Saturday, January 22, 2011

reZeki

bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..

benarlah org mengatakan kalau bukan rezeki , memang bukan rezeki kita even walau dh nk masuk mulut sekalipun...

erm..apa yg anda akan buat bila mknn yg anda beli dan letak kt kendraan dalam masa yg singkat tetiba hilang@lesap??? adakah anda akan menjerit? melolong? menangis? atau membiarkan jek?? or buat cam takde apa2 pe...

namun sy pasti, sekiranya pkr kt ats terjadi, mesti kita akan marah, nak tak nak confirm ada la prktaan2 yg xsepatutnya keluar dr mulut kita..mungkin bukan semua tp semestinya ada yg bersikap dgn apa yg sy nyatakan..sy bercakap mengenai diri saya juga la...kalau tetiba mknn yg dibeli hilang, sy memang akan marah smpai dh tak tahu nk buat apa..

persoalan kedua yg sy nk tnya, rasa- rasanya org yg amik mknn or brg org lain xrasa apa2 ke amik hak milik org lain?? kalau dia amik mknn, tak ke dia rasa berdosa seumur hidup sebab mknn tu kan akan jd darah dging dia, n kalau dia amik brg org, dia tak rasa bersalah ke nk guna, kot2 pemilik tu tetiba perasaan tu brg dia, tak ke kantoi nanti or senang cakap org2 yg amik brg org ni boleh ke hidup tenteram??isy2..dunia oh dunia

dari satu aspek, bg org yg brg2 / mknn kena amik ni memang la kena reda akan ketentuan, iyalah bukan rezeki nk mkn mkanan tu, n bukan rezeki nk guna brg tu lama- lama kan, tp dr satu aspek, sian kt pemilik brg tu, tak terfikir ke org yg amik tu, pemilik mknn ni pun org susah (kalau yg amik mknn tu pun org susah la), pemilik mknn ni pun memang kelaparan (kalau org yg amik tu memang tgh lapar),,isy2 xtahu nk kata apalah..

Rezeki Allah yg tentukan, sebagai hamba kita perlu la reda akan ketentuan rezeki yg ditentukan oleh kita..,kalau memang mknn or brg tu memang bukan rezeki kita nak wat camne kan, kita marah/nangis/geram pun kalau Allah dh tetapkan itu bukan mknn kita utk hari tu, maka bukanlah rezeki kita..Mungkin susah nk menghalalkan mknn or brg yg diambil tp sebagai manusia yg bersyukur, kita perlu menghalalkannya dan berdoalah agar org yg amik mknn / brg kita diberi hidayah dan tak buat kat org lain pulak..Ya Allah kau lembutkan hatiku utk menghalalkan mknn yg diamik itu..=(

akhirul kalam, mknn sy kena curi ptg td, so pesanan kepada org2 yg suka amik brg/ mknn org, tlong la jgn ulang lagi ye..kalaupun awak amik sebab awak lapar, kami pun lapar sgt2, duit elaun kami pun xmasuk lagi.,sian kami yg kelaparan jugak ni...walaupun kami pun silap ngak sebab tinggalkan mknn tu, tapi jgn la amik, sebab tu hak org..xpun sekurang- kurangnya jgn la amik semua, amik sikit sudah la...ingat Allah itu ada kt mana2 jek, perbuatan kita akan dihisab..

- note to myself - jaga barang elok2 n jgn tinggalkan brg anda di kenderaan bila anda meninggalkan kenderaan anda ye.-

Friday, January 21, 2011

my Reflection..

