Sunday, April 25, 2010

Mata, Hati dan Mata hati

salam..

renungkanlah kisah ini (dipetik dan diolah dari Majalah Nur Mei 2010)

..kERETA api itu baru hendak memulakan perjalanan dr stesen membawa penumpang- penumpangnya pelbagai ragam. Seorang lelaki tua bersama anak lelakinya 25 tahun duduk bersebelahan.

Anak lelaki yg duduk dengan tingkap kelihatan sangat teruja dan seronok apabila keretapi mula bergerak. Dia mengeluarkan tangan dari tingkap sambil menikmati tiupan angin di tangannya.

tiba- tiba dia menjerit kegirangan lalu berkata
'AYah! tengok semua pokok tu dh ketinggalan keretapi.''
si Ayah tersenyum. dia kelihatan sgt terhibur dengan keseronokan ank lelakinya yg berumur 25 tahun itu.

berdekatan dengan mereka, ada pasangan muda yg memerhatikan gelagat pemuda berumur 25 tahun itu. mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan pelik melihat gelagat pemuda 25 tahun yg berperangai seperti kebudak- budakan.

mata mereka tidak berkedip dan dahi mereka berkerut memerhatikan peragai pemuda 25 tahun itu.

mereka sekali lagi terganggu bila pemuda tadi terus menjerit - jerit keseronokan.

'ayah, tengok itu.ada tasik.haiwan pun banyak di situ. awan itu ikut keretapi.haha..

'memalukan sungguh seorang dewasa berperangai seperti budak kecil...' getus hati pasangan pemuda tersebut..

hujan mula turun. titis hujan membasahi tangan si anak. dengan titisan hujan yg membasahi tangan, keseronokan bertambah. dia memejamkan mata sambil menikmati sejuknya tangannya..dia menjerit keseronokan

'Ayah, hujan turun..air hujan kena tangan saya, Sejuk!..seronoknya..

pasangan muda td tidak tertahan lagi lalu mencuit si ayah yg nampaknya tidak kisah pun dengan peragai pelik anaknya, malah kelihatan ayahnya sgt terhibur.

'kenapa tak bawak anak pak cik menjalani rawatan?

si Ayah merenung mata mereka dan menjawab dengan tenang..

' kami dr hospital la ni. anak sy dh lama menjalani rawatan . sejak lahir, hari ini adalah hari Pertama dia dapat melihat..

terkedu pasangan pemuda itu..Rasa bersalah..selama 25 tahun, pemuda tersebut buta, yg dpt dilihatnya hanya kegelapan dan hr tersebut adalah hari pertama dia dpt melihat alam yg selama ini hanya didengar dan di rasa..


kisah ini hnya segelintir kisah masyarakat yg melihat dan membuat andaian ttg org lain tnpa mengetahui kisah disebaliknya... betapa ramai antr kita yg selalu membuat andaian tanpa usul periksa..entah berapa ramai yg sekadar melihat menggunakan pandangan mata lahir tanpa membuka mata hati..

renung2kan..dan selamat beramal..=)

Sunday, April 18, 2010

Memori El- Azhar Camp -16-18 April 2010-










Semoga kem ini menjadi satu pengalaman terindah antara kita. dan semoga kem ini akan membangkitkan semangat kita untuk terus menerajui Kepimpinan Pelajar di IPG KPI yg tercinta...

Thursday, April 15, 2010

Banding Beza PSV KLSR dengan KBSR

1.0 BANDING BEZA PSV KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) DENGAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

1.1 Konsep Kurikulum
Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman terancang yang seelok- eloknya di timba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Menurut Kerr, 1983 (Choong Lean Keow, 2009), kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik darjah. Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapat dikatakan bahawa kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai matlamat pendidikan. Sistem pendidikan peringkat di Malaysia pada masa kini adalah berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1988. Sebelum KBSR wujud, sistem pendidikan di negara ini menggunakan Kurikulum Lama Sekolah Rendah.

1.2 Kurikulum Lama Sekolah Rendah
Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Mata pelajaran pendidikan seni dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan semasa KLSR.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum tahun 80- an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Namun, isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR adalah isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya.


1.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 1988, KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya, lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Secara umumnya KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual teramasuk di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian dan kesihatan.

1.3.1 Matlamat
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemupukan asas seni visual boleh dirujuk kepada penerapan asas- asas dalam pendidikan seni visual seperti asas dalam seni reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas dalam pendidikan seni.


