Tuesday, November 16, 2010

salam AidilAdha...=)

salam..

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA...

Hayatilah erti PENGORBANAN yang sebenar...=)


SinAr....=)


Semoga Sinar akan mengiringi perjalanan kita hari ini, esok dan selamanya..........=)

Sunday, November 14, 2010

PeratuRan...

salam..

alhamdulillah masih ada nikmat Iman dan Islam untuk kita semua pada hari ini....

erm, malam ni nk berkongsi rasa ttg sesuatu...

patutkah kita marah dengan peraturan???
perlukah kita melenting dengan peraturan???
wajarkah kita marah pada org yg terlibat dgn peraturan???
adakah kita perlu ikut peraturan???

jawapannya ada pada diri masing2...

esok adalah hari last Exam , so ramai sgt dh beli tiket utk balik ke kampung masing2 sedangkan SELASA masih dikira waktu kuliah walaupun kedatangan dah tidak diambil dan exam pun dah berlalu....Jadinya adakah mereka2 ini BERSALAH???...erm ask urself la...

memang benar kita adalah guru pelatih di IPG bukan banduan/penghuni PENJARA @lokap tapi we need to follow the rule...sy memberi pandangan bukanlah sebab saya NAIB EXCO DISIPLIN DAN KESELAMATAN JPP 2010/2011 tetapi sy memberi pandangan sebgai pelajar yang diTAJA sepenuhnya oleh KPM..diberi elaun setiap sebulan tanpa perlu membayar kembali....

mungkin saya pernah kata, ''kalau aku bukan NAIB EDK, aku pun akan balik jek untuk Raya Haji '' tapi setelah diucapkan kata2 itu, rasa bersalah menyelebungi diri..(bukan mengatakan diri ini baik tetapi ianya dtg tanpa dirancang..)...

tapi Alhamdulillah, aku dpt juga balik Raya Haji dan terus cuti sebab IPG KPI dh umukan cuti untuk IPG KPI adalah Rabu sehingga Jumaat dan bersambung dengan cuti semester...Alhamdulilllah, tak perlulah sy beraya di sini...besarnya nikmat yg diberikan...

tentang esok, ramai dh fikir macam mana nk lepaskan diri dr Pintu pagar IPG/ Penjara kt depan tu..sejak kata ada perhimpunan hari Selasa, ramai dh merungut. ramai dh melenting, ramai dh membebel ttg perhimpunan sedangkan IPG ada hak utk buat perkara tu Sebab SELASA belum cuti, IPG KPI memberi cuti pada hari RABU hingga tahun depan...saya tak salahkan org yg dh beli tiket awal sebab nk balik tolong mak ayah buat lemang dsb..iyalah nk sambut raya kan...JUST saya mintak jgn marah/ melenting/ membebel tentang perkara yg betul dan hak...

kalau rasa memang kat Tiket bas tunjuk tarikh 15 NOVEMBER 2010/ JAM : 6.00 p.m/9.00/10.00 malam, go jek la, tak usah nk stop sebentar dan melenting tentang ada perhimpunan la, ttg guard yg takkan bg kuarlah la and so on la... GO!!! you take the RISK you FACE it....Go and tanggung jek la RISIKO2 yg ada..hidup ni kan CABARAN...

Memang diakui sejak jd Naib EDK, byk mengajar saya ttg peraturan dan kepentingan peraturan..memang dulu sy pun geram kenapa ada PERATURAN tpi setelah sy sendiri terlibat dgn urusan2 peraturan2 ni sy faham kenapa peraturan wujud dan sebab 2 kenapa peraturan wujud...

hemat saya, kalau semua balik on time, takdelah kuar masuk IPG terhad, kalau masing2 amik kad keselamatan sendiri , takdelah kad keselamatan hilang, kalau semua org nk join setiap events maktab, takdelah spotcheck n yg kena amik nama, kalau semua org dtg perhimpunan dan dtg awal, takde pensyarah nk marah jek setiap kali perhimpunan dan takde lah kena wat notes time assembly, kalau ramai yg balik time Raya masa tu ikut masa, takde ramai yg dapat SURAT TUNJUK SEBAB BALIK AWAL CUTI HARI RAYA dan kalau tak ramai nk balik esok, rasanya takde la perhimpunan Selasa ni,....tapi itu ''KALAU''...fikirkan

akhirnya, memang benar dalam hidup ini kena ikut PERATURAN , pepatah dulu pun ada mengatakan bahawa 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak''..so faham2 la...

