Wednesday, September 4, 2013

::~ My life as a Teacher ~::


Bismillahirahmanirahim.... my life as a teacher is very awesome.. i'm very enjoy with my life now.. walaupun cabaran hebat, tp sesungguhnya saya suka mengajar..melihat anak2 murid saya hilang segala gundah gelana di hati... mungkin cabaran sekarang belum hebat tetapi saya seronok dengan hidup pada hari ini..saya bersyukur..(^_^)~











Monday, July 15, 2013

::~ Cikgu ~::

salam...

Alhamdulillah, hari ini  genap tiga minggu berada di SK Tanjong Ayer Hitam, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor..

Enam Tahun yang lalu, saat inilah yang ditunggu, dipostingkan dan bergelar seorang Guru..akhirnya, pada saat ini, impian ini menjadi kenyataan..Impian kehidupan saya..Cita-cita saya...Terima Kasih Alllah.

apabila dipanggil 'cikgu' sekarang, saya merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan..ianya terlalu berbeza dengan perasaan semasa dipanggil 'cikgu' juga semasa bergelar guru praktikum..sangat lain..mungkin disebabkan tanggungjawab dan amanah yang sebenar menjadi guru telah bermula...

suatu ketika RPH menjadi penting kini RPH menjadi SANGAT PENTING
suatu ketika menulis tiga empat RPH seminggu kini 10-12 RPH
suatu ketika dulu tidak menggalas sebarang jawatan, kini memegang beberapa jawatan
suatu ketika dulu,ketika melakukan kesilapan mengajar ada pensyarah yang menegur, tetapi kini, kesilapan perlu disedar dan dibetulkan sendiri.

Pokoknya, apabila bergelar cikgu sebenar, segalanya berubah dan diri perlu berubah bukan lagi perlu diubah...Ubah diri untuk sesuaikan dengan keadaa, tugasan yang pelbagai dan ubah diri untuk memastikan anak-anak murid mendapat hak yang sepatutnya..


tiga minggu di sekolah menyebabkan saya terfikir perlunya saya BERUBAH dan BERUBAH untuk memastikan saya tidak lelah di sepanjang perjalanan saya bergelar Guru...


Love this profession..love to be a teacher...Ikhlas kerana Allah...

Ya Allah, jadikanlah pekerjaanku ini sebagai satu ibadah dalam diriku
ikhlaskan diriku untuk pekerjaan ini dan Redakan diri ini dalam pekerjaan ini..Semoga melalui pekerjaan ini, aku akan lebih hampir denganMu..Mudahkan urusanku dalam pekerjaan ini Ya Allah..Aku lemah ya Allah, maka bantulah aku untuk mengatasi kelemahanku dalam pekerjaan ini ya Allah..Kau berkatilah pekerjaanku ya Allah...Terima Kasih Allah memberikanku rezeki dengan pekerjaan ini..


~:: Perjalanan baru bermula :~

Monday, February 25, 2013

:~ kisahnya...

salam...

first post in 2013..

dah hmpir empat bulan tamat belajar... tp setakat ni belum ada tanda-tanda bila tarikh posting akan dikeluarkan..macam2 berita dah didengar sampai rasanya keputusn untuk tak amik tahu itu lebih menenangkan diri berbanding dengar yg byk2 tu...Gerun pun ada..huhu..


Namun, aku tetap beryukur, walaupun xdapat lg posting sekurang kurangnya aku ada kerja sementara..walaupun gaji xbesar tp cukuplah..cuma kepuasan bekerja kurang dirasai..namun, ak cuba sebaiknya..

interview SPP sedang berlangsung, tapi nama aku belum disenaraikan..SPP umumkan kalau dalam 2 minggu nama xde iv means nama terpilih utk penilaian khas..huhu..Penilaian khas ni benda baru utk tahun ni, bagi pelajar2 PISMP or ISMP yg cemerlang (pointer 3.5 above dan prktikum at least A- dan diiktiraf oleh IPG/IPTA) akan diberi petempatan secara terus tnpa melalui interview..Bila dengar benda ni bersyukur sgt2..InsyaAllah nama yg xkuar akan diberi penilaian khas..terbaru ptg td tgk kt fb, depa kata pointer 3.67 pulak.tp xpelah kalau ikut pointer insyaAllah lepas lg..ikut praktikum pun  lepas ..Alhamdulillah..