Bismillahirahmanirahim...assalamualaikum..

alhamdulillah, masih berada di bumi Allah yang indah dan permai ini..

minggu ni masuk dua minggu dah pembubaran JPP 10/11 dan post ini sepatutnya dipost lama dah, namun, ianya tertangguh disebabkan beberapa perkara yang perlu diuruskan sejurus sahaja meletakkan jawatan secara rasminya hari tu..

setelah dua minggu meletakkan jawatan, sy sedar bahawa dunia saya telah berubah, dr seorg yg sibuk kepada seorg yg xberapa sibuk.. masa sy lebih byk dinikmati dengan kawan2, kerja sy dpt disiapkan dengan awal..malam2 sy tidak lagi dipenuhi dengan meeting dan panggilan2 utk bertanyakan sst, hari2 sy juga semakin dpt dilalui dgn mudah tnpa perlu memikirkan ttg sebarang isu pelajar...dan masa utk keluarga sy lebih byk dpt diperuntukkan..alhmdulillah, hidup semakin tenang dan ceria sehingga ada pljr berjumpa sy dan mengatakan
'muka akak nmpk berseri- seri lps lucut jwtn ye'..huhu

setahun menjadi JPP, hidup dalam tekanan, hidup dalam ketakutan dan hidup dalam keserabutan dan kekelam kabutan ..namun itulah pglmn2 yg tak mungkin sy lupakan, hidup dlm tekanan, keserabutan dan kekelam kabutan mengajar sy mengurus masa dgn baik,keserabutan juga mengajar sy menjadi pengurus yg amat baik.. hidup dalam ketakutan mengajar sy berani menghadapi apa jua cbran dalam hidup ini yg sememangnya amat mencabar...benarlah org kata JPP ni menuntut kekuatan mental dan emosi yg tinggi dan sy akuinya..JPP bukan utk org yg pndai, bukan utk org bijak, bukan utk org yg cntik, hensem tapi utk org yg kuat mental, kuat emosi dan yg ptg kuat rohaninya kerna seminit di JPP menuntut kita bersedia dgn apa jua cbrn yg akan dtg bila2 masa tnpa kita jangkakan..

setahun menjadi JPP, membuatkan sy sdar bahawa sabar itu adalah yg terbaik...bila kita sabar, semuanya jd mudah..semuanya boleh dilakukan dengan baik, terurus dan sabar itu mengelakkan kita jd panas baran dan tension..sy akui bahawa menjadi JPP mengajar sy menjadi seorg yg sgt sabar dan tenang bila hadapi masalah..Alhamdulillah sy dpt sesuatu yg dpt bantu sy menjadi yg lebih baik..benarlah org kata, pengalaman adalah guru yg terbaik..

menjadi JPP mengajar sy hidup berprotokol, mengajar sy berurusan dgn pentadbiran dgn cara yg baik, berurusan dgn pihak2 luar utk menjalankan program, mengajar saya supaya menghormati pensyarah,mengajar sy berkomunikasi dgn baik dgn warga kampus dan belajar utk sts bekerjasama atr satu sama lain tnpa prasangka dan juga mengajar sy belajar dengan bijak/ study smart..

setahun bersama JPP juga sy sedar bahawa, hnya diri kita yg boleh ubah diri kita..sikap kita yg menentukan sapa diri kita..sikap amat ptg dalm menentukan hala tuju kita..menjadi JPP, pelbagai ragam manusia sy perlu hadapi, plbagai masalah yg sy dengar..bila sikap kita xmampu membentuk kita menerima pdpt dan komen org lain, sikap kita xmembentuk kita utk mmberi komitmen, susahlah la kita..JPP membentuk sikap yg positif dlm diri sy...tiada sapa yg mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sdr..

setahun yang lalu, sy pernah menulis ayat ini 'Smile aways and dont crY even masalah itu besar sekali pun....'', tapi sujujurnya sy tetap menangis kerana jawatan ini kerana sy hamba yg lemah..Namun, menangis nya saya bukanlah penghalang utk sy meneruskan perjuangan pada masa itu, air mata yg mengalir itu sy jd kan penguat utk sy utk terus berbakti untk shbt2 sy..dan akhirnya di sebalik air mata yg mengalir itu terletak satu hikmah yg sy sgt besar bg sy.air mata itu mengajar sy erti sebuah kemaafan yg sebenar..Terima Kasih Ya Allah

