Monday, July 15, 2013

::~ Cikgu ~::

salam...

Alhamdulillah, hari ini  genap tiga minggu berada di SK Tanjong Ayer Hitam, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor..

Enam Tahun yang lalu, saat inilah yang ditunggu, dipostingkan dan bergelar seorang Guru..akhirnya, pada saat ini, impian ini menjadi kenyataan..Impian kehidupan saya..Cita-cita saya...Terima Kasih Alllah.

apabila dipanggil 'cikgu' sekarang, saya merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan..ianya terlalu berbeza dengan perasaan semasa dipanggil 'cikgu' juga semasa bergelar guru praktikum..sangat lain..mungkin disebabkan tanggungjawab dan amanah yang sebenar menjadi guru telah bermula...

suatu ketika RPH menjadi penting kini RPH menjadi SANGAT PENTING
suatu ketika menulis tiga empat RPH seminggu kini 10-12 RPH
suatu ketika dulu tidak menggalas sebarang jawatan, kini memegang beberapa jawatan
suatu ketika dulu,ketika melakukan kesilapan mengajar ada pensyarah yang menegur, tetapi kini, kesilapan perlu disedar dan dibetulkan sendiri.

Pokoknya, apabila bergelar cikgu sebenar, segalanya berubah dan diri perlu berubah bukan lagi perlu diubah...Ubah diri untuk sesuaikan dengan keadaa, tugasan yang pelbagai dan ubah diri untuk memastikan anak-anak murid mendapat hak yang sepatutnya..


tiga minggu di sekolah menyebabkan saya terfikir perlunya saya BERUBAH dan BERUBAH untuk memastikan saya tidak lelah di sepanjang perjalanan saya bergelar Guru...


Love this profession..love to be a teacher...Ikhlas kerana Allah...

Ya Allah, jadikanlah pekerjaanku ini sebagai satu ibadah dalam diriku
ikhlaskan diriku untuk pekerjaan ini dan Redakan diri ini dalam pekerjaan ini..Semoga melalui pekerjaan ini, aku akan lebih hampir denganMu..Mudahkan urusanku dalam pekerjaan ini Ya Allah..Aku lemah ya Allah, maka bantulah aku untuk mengatasi kelemahanku dalam pekerjaan ini ya Allah..Kau berkatilah pekerjaanku ya Allah...Terima Kasih Allah memberikanku rezeki dengan pekerjaan ini..


~:: Perjalanan baru bermula :~