Friday, November 9, 2012

::~ 2007-2012~::

Bismillahirahmanirahim..Salam


Alhamdulillah..terima kasih Allah atas nikmat yang diberikan sepanjang 5 tahun setengah bergelar guru pelatih... 5 tahun setengah yang penuh dengan cerita suka dan duka yang pastinya menjadi ingatan sepanjang hayat..

Hari ini, hari terakhir bertemu rakan-rakan...bermula petang semalam sehingga sebentar tadi menghantar shbt2 pulang ke halaman masing-masing.. sedih mengiringi perpisahan namun ianya bukanlah penamat sebuah ukhuwah persahabatan.. usah diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga bertemu kembali..

adat sebuah pertemuan, pasti perpisahan menjadi pengakhiran....kita bertemu di bumi penuh barakah ini lima tahun setengah yang lalu 16 Julai 2007 dan hari ini kita berpisah tanggal 09 November 2012... namun moga ini bukan perpisahan kekal..ini adalah perpisahan untuk kita semua mengejar sesuatu yg lebih baik dalam kehidupan..

Kenangan bersama, tidak akan mungkin dapat dilupakan...
pahit, manis, sedih, gembira, air mata menjadi peneman sepanjang lima tahun setengah ini..
namun, itulah yang sebenarnya mengajar kita erti kehidupan yang mematangkan diri..


IPG Kampus Pendidikan Islam..
nama bumi ilmu yang tidak mungkin dilupakan..
tempat dimana diri ini menemui indahnya menjadi seorang Islam
mendidik diri menjadi muslimah yang terbaik utk diri sdr
membentuk insan menjadi guru berkualiti
terima kasih IPG KPI..mungkin, jika ku tidak membesar di sini, aku tidak mampu menjadi seperti hari ini

PISMP 03
kelas tercinta
bergelak tertawa bersama
terhiris perasaan tercuit hati, terkasar bahasa
namun di kelas inilah semuanya membesar
mengajar menjadi seorang yang matang
mengenal erti persahabatan
menghargai erti Profesioan Keguruan...
moga kita yang membesar di kelas ini cemerlang di dunia dan akhirat
moga kita mampu bersaing di dunia keguruan yang semakin mencabar keupayaan masing-masing

Jabatan Sains Sosial
Jabatan yang mengiringi setiap langkahku dan kawan2
memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu
walau kami nakal, walau kami degil
namun, kalian di jabatan ini tidak pernah mengalah
akhirnya, kalian berjaya membentuk kami seperti hari ini
moga kalian dirahmati Allah selalu

Seksyen 4 tambahan
mengajar erti hidup berdikari
mendidik jiwa menjadi penyabar
menilai erti sebuah perkenalan


B-04-19
terjalin sebuah ikatan persahabatan
mengajar erti memberi dan menerima
insyaAllah kita mampu terus cemerlang

PPISMP 05
bermula bersama tetapi berakhir dengan berpisah
namun, ianya usah diungkit
kita telah cemerlang di tempat masing-masing

SK Seri Bugis, SK Benut, SK Pasir Gudang 1, SK Rengit, SK Bukit Tampoi (A), SK Kajang, SK Jugra
memberi pengalaman bermakna dengan gelaran Cikgu Atiqah
.........

Cerita 5 tahun setengah bergelar GURU PELATIH IPG KPI bukan berakhir di sini kerana ianya adalah permulaan untuk sesuatu kehidupan yang sebenar..


moga kita semua cemerlang..Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Allah S.W.T. berdoa supaya urusan kita di masa hadapan dipermudahkan..InsyaAllah...

TERIMA KASIH ...

:: SEMOGA BERTEMU KEMBALI::


:~ Finally:~

salam...

Alhamdulillah..finally inilah dia hasil usaha 5 tahun setengah di IPG KPI...

''AKTIVITI JOM FACEBOOK MENAMBAH BAIK TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP DEFINISI ANGGOTA KELUARGA DALAM KELUARGA KEMBANGAN''










Alhamdulillah...syukur... :)
.

Sunday, November 4, 2012

:~ Pilihan ~:

salam..

esok peperiksaan terakhir untuk semester 8..tak sangka akhirnya saat itu muncul jugak..11 sem di IPG KPI, 11 kali exam..huhu..tapi itu pilihan yang telah sy buat 5 tahun setengah yang lalu..

5 tahun setengah yg lalu, saya nekad untuk memilih bidang keguruan sebagai masa hadapan saya tanpa merasakan ianya akan merugikan.. Alhamdulillah, saya tidak menyesal..

Walaupun tempoh 5 tahun setengah merupakan tempoh yang agak lama dan boleh dikatakan proses pengeraman di mktb, namun saya tidak pernah sedikit pun menyesal memilih title Cikgu sebagai kerjaya saya...walaupun berbagai dugaan untuk mendapat title cikgu tetapi saya tetap tidak menyesal memilih bidang ini..Alhamdulillah..terima kasih Allah meletakkan saya di bidang ini..moga perjalanan  menjadi guru yang sebenar akan dipermudahkan..

Saya terkedu apabila seorang shbt baik sy (seorng jurutera) menyatakan pada saya 'ak menyesal tak jd cikgu skrg', 'aku baru sedar skrg knp mak aku suruh sgt aku jd cikgu'...dengan alasan 'duit dan masa, masa itu lagi penting, walaupun most of the time, duit itu sgt penting tapi apa2 pun masa tu lg penting.' bila shbt sy katakan ayat2 ini, saya rasa,  sgt betullah dengan pilihan yg sy buat 5 tahun setengah yang lalu...

Tapi saya nyatakan kepadanya, jgn pernah menyesal dgn apa yg kita buat..go on..sebab bila fikir kalau semua org nk jadi cikgu sapa nk jd engineer dll...Apa2 pun sy tahu sahabat saya seorng yg cemerlang dan dia mampu untuk menjadi lebih baik daripada seorg guru untuk menyumbang sesuatu pd negara...dan walaupun dia bukanlah seorang guru formal skrg tetapi sekurang-kurangnya dia akan menjadi guru pada anak-anaknya nanti dan rakan-rankanya nanti..Ameen..Gudluck friend...Allah nk bg yang lebih baik tu..:)

...Pilihan itu hak kita.....

Pilihan di tangan kita, kita yang menentukan apa yang kita nak jadi.. Pilihlah yang terbaik, supaya kita takkan menyesal dengan apa yang kita pilih..

Belajarlah dengan pilihan yang kita suka, bukan apa yang disuruh oleh orang lain..Tetapi bila ada keadaan yang mendesak untuk kita memilih sesuatu, maka fikirkanlah juga, mohon pada Allah supaya Allah memberikan kita petunjuk yang terbaik untuk membuat pilihan..

Kadang-kala pilihan yang kita buat bukanlah yang terbaik, tetapi kita perlu ingat, apabila kita dh buat keputusan, teruskan dan bina diri anda untuk pilihan yang telah dibuat.. xperlulah pusing ke belakang dan membuat keputusan yang lain...tak salah melihat ke belakang tetapi pastikan ianya tidak merugikan diri anda sendiri..

Andai pilihan yang dibuat menyebabkan org lain tidak dapat menerima keputusan itu, maka, anda perlu melakukan sesuatu...bukan mengikut kehendak sndiri semata-mata tanpa mengira pendapat org lain atau menerima kehendak org lain tnpa memikirkan pilihan sendiri tetapi sesuaikan keadaan pilihan dengan situasi yang wujud.. Jika memang kita perlu memilih dengan pilihan yang telah dibuat, teruskan dan kuatkan hati, bulatkan tekad..biarkan apa org fikir kerana dalam situasi tertentu hanya kita yang tahu kenapa kita perlu dan boleh membuat sesuatu keputusan itu..Tetapi pastikan kita berusaha untuk mengharmonikan keadaan...

Masa sering berjalan dan tidak akan menunggu kita walaupun kita menjerit sekuat mana pun...sebab tu masa dan pilihan pasti berkait rapat...membuat pilihan bukan sesuatu yg sekejap. Tetapi, kita perlu pastikan masa untuk memilih tak mengambil masa yang lama supaya tak menganggu kerja2 yg lain...

~berbahagia dengan pilihan yg dibuat, mohon pada Allah~ :

:: JOM STUDY ::

Friday, November 2, 2012

:~ Busy dan Busy ":~

salam...

bila kata busy, mesti org faham kan..x perlu nk explain busy tu apa..huhu..menjadi pelajar akhir semester memang busy.....dengan kuliah, assignments, ar, kolokium, kissm, final exam dsb...tapi sebenarnya bila difikirkan kembali, bila busy ni sangat seronok sebab xperlu nk isi masa kosong ngan duk ngumpat org, duk ngata kt korang, duk main fb ja, mesej2 dan yg penting bila busy xsempat fikir pasal makan (kalau always busy, confirm kurus..huhu..)

minggu depan ada one more paper to go..i'm not ready yet becoze still busy settle my AR..IPG lain dh siap jilid pun, kami ni duk masih print2 susun lagi....ingt kn bila dh siap nk print rilex ja..rupanya nk print pun amik masa sehari..yek la, bila print baru perasaan margin xbetul la, tulis muka surat silap la, printer problem, ink habis, salah ejaan dsb...apa2 pun bila dh siap print rasa lega yang amat..rasa satu beban dh terlepas kt kepala otak ni..

tok adik2 yg bakal buat AR, planning la masa tu elok2..buat cepat, print cepat xkalut la...huhu

 bila busy print AR, gini la jadinya..hehehe

 Printer yg byk berjasa EPSON STYLUS T-10..:) Terima kasih printer ..love u so much

 Double A...kualiti terjamin :)

Notebook setia..:)


Hehehe..





Tak sabar nk upload gmbr AR yg dh siap Jilid..heheh..