday, October 23, 2009

Semai Kebaikan Tuai Keredaan..

Salam ukhuwah fillah..

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat menikmati nikmat kehidupan, bersama keluarga tercinta, bergurau senda dengan rakan seperjuangan dan yang paling penting kita masih berpeluang untuk beribadat kepada-Nya. Sesungguhnya dalam kita meniti kehidupan ini, usahlah kita terleka dengan keindahan dunia sehingga kita lupa nikmatnya syurga itu.

Kehidupan bergelar pelajar amat manis namun ianya memerlukan semangat juang yang tinggi dan juga kesabaran. Assignment, presentation, projek dan amali, itulah kehidupan pelajar..

Group work @ kerja kumpulan adalah salah satu daripada tugas yang amat berat untuk dilaksanakan kerana kerja ini memerlukan komitmen yang amat tinggi daripada semua ahli kumpulan. Bagi diri ini juga, kerja kumpulan merupakan satu cabaran yang sangat sukar untuk dihadapi berbanding tugasan individu. Kerja kumpulan memerlukan diri sentiasa bersedia menghadapi apa jua kerenah rakan sekumpulan dan juga menguji kesabaran diri sebagai hamba Allah yang lemah. Namun itu bukan penghalang untuk membuat sesuatu tugasan. Sebagai khalifah di bumi Allah ini, tugasan berkumpulan adalah salah satu daripada bentuk tugasan kita sebagai Khalifah di bumi ini.

Sekiranya kita sedar kita adalah hamba Allah yang dilantik menjadi khalifah di bumi ini, kita pasti membuat tugasan kumpulan dengan sebaik-baiknya. Alangkah beruntungnya andai semua ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan sempurna (my group is the best=). Alhamdulillah. Namun untung bukan selalunya disamping kita,ibarat pepatah Melayu, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kadang kala pasti ada jua ahli kumpulan yang sukar untuk memberi komitmen yang sewajarnya atau istilah yang selalu digunakan ' sleeping partner'. Sekiranya hal ini terjadi, sedikit sebanyak pasti kita akan berasa marah, kecewa, sedih dan mungkin akan wujud sedikit perasaan benci pada insan tersebut. Begitu sukar untuk kita menerima rakan kumpulan yang sukar memberi komitmen yang tinggi kerana disebabkan insan tersebut, kerja yang sepatutnya dibuat oleh insan tersebut, diselesaikan oleh kita dan ahli yang lain kerana sekiranya kita tidak membuatnya, ianya akan menjejaskan markah kita sendiri. Apabila kita berbicara tentang markah, pastinya kita akan lebih kecewa apabila kita mengetahui bahawa markah insan tersebut lebih tinggi berbanding kita hanya disebabkan penulisan refleksi (di IPGM) atau bahagian kerja individu dalam tugasan kumpulan tersebut. Sekuat mana pun kita, pasti sedikit kekecewaan beraja di hati kerana kita tahu insan tersebut tidak membuat apa- apa atau hanya sedikit sahaja menyumbang dalam tugasan tersebut seperti istilah yang biasa kita ucapkan ' kita buat dia yang dapat nama'.

Namun, sahabat- sahabat dan untuk diri saya juga, sekiranya hal ini terjadi pada diri kita, anggaplah tugasan itu satu amanah untuk kita selesaikan, dan anggaplah bantuan yang kita berikan untuk insan tersebut sebagai satu amalan untuk menambah pahala kita, usahlah kita mengeluh dan kecewa dengan perkara tersebut dan janganlah hanya disebabkan itu, ukhuwah kita dan sahabat kita terputus kerana markah kita boleh cari. Mungkin suatu hari nanti insan tersebutlah akan menolong kita apabila kita berada dalam kesusahan. Think positive dan carilah jalan supaya kita mampu menolongnya untuk menjadi lebih bertanggung jawab. Renungkanlah firman Allah di bawah:

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud

'Kamu tidak sekali- kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'
(Surah Ali- Imran 4: 92)

Hayatilah petikan hikmah ini:

Pada yang empunya harta melimpah, hulurkan zakat dan sedekah.
Pada yang sihat dan kuat berilah tenaga dan keringat.
Pada yang cendekiawan, pemurahlan dengan hikmah dan pengajaran.
Pada yang miskin dan kesempitan, bersedekahlah dengan senyuman.
Semua kita harus pemurah, memberi bukan untuk bermegah, menolong bukan untuk ditolong kembali, berbuat kebaikan bukan untuk dipuji, tetapi itulah perintah Tuhan, semai kebaikan dan tuailah keredaan..

Akirul kalam, buatlah sesuatu bukan kerana ganjaran tetapi kerana keredaan Allah dan ingatlah sesiapa yang membantu jalan Allah, Allah akan membantunya..

......

Kepada semua sahabat- sahabat yang pernah bekerja sama dengan saya, maaf dipinta andai saya tidak memberi komitmen yang terbaik kepada kumpulan. Nasihatilah saya agar saya sedar di mana kelemahan saya..

Wednesday, October 21, 2009

Doa Ketika Berhadapan Dengan Perkara Rumit

Salam bahagia...

Doa Ketika Berhadapan Perkara Rumit:

Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dengan mereka)dengan yang benar ; dan Tuhan kami ialah yang melimpah- limpah rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu. (Al- Anbiya': 112)

Keterangan Ayat:

Daripada Qatadah, beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad S.A.W diajar oleh Allah S.W.T. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah baginda sentiasa berada pada pihak yang benar sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Diriwayatkan baginda akan membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir ibnu Hatim, tafsir ayat 112 surah Al- Anbiya')

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat di atas apabila berhadapan dengan situasi sukar contonhya ketika menghadapi tekanan, sedangkan kita berada di pihak yang benar

- Dipetik daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al- Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru.-

Saturday, October 3, 2009

Happy Birthday..



Selamat Hari lahir buat mak, kak echah (03 oktober) dan abg Opeq (1 oktober).
Semoga hidup kalian sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t
terima kasih kerana menjadi insan yang penting dalam diri ini..
love u all=)

La Tahzan : Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

Friday, October 2, 2009