Berbalik pada soalan di atas , jawapan saya adalah

patutkah kita marah dengan peraturan???
tak perlu marah tapi mengambil iktibar dan berfikir kenapa wujudnya sesuatu peraturan..

perlukah kita melenting dengan peraturan???
tak perlu melenting kerana peraturan dibuat oleh MANUSIA dimana kita boleh berbincang dgn manusia tersebut dan mencari jalan penyelesaian terbaik...

wajarkah kita marah pada org yg terlibat dgn peraturan???
tak baik marah2, nanti cepat tua, so jgn marah, tenangkan diri dan fikir macam mana nk cope dgn peraturan yg dibuat...bicang adalah yg terbaik

adakah kita perlu ikut peraturan???
YA ..selagi ianya tidak melanggar syariat Islam dan Hak Asasi Manusia...


ni untuk SITI ATIQAH ALI dan kawan2 semua..

1) kita boleh meleting/marah /membebel kalau peraturan yg dibuat itu memang menyeksakan dan dalam istilah KUKU BESI bukan tentang HAK yg memang perlu dilakukan...
2) ikutlah peraturan
3)jangan marah pada org yg melaksanakan peraturan atau yg membantu atau ada kaitan dgn peraturan sebab kdg2 org yg terlibat pun tak de kuasa sgt nk menghalang peraturan tu drpd dilaksanakan..sebenarnya nk gtau jgn marah pada JPP terutama EXCO DISIPLIN DAN KESELEMATAN ttg perhimpunan/ apa2 peraturan yg dilaksanakan sebabnya EDK hnya membantu dan EDK sentiasa berunding dgn pihak berWAJIB utk elakkan sebarang tindakan peraturan yg ketat tetapi kami hanya ada kuasa berbincang namun tiada kuasa untuk menghalang....we have try our best.....
4) kalau rasa tak nk ikut peraturan p duk dalam HUTAN na...

SEKIAN.....

MAAF ANDAI ADA TERASA DENGAN PENULISAN INI...

Ayah, tarik Tangan saya...........

salam...secebis kisah masyarakat kini...untuk renungan bersama..


Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.

Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,

kata saya di dalam hati.

Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?

Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”

kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?

Tak boleh keluar dari kubur ?

Aku tak fahamlah,” jawab saya.

Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”

di kubur kat kampung Batu 10 tu,

ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,

tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”

saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.

Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya...

Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,

budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.

Bagaimana pun,

ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.

Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,

lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.

Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,

gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,

tapi belum pun habis kata-katanya,

si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.

Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.

Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.

Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.

Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.

Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.

Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.

Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.

Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.

Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;

” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,

tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,

ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.

Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,

mayat ibunya serta-merta jadi ringan.

Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.

Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,

tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .

Ia seperti di paku ke tanah.

Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.

Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni.

Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.

Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.

Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan

adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.

Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,

kaki si gadis tetap terpasak di tanah.

Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…

kenapa jadi macam ni ayah?”

kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .

Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”

jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .

Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.

Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,

maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…

Saida menyesal..

Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.

Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,

imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja,

sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.

Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…

kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.

Kita buat dua-dua sekali,

mayat isteri awak di sempurnakan,

anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang di putuskan,

upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.

Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,

cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.

Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.

Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.

Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.

Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.

Dah lapar sangat.

Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.

Lepas ni aku nak ke kubur lagi.

Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.

Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.

Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan

berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,

akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.

Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan

terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.

Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,

Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .

Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.

Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.

Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan

berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Namun demikian dada saya berdebar kencang.

Pertama ,risau, takut di halau keluar.

Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,

akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.

Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.

Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.

Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.

Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,

saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,

gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.

Ampunkan saya, lepaskan saya,”

Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.

Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”

rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .

Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.

Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,

pegawainya mahu saya berbuat demikian.

Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.

Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

” Ampunkan saya emak,

ampunkan saya saya, Ya Allah,

lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,

tapi seperti tadi, tidak berhasil.

Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.

Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam

kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.

Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk

membuat liputan tetapi tidak di benarkan .

Mereka merayu bermacam-macam cara,

namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,

akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.

Saida masih begitu.

Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.

Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan

mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.

Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.

Namun telah di sebutkan Allah,

menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.

Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.

Saida kesejukan pula.

Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.

Namun dia tidak dapat tidur.

Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya.

Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.

Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka

puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.

Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar

kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.

Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.

Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…

sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,

barulah tubuhnya dapat di keluarkan.

Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.

Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,

tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

sumber : facebook..=)

Saturday, November 13, 2010

Contoh RPH PSK

salam....

Sem ni byk belajar ttg RPH..so di sini nk berkongsi satu contih RPH PSK...


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN LIMA

Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kelas : 5 Ibnu Sina

Bilangan Murid : 40 Orang

Hari/ Tarikh : Selasa/ 12 Oktober 2010

Masa : 10.00- 10.30 Pagi

Tema : Hidup bersama di Sekolah dan jiran

Tajuk : Semangat Kejiranan

Sub Tajuk : Mengenal Keluarga Jiran

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

i. Menyenaraikan nama dan pekerjaan keluarga jiran tetangga.

ii. Menyatakan tiga faedah mengenali keluarga jiran.

iii. Menceritakan kepada kelas mengenai keluarga jiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid mempunyai jiran.

NILAI : Hormat- menghormati, bekerjasama, yakin, berdisiplin, berani

KBKK : Mencirikan, membuat gambaran mental, menjana idea.

BAHAN BANTU MENGAJAR : Puppet kertas, kad imbasan, kad manila, pensel warna, pen marker.

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

‘Jom Jenguk- jenguk’

- Murid diminta oleh guru untuk melihat kawasan sekitar kelas.

- Murid diminta oleh guru menoleh ke arah rakan sebelah.

- Murid menyapa rakan mereka dengan dan menyoal beberapa soalan yang mudah dengan bimbingan guru menggunakan puppet kertas.

- Contoh soalan:

Awak sihat Ahmad?

Nama Ayah Abu Siapa?

- Guru dan murid bersama- sama mengaitkan aktiviti dengan tajuk hari ini.

TKP :

- Verbal Linguistik

KBKK :

- Menjana idea

Nilai :

- Yakin

- Berani

BBM :

- Puppet kertas

Langkah 1

(10 Minit)

Jiran Saya.

- Murid mendengar penerangan guru berkaitan konsep jiran, cara mengenali jiran dan faedah berjiran.

- Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan Jiran

- Contoh soalan:

i. Siapakan nama jiran kamu?

ii. Apakah pekerjaan jiran kamu?

iii. Apakah kaum dan agama jiran kamu?

iv. Apakah faedah mempunyai jiran?

- Guru membuat rumusan aktiviti.

TKP :

- Verbal Linguistik

KBKK :

- Menjana idea

Nilai :

- Yakin

- Berani

BBM :

Kad imbasan

Langkah 2

(12 minit)

‘Jiranku Sayang’

- Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

- Ketua Kumpulan mengambil sampul surat daripada guru yang mengandungi 2 tugasan, kertas mahjong, 2 batang pensel warna dan marker.

- Seorang murid dalam setiap kumpulan, akan diminta untuk pergi ke kumpulan lain untuk menyelesaikan tugasan pertama yang diberi.

- seorang ahli kumpulan yang lain akan menjawab soalan yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain yang datang ke kumpulan mereka.

- Ahli kumpulan yang lain akan menyiakan tugasan kedua iaitu melukis pelan lokasi rumah jiran.

- Setelah ahli yang mencari maklumat kembali, murid akan menceritakan kepada kelas berkaitan maklumat yang diperolehinya.

- Guru membuat peneguhan.

TKP :

- Verbal Linguistik

- Kinestatik

- Visual- ruang

Strategi

- Kaedah Koperatif kagen : One stray three stay

KBKK :

- Menjana idea

- Mencirikan

Nilai :

- Yakin

- Berani

- Bekerjasama

BBM

- Sampul surat

- lembaran tugasan

- Kad Manila

- Pensel warna

- Marker

Penutup

(3 minit)

Rumusan

- Murid bersoal jawab dengan guru sebagai pengukuhan:

- Contoh:

a) Apakah faedah- faedah mempunyai jiran.

b) Apakah pekerjaan- pekerjaan jiran yang telah dinyatakan tadi?

- Murid bersama- sama guru membuat rumusan aktiviti pembelajaran hari ini.

- Murid mendapat lembaran kerja

TKP :

- Verbal - linguistik

BBM :

- Lembaran kerja

Nilai :

- Yakin

KBKK :

- Menjana idea