sy juga ada menulis ' biar badan calar, jangan mental calar' dan alhamdulillah, sampai sy meletakkan jawatan sy masih waras dan sy masih mampu utk menghadapi cbrn2 yg dtg dalam dunia JPP dan alhamdulillah, Allah memberi sy nikmat iman dan kesihatan yg kuat sepanjang sy menjadi JPP..thank you Allah..=)


saya juga menulis ''semoga jalan ini memberi sy sebuah kehidupan yang lebih bermakna, ikatan persahabatan yang lebih erat dan ketabahan yang bermanfaat dan semoga setiap ilmu yg sy perolehi dapat sy gunakan dalam kehidupan seharian saya kini dan selamanya..InsyaAllah...Semoga Allah sentiasa memberi sy kekuatan dan memberi sy fikiran yg bernas untuk saya menjalankan amanah yang diberikan...'

dan akhirnya, syukur, dunia yg sy pilih setahun yg lalu sememangnya memberi khidupan yg sgt bermakna buat sy, sy dpt kecemerlangan yg tak pernah sy terfikir sy mampu lakukannya, ikatan pershbtn dan ukhuwah yg sgt kuat, ketabahan yg sungguh bermakna, dan ilmu yg sgt bermanfaat utk diamalkan di masa2 hdpn dan Allah juga memberikan kekuatan pd sy yg sgt byk sehingga sy mampu berdiri sehingga akhirnya dan alhmdulillah, Allah sts mengurniakan sy fikiran yg bernas utk sy menjalankan amanah sy...

bagi saya, setahun menjadi JPP byk yg sy pelajari..sy akui, sy bukanlah yg terbaik, tapi ketahuilah sy sudah berusaha utk lakukan yg terbaik..

Saya memohon ampun kpd semua andai spjg sy berkhidmat sebagai JPP, sy ada melakukan kesilapan, menyinggung perasaan anda semua atau sy tidak dpt menyelesaikan masalah2 anda.

terima kasih kerana membantu sy menjalankan amanah ini..jasa budi baik kalian tak mampu sy balas dengan wang ringgit mahupun harta benda, hanya Allah shj yg mampu membalasnya...

Terima kasih sy ucapakn pada semua yg membantu sy, AJK2 EDK yg tersyg yg byk bantu sy dan fudhail mnguruskan hal2 berkaitan EDK..tnpa kamu smua, xmungkin tangan ini cukup utk membuatnya..terima kasih=)..

terima kasih pada my roomate yg memahami kesibukan sy dan berkongsi saat duka sy,

terima kasih pada my classmate sy, yg sts membantu sy dlm pljrn,

terima kasih pensyrah2 terutama Penasihat JPP, Ustz Ismail Che Ku yg mempercayai kami dan membantu kami menguruskan program2 JPP dan IPG..

terima kasih shbt JPP 10/11 ats komitmen terbaik yg kalian berikan, pglm bersama kalian adlh saat terindah utk dikenang..terima kasih..will miss to work with u all=)

tak dilupakan, sokongan mak & Abah dan adik beradik juga sgt sy hargai, byk masa utk keluarga terpaksa dikorbankan demi JPP..terima kasih utk mak, abh, akak2 n abg2 kerna sokongan kalian menjadi pendorong utk sy lbih kuat..syg semuanya...=)

hari ini, setahun yg lalu itu telah berjaya sy tamatkan dengan citra warna yg indah utk sy kenang, utk sy ceritakan pada adik2 sy, utk anak2 sy nanti..

setahun yg lalu itu sudah pun berakhir, jauh di sudut hati kecil ini , sy rindu dgn kesibukan JPP, sy rindu dgn usrah sy rindu utk menyiapkan laporan, sy rindu melukis plan, sy rindu dgn protokol, sy rindu dgn meeting dan sy rindu dgn shbt2 JPP sy dan AJK2 sy..
namun, sy akui hukum alam , bila ada permulaan, akan ada pengakhiran..saya reda kerana sy telah mencuba utk melaksanakan amanah sy dgn baik..saya berharap kepimpinan JPP 11/12 akan menjadi lebih baik dr kami...insyaAllah dan sy akan sedia membantu kepimpinan kalian..insyaAllah..

akhirul kalam..Alhamdulillah tamat sudah cerita JPP saya..=)selamat tinggal dunia JPP...izinkan sy menjalani kehidupan normal kembali...=)

Friday, January 14, 2011

iyak anak Ugik..

bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..

aga kareba sappo?