1.3.2 Objektif

Kurikulum PSV digubal bagi memastikan murid- murid mencapai 10 objektif yang telah dibentuk dalam KBSR Pendidikan Seni Visual. Rajah 1 menunjukkan objektif PSV KBSR.

1.3.3 Isi Kandungan
Kurikulum PSV KBSR melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspek iaitu pemerhatian yang aktif dan terperinci, interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan serta penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan tersebut kurikulum PSV sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan utama. Jadual 1 menujukkan bidang- bidang yang terkandung di dalam PSV KBSR dan kegiatan –kegiatan di dalam bidang- bidang tersebut.


1)Menggambar
-Menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur dan imbangan.
-Merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.
-Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka.
- contoh aktiviti
1)Lukisan
2)Catan
3)Kolaj
4)Montaj
5)Cetakan
6)Resis
7)Gosokan
8)Stensilan
9)Percikan
10) Gurisan
11) Capan
12) Mozek
13) Poster

2)Membuat Corak dan Rekaan
-Memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
-Membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
-Menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan corak tertentu.

1)corak tidak terancang
i.Pualaman
ii.Tiupan
iii.Titisan
iv.Ikatan dan celupan
v.Renjisan dan percikan

2)Corak terancang

i.Lukisan
ii.Catan
iii.Cetakan
iv.Capan
v.Lipatan dan guntingan
vi.Resis
vii.Kolaj
viii.Kaligrafi

3)Membentuk dan Membuat Binaan
-Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
-Mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
-Memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
1)Arca timbul
2)Asemblaj
3)Mobail
4)Stabail
5)Model
6)Diorama
7)Boneka
8)Topeng
9)Origami

4)Mengenal Kraf Tradisional
-Memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.
-Memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.
1)Alat domestik
2)Alat permainan
3)Alat pertahanan diri
4)Perhiasan diri (ornamen)
5)Batik
6)Tekat
7)Ukiran
8)Tenunan
9)Anyaman
10)Tembikar

1.3.4 Pendekatan
Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah, menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.


1)Pemerhatian secara aktif.
-Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci.
-Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual.
-Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.
-Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

2)Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
-Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan dan bahan.
-Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

3)Apresiasi seni visual secara mudah.
-memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
-Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

4)Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan - murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.
-ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.


1.4Perbandingan KLSR dengan KBSR
KBSR

1.Bercorak pendidikan asas.
2.Mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
3.Menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid.
4.Bahan dan proses pengajaran pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan, minat.
5.Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.
6.Program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid.
7.Pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata pelajaran.
8.Penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban pelajar.
9.Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan cara individu.
10.Penggunaan buku teks dikurangkan tetapi rujukan dan alat mengajar dipelbagaikan.

KLSR
1.Keterlaluan dalam isi kandungan. Isi kandunagn yang banyak dan mengabaikan kemahiran asas.
2.Pelajaran berpusat kepada guru.
3.Proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara formal dan kurang fleksibel.
4.Mengabaikan perbezaan individu.
5.Semua murid diberi rancangan pelajaran yang sama. Hal ini mengakibatkan murid yang sederhana atau lemah tidak dapat mengikuti pelajaran sehingga hilang minat terhadap pelajaran dan seterusnya hampir- hampir menjadi buta huruf.
6.Sukatan pelajaran amat rigid dan kadang kala menegaskan sesuatu aspek kemahiran sahaja.
7.Terlalu banyak mata pelajaran di peringkat awal membebankan pembelajaran.
8.Pengajaran berasaskan cara kelas.
9.Mengutamakan kegunaan buku teks dan kapur, tetapi sedikit alat bantuan mengajar yang lain.



RUJUKAN

1)Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

3)Mazlam Othman, Ruzitah Tapah. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4)Rahmat Salihon. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5)Tiada Penulis. (1986). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Lima. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

6)Tiada Penulis. (1986). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

7)Tengku Zawawi b Tengku Zainal. Pengaruh aspek psikologi dan pedagogi dalam pembentukan kurikulum Matematik. http://mujahid.tripod.com/math6.html. dilayari pada 12 Februari 2010.

8)Tiada Penulis. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. http://www.ppk.smkdpk.com/hsp/hsp_seni.html#. Dilayari pada 09 Februari 2010.

9)Tiada penulis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm. dilayari pada 09 Februari 2010

Friday, April 9, 2010