Penilaian khas ni buat aku terfikir sesuatu...dulu kawan2 selalu ckp watpe nk pulun study, pointer 4 ke 3 ke tetap jadi cikgu..dulu aku terdiam jek kerana bg aku pointer itu satu kepuasan..walau stress tp bila dpt pointer tinggi rasa puas sgt2 (even pointer aku xpernah la capai betul2 nombor genap 4)..dan akhirnya nilah jaw terbaik...memang betul dapat pointer 4 ke pointer 3 dapat jd cikgu TETAPI penilaian BERBEZA.. Pointer 4 tak yah IV, pointer 3 kena IV..kan BEZA tu..IV ni satu perkara yg menakutkan bagi aku..kalau memang betul la penilaian khas ni diwujudkan dan aku termasuk dalam golongan ni, memang aku bersyukr sgt2..

satu lagi kriteria cemerlang dapat PK ni adalah pengiktirafan IPG/IPTA.. kalau cemerlang tp IPG x perkenan, xjadi juga..jadi aku rasa pemilihan ni mesti ada kaitan dengan pensyarah2 sebab SUP xkan kenal semua peragai students, pensyarah lain la, duk ngajar, duk selia duk jaga kita..huhu..jadinya, aku terfikir lg satu benda..xrugi jadikan Pensyarah ni kawan..Opss..kawan ni bukan la BODEK tapi kawan untuk berbicara dan bertanya apa saja tanpa rasa segan tapi masih ada rasa hormat tu... mcam BAND PBS sekarang.kena Band 6  ada beradab mithali baru cemerlang bukan Band 1 sekadar tahu jek..huhu.. aku tak rasa rugi rapat dengan lects walaupun pernah digelar aku ni pembodek pensyarah...takpelah biar Allah sahaja yang tahu bagaimana yg sebenarnya..cuma aku masih tetap nk cakap TAK RUGI RAPAT NGAN PENSYARAH....moga pensyarah2 aku sts dirahmati Allah selalu..Terima kasih Puan2, Tuan2 en2..

bila dah kerja bukan cikgu, carilah pulak peluang nk jd cikgu jugak..macam ustaz PPD tu cakap, kalau jalan terus tak boleh kena pandai pilih jalan kanan atau kiri tok sampai destinasi jugak..apa lg GSTT la pilihan..tapi bukan senang nk jd cikgu sekarang...ulang alik PPD pun xjamin dapat...namun, dah cuba yg terbaik..Rezeki itu ditangan Allah...

Konvokesyen...citer konvo ni buat rasa geram jugak..8 bulan hbs belajar baru konvo..tp date betul belum tahu sgt..dgr rumors2 jek skrg ni.katanya hujung bulan 5 or awal bulan 6..hahah..apa jd dah..tahun batch aku semua lmbt, KISSM jek awai..awai2 pun bergaduh ngan final exam..takpelah janji konvo..lmbt pun lmbt la..jnji ada gmbr aku amik scroll atas pentas nanti...sbenarnya lmbt convo pun masalah jugak..ak ada dpt offer keje bagus, gaji pun masyuk la  tp sebab ijazah betul xdapat lag, macam skar nk dapat keje tu..walaupun ada surat akuan IPG tapi macam susah nk diterima..kelayakan lain dah okey, bab ni jek tak settle..Redha jek la, memang rezeki masih di kedai buku...ada hikmah Allah tetapkan..kalau Allah memang nk bg rezeki tu, Allah tetap akan bgi walau ada masalah...huhu..yg penting sabar...Then, sebab xconvo xtau nk apply master macam mana..kalaulah IPG ada tawar master terus kan best tak yah pening kepala nk smbung ktne..bila dah convo macam nk mintak scholarship..tp still xdapat so belum boleh apply lagi..InsyaAllah..ada peluang lain la nanti kan..

Bila org kata IPG atau dulu org kenal Maktab mesti pelik kenapa xposting lagi..dan sebab ni jugak org susah nk bg kerja sebab takut kerja dh bgus2 tiba2 dpat posting, tak ke haru syarikt nanti nk kena cr org on the spot...

apa pun janji aku bahagia dah la..bahagia kan perlu dicari bukan ditunggu...huhu..apa2 pun moga posting dicepatkan ...Ameen ..:)