Alhamdulillah, masih ada ruang dan kesempatan utk sy terus menulis di kalam ini..

mengenali keturunan sendiri membuat kita mengenali siapa diri kita..sem ni sy belajar ttg Budaya dan Pembelajaran yang memerlukan sy untuk mengetahui pelbagai jenis budaya kaum yg ada di Malaysia...salah satu tugasan tutorial adalah mencari salah silah keturunan masing..

jadi, kami sekelas perlu mencari asal usul keturunan kami..bila dilihat tugasan ini memang agak sukar namun jika dilihat dari aspek yang positif ianya meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan rasa cinta dan kasih kita pada keturuna kita sendiri..

.....
nenek moyangku orang pelaut... gemar mengarung luas samudera...

iyak anak ugik..

ye, sy anak Bugis dan sy bangga menjadi anak Bugis..sy bangga dengan keturunan saya dan saya bangga dengan budaya yang saya amalkan ini..

mungkin sy bukan anak bugis yang mahir berbahasa bugis dan bukanlah yang mengamalkan cara hidup Bugis dengan sempurna, namun sy tetap bangga org tahu bahawa saya adalah anak Bugis...

saya bersyukur, keluarga sy masih tahu berbahasa bugis (walaupun sy xberapa tahu), sy bersyukur krn keluarga saya masih kenal dengan tradisi makanan dan cara hidup Bugis...sy bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang masih berpegang dengan adat hidup Bugis sehingga saya tahu asal usul saya...

melalui tutorial yg diberi, sy byk tahu ttg asal usul orang Bugis ini, byk pkr yg membuatkan sy lagi berbangga dengan keturunan saya ini...skrg sy masih di dalam proses mencari dan mendalami masyarakat Bugis..insyaAllah di post akan dtg, sy akan cuba menulis ttg keturunan saya ini...

walaupun kita semua dilahirkan dalam keturunan masyarakat yang berbeza, ada di antara kita berketurunan Bugis, Jawa , Banjar, Mandalieng, Pagar Ruyung, etc, namun kita tetap serumpun dan kita juga mempunyai 1 persamaan iaitu agama...itulah indahnya Islam, menyatukan semua kaum di bawah satu pegangan yang sama yang membawa kepada keindahan hidup yang sempurna..

iyak to ugik, iko to jawa, tafi iyak sibawa iko tetak selleng...


..sesiapa yg terbaca post ni and seorg yang berbangsa Bugis, mari kita berkongsi ttg Ugik la.=)

Thursday, January 13, 2011

Perjuangan...

bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..



Saturday, January 8, 2011

tentang BUSY or SIBUK

bismillahirahmanirahim..assalamualaikum

alhamdulillah, hari ini dilalui dengan baik nikmat kasih dan sayang Allah S.W.T

hari ni, saya nk menulis tentang BUSY atau Melayunya SIBUK..kenapa kita sentiasa busy dan sibuk ek??
ungkapan ni mesti biasa anda dengar kan

1) kenapa xdatang semalam ? ''maafla, saya sibuk la''
2) kenapa awak xsiapkan keja ni? ''maaflah, saya busy sgt2 smpai terlupa nk buat''
3) kenapa nk balik cepat sangat ? ''maaflah, sy tak ada masa la, hari ni sibuk sangat, jadinya nk blik awal siapkan keje yg tak siapkan lagi..
4) kenapa dah lama tak balik kampung? ''mintak maaf la mak, xdpt balik kg, nk balik tapi asyik sibuