Monday, June 29, 2009

Warkah dari Lelaki Soleh

Warkah dari Lelaki Soleh

Dedikasi buat WANITA Muslimah

Wanita yang aku KASIHI
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalirkan cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan hidupnya
Setiap masa
Sehingga Dia memanggilnya

Wanita yang aku RINDUI
Adalah wanita yang diwajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang aku CINTAI
Yang menahan pandangan dari panahan syaitan
Sentiasa menghidupkan sunnah nabi
Biarpun namanya tidak terkenal di bumi
Tetapi di langit, dia disanjung tinggi

Wanita yang aku SAYANGI
Bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar dengan apa yang tiada
Cinta kepada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata dunia

Wanita yang aku SUKAI
Adalah sejuk mata memandang
Dek terlihat keluhuran akhlaknya
Menjadi sumber ketenangan jiwa
Bila hati bergelora

Wanita yang aku IDAMI
Adalah yang mengingatkan hatiku
Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim
Bila rohku melupai janji kepada Ilahi

Wanita yang aku SANJUNGI
Menjadi dian kepada dirinya sendiri

Menjadi pelita kepada bakal putera puteriku
Untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari

Semoga…..
Wanita yang selalu berada dalam doaku
Adalah engkau….permaisuri hatiku
Penyenang di setiap waktu
Pembantu di kala kesulitanku
Ya ALLAH temukan aku dengannya…

http://nisaseremban.blogspot.com/

Sunday, June 28, 2009

Pendidikan moral pelajar terpinggir

salam ...

hari minggu merupakan hari yang ditunggu oleh semua.almaklumlah cuti kan (kecuali T'ganu, Kedah & Kelantan)..mcm2 yg akan kita buat hr minggu kan..tengok movie, siapkan asignment, membaca dsb....ap2 pun yg kita buat di hari minggu biarlah ianya sesuatu yg akan mendatangan kepuasan dan manfaat pada diri kita.. di hujung minggu ni sy nak berkongsi satu rencana yang diambil di dalam akhbar utusan online.
rencana ini amat perlu dibaca oleh bakal2 guru (seperti saya..hehehe)supaya lebih bersedia menghadapi cabaran mendidik anak bangsa satu hari nanti..


Pendidikan moral pelajar terpinggir

DATA Kementerian Pelajaran serta statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan jumlah salah laku melibatkan remaja masih bersekolah semakin meningkat. Makin membimbangkan bila data-data tersebut menunjukkan pelajar sekolah bukan sahaja sekadar terlibat di dalam kelakuan tidak sopan, melanggar peraturan sekolah seperti bising dalam kelas, datang lewat ke sekolah, ponteng tetapi juga menjangkau kepada perlakuan jenayah seperti gengsterisme, melakukan gangguan seksual, merogol malah hingga kepada membunuh.

Kajian gengsterisme di sekolah menengah harian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan mengenal pasti 459 daripada 1,560 buah sekolah terdedah dengan budaya gengsterisme.

Data Kementerian Pelajaran tahun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada 2006.

Akibat meningkatnya gejala sosial yang semakin serius, maka cadangan mengembalikan semula hukuman rotan sekarang berada di atas meja Peguam Negara. Nampaknya institusi pendidikan seperti sekolah seakan sudah hilang upaya untuk menguruskan masalah gejala sosial melalui pendidikan moral dan agama Islam dan akhirnya bersetuju untuk kembali kepada cara lama menangani masalah remaja. Malah institusi kaunseling secara jujurnya juga seperti tidak terdaya menyelesaikan kerenah isu juvenil ini.

Kesalahan remaja sememangnya masalah pendidikan dan sekolah tidak dapat tidak mesti bertanggungjawab membanterasnya tetapi mengambil langkah menggunakan rotan sama sekali tidak akan menghilangkan masalah sosial. Kajian oleh pakar pendidikan pembelajaran sepakat bersetuju bahawa sistem hukuman rotan bukanlah satu kaedah yang paling baik dan berkesan, malah pelajar yang telah melalui kaedah hukuman rotan ada antaranya yang terus menerus melakukan kesalahan yang lebih besar daripada kesalahan di mana mereka pernah dikenakan hukuman rotan. Kajian di negara ini juga telah banyak dilakukan berkaitan masalah disiplin di kalangan remaja.

Kementerian Pelajaran telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani masalah disiplin daripada kempen hinggalah bekerjasama dengan pihak polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Malangnya, impak kepada masalah disiplin sifar nampaknya masih jauh daripada yang diharapkan. Hukuman merotan bukan sahaja ditentang oleh golongan peguam tetapi juga di kalangan pendidik yang mementingkan konsep pendidikan yang murni dan bermaruah.

Kita mungkin berkata merotan akan mendidik pelajar ini supaya tidak akan lagi melakukan perbuatan salah mulai esoknya di sekolah. Maka kita cuba menyatakan jika semua sekolah menjalankan hukuman merotan maka dalam satu jangka nanti akan sangat kurang atau tiada lagi masalah sosial di sekolah kerana pelajar akan takut dikenakan hukuman merotan. Apakah kita percaya ini semua akan berlaku?

Difikirkan semasak-masaknya pelajar yang melakukan masalah disiplin ini sebenarnya adalah mangsa keadaan, sesuatu yang bukan di bawah kawalan mereka. Baik ibu bapa, masyarakat, sekolah, media serta rakan sebaya, semuanya memberikan sumbangan yang kuat ke arah perlakuan dan tingkah laku negatif pelajar. Tetapi bila hukuman hendak dijatuhkan, pelajar ini sahaja yang dipersalahkan, mana ibu bapa, rakan taulan, guru, media yang sentiasa memaparkan adegan ganas dan seks ketika hukuman dilaksanakan.

Banyak faktor lain yang juga mendorong kepada berlakunya masalah ini. Keluarga yang bercerai berai, tuntutan keperluan hidup yang semakin mendesak juga menjadi faktor kepada gejala ini. Malah ada juga menghadapi tekanan membina semula lingkungan rakan sebaya yang kadang kala tersalah pilih kerana tiada bantuan daripada ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, anak- anak yang tidak ada potensi akademik tetapi ada potensi sukan, seni dan potensi lain 'digagalkan' oleh sistem pendirian negara kita.

Hanya yang mendapat 5A UPSR, 8A PMR atau 11 A SPM, para pelajar ini diangkat dan dijulang. Yang lain menjadi seperti orang asing kepada pihak guru dan sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang memeluk anak-anak yang mendapat 1A UPSR berbanding yang meleter dan merendah-rendahkan kebolehan anak-anak mereka?

Punca

Masalah disiplin dan krisis moral tentulah berpunca sebahagian besarnya dari amalan pembelajaran pembangunan nilai yang gagal di sekolah. Paling asas ialah kegagalan pendidikan agama serta moral yang dilaksanakan di sekolah. Guru-guru agama dan mata pelajaran moral harapnya jangan marah dengan penulis, tetapi cubalah kita fikirkan bersama, bila semakin ramai orang Muslim-Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengamalkan pun ajaran yang diwajibkan.

Saya masih ingat seorang kawan sekolah dahulu yang dirotan di dewan perhimpunan mingguan sekolah sehingga kini masih terus menyumpah pihak sekolah. Kesalahannya kerana ditangkap merokok di belakang tandas sekolah. Selepas dirotan guru disiplin memberi amaran supaya beliau berhenti merokok. Tetapi sehingga kini rakan penulis itu masih merokok, tak berniat pun untuk berhenti.

Kita kena membezakan antara hukuman merotan oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Konsep merotan yang dilaksanakan oleh ibu kesannya adalah berbeza pada pelajar, tidak sama dengan pihak sekolah. Elemen keterikatan 'pertalian darah antara anak dengan ibu dan ayah' membenarkan anak-anak memahami jika ibu bapa melakukan hukuman tersebut, tetapi jika hukuman tersebut dilakukan oleh pihak sekolah, kadang- kadang hukuman tersebut dilihat sebagaimana menghina, menjatuhkan maruah pelajar dan ramai ibu bapa juga tidak suka anak mereka dirotan. Jangan tanya pendapat awam kerana bukan anak mereka yang dirotan. Mereka semestinya bersetuju dengan hukuman merotan pada anak orang lain.

Satu masa dulu, data menunjukkan lingkungan umur yang paling tinggi melakukan masalah sosial ialah kalangan remaja lelaki antara 15-18 tahun. Namun trend ini dilihat mulai membimbangkan apabila kumpulan pelaku masalah sosial kini semakin rendah tahap umur sehingga ada yang berumur kurang dari 10 tahun terutama berkaitan kes curi, ponteng, merokok dan mencabul pelajar perempuan. Malah remaja wanita juga semakin ramai yang terlibat sebagai pelaku masalah sosial. Menguruskan pelajar perlukan kesabaran para guru, ketelitian dalam berinteraksi dengan kanak-kanak serta secara nasihat berdikit-dikit tetapi konsisten sangat berkesan. Paling penting bermula sejak awal umur kanak-kanak.

Kalaulah merotan terbukti boleh menyelesaikan masalah disiplin, dunia telah lama aman dan sejahtera. Perlakuan jenayah dan gejala sosial menuntut perhatian yang lebih tinggi daripada sekadar mengkaji baik buruknya merotan pelajar. Kanak-kanak pada peringkat muda pada asasnya memerlukan kasih sayang, luangkan masa serta perhatian para ibu bapa dan guru- guru.

Kasih sayang pada pelajar perlu ditunjukkan dengan mendengar dan menyokong bukannya dengan meleter, mengungkit atau merotan pelajar. Para pelajar jika sudah biasa dirotan akan juga menganggap bentuk didikan 'ganas' adalah yang terbaik dan akan melakukannya apabila mereka pula mempunyai anak-anak satu hari nanti. Mereka juga akan percaya apabila wujudnya konflik dengan rakan sebaya di sekolah cara bergaduh dan memukul jugalah yang seharusnya digunakan.

Tindakan yang seringkali dicadangkan oleh pakar pendidikan ialah kecilkan saiz pelajar di dalam bilik darjah supaya perhatian kepada pembangunan sahsiah pelajar akan menjadi lebih baik, tingkatkan kualiti pengurusan pelajar di kalangan guru supaya mereka memahami dengan tepat secara teori dan amalan, atau 'know what' dan 'know how' berkaitan pembangunan pelajar di bawah tanggungjawab mereka, sediakan sistem sokongan kewangan dan khidmat nasihat untuk pelajar, outreach programme di mana kumpulan guru melawat ke rumah pelajar yang menunjuk tanda- tanda masalah di peringkat awal supaya perbincangan dengan ibu bapa dapat dilakukan lebih awal.

Pada masa yang sama guru juga akan dapat membuat penilaian berkaitan keluarga pelajar tersebut. Apalah gunanya di dalam sebuah sekolah jika dengan hanya beberapa orang pelajar mencapai kecemerlangan akademik tetapi pada yang sama ramai pula yang terlibat dengan masalah disiplin di sekolah yang sama.

Biarlah kalau Peguam Negara masih ingin meluluskan undang-undang hukuman merotan ini, biarlah kalau ada sekolah masih juga ingin meneruskan hukuman ini tetapi percayalah masih ramai ibu bapa di luar sana termasuk penulis sendiri sangat percaya bahawa jika anak-anak ini dirotan kerana kesalahan mereka maka kitalah yang sebenarnya gagal mendidik moral kepada mereka.

Anuar Ahmad : Pensyarah Sosiologi Pendidikan Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://www.utusan.com.my

...semoga kita semua bersedia menghadapi cabaran ini dan seterusnya...

Saturday, June 27, 2009

sahabat selamanya...

salam persahabatan..



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati pendorong impian , sahabat berhati mulia membawa ke jalan Tuhan.

A friend is like a guitar...you have to keep tuning once in a while to keep the melody of friendship alive...

A true friend is not like a RAIN which pours and goes away. A true friend is like the AIR, sometimes silent but always around you...

Friendship is the hardest thing in the world to explain...its not something you learn in school or college...but if u havent learned the meaning of friendship, u really havent learned anything

The sweetness of chocolate remains in the tounge for a few minutes only...but the sweeteness of friendship remains in the heart forever..


p/s : terima kasih reffizan ats friendship award tu...hehehe

Friday, June 26, 2009

secalit tinta untuk renungan bersama...

salam untuk semua..

Tuhanku, iradat itu hakmu,
doa itu kepunyaanku,
Aku meminta,aku meminta
Tak kau kurnia, tidak mengapa,
Jika tak kau beri semakin kenal aku dirimu,
Jika kau beri kesejahteraanku pulangkan padamu,
Sejauh ini sudah ku kenal kebesaranMu,
Sedekat ini sudah kurasai kewujudanMu...

- Faisal Tehrani-


Ya Allah aku bermohon kepadaMu, jauhkan aku daripada kebimbangan , dukacita, lemah, malas, rasa takut, bakhil, bebanan hutang dan kekerasan manusia..

Thursday, June 25, 2009

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Dengan mampu menerangi
Sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Kuterima.. kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Kusalutkan.. kemenanganmu


Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

..trust your heart be yourself...we are what we think...

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Kembali Menuntut Ilmu...

salam bahagia, ceria dan salam kecemerlangan..

selamat kembali menuntut ilmu buat sahabat sekalian...welcome back to IPGM KPI yang tercinta...semoga kita semua semakin segar dan bertenaga untuk meneruskan perjuangan untuk menjadi guru yang cemerlang...

semoga semester ini saya dan juga sahabat semua menjadi yang lebih baik daripada semester lepas, menjadi lebih rajin daripada semester lepas, menjadi semakin berdisiplin daripada semester lepas, lebih menghargai ilmu daripada semester lepas, lebih menghargai masa daripada semester lepas , sentiasa ada mood berbanding semester lepas, semakin berani mengorak langkah, semakin yakin berhadapan dengan cabaran dan mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada semester lepas..

untuk renungan...

..Hari ini apabila ia datang , jangan biarkan ia berlalu pergi, esok sekiranya masih bertandang jangan harap ia akan datang kembali..

..Bukankah iman itu dengan berangan- angan dan berkata- kata sahaja, akan tetapi ia adalah apa yang diyakini dalam hati dan dilaksanakan dengan amal...

...salah satu rahsia kehidupan adalah banyak membina batu- batu loncatan berbandin batu-batu halangan...

...PERJALANAN SERIBU LANGKAH BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA...

(Tahniah untuk Arham dan Huda kerana menjadi insan penting di PISMP 2.03..Tahniah juga buat semua AJK kelas yang baru dilantik...semoga kelas kita bertambah cemerlang...=) )i

Monday, June 8, 2009

menyulam....=)

salam cuti untuk smua yang sedang bercuti..

cuti dah seminggu berlalu..rasa rindu bersama keluarga hampir terubat dengan keletah anak2 saudaraku yang amat nakal..huhuhu..namun mereka la yang menjadikan cuti ini penuh pengertian..

dalam cuti ini, ramai yang mendirikan masjid...kahwin la senang cakap..hehehe..so sedara sy pun ramai yang berkahwin..dan saya pergi la juga beberapa tenpat orang kahwin..buat kak ina (my cousin) and kak Ruhil (my senior), selamat pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga akhir hayat...

nak tahu tak, cuti ni saya telah diberikan satu tugas yang agak mencabar oleh bonda saya yg tercinta iaitu MENYULAM...huhuhu

sepanjang cuti ni saya diajar oleh mak saya bagaimana nak menyulam..setakat ni alhamdulillah saya boleh la menyulam sedikit..masa mula2 belajar, memang agak sukar untuk belajar..tangan keras semacam..benang pun asyik terbelit jek..tapi Alhamdulillah berkat kesabaran mak saya mengajar saya dan ketekunan saya =) akhirnya saya dapat juga menyulan dengan baik walaupun tidak secantik sulaman mak saya..

sulaman yang telah dapat dikuasai saya adalah sulaman siput sarawak, sulaman rantai dan sulaman yg saya tak tahu namanya..hehehe... (bila sulaman saya dah siap sy akan bg semua lihat hasil sulaman saya..InsyaAllah)

InsyaAllah sebelum balik IPGM KPI, saya mesti dapat menghabiskan sulaman untuk alas meja...Amin...

sepanjang saya menjalankan aktiviti menyulam, saya mendapati bahawa seni budaya Melayu amat cantik dan indah..barulah saya sedar bahawa seni menyulam ni amat tinggi nilainya..sekarang ni ramai golongan muda yang tidak tahu mneyulam malah ada yang tak tahu pun sulam tu apa..macam saya juga..saya memang tak pernah untuk terfikir untuk belajar menyulam sebab saya fikir nak buat apa belajar kan,upah orang dah la kan kalau nak sulam baju..huhuhu.. namun disebabkan mak sy yang sedarkan sy akan kepentingan belajar menyulam ni akhirnya saya sedar jika golongan muda seperti saya tak mewarisi seni budaya ni pasti tiada lagi seni warisan budaya Melayu untuk kita perturunkan pada anak2 kita pada masa hadapan...

akhirnya..untuk sahabat Sekalian, jom kita bersama-sama untuk mempertahankan kesenian budaya Melayu agar ia tetap kekal sepanjang zaman...


.rindu kat kawan2 semua...tak sabar nak jumpa kembali untuk memerah otak kembali di maktab..hehehe..take care semua..selamat menghabiskan cuti..manfaatkan cuti ye..nek cuti kita share pengalaman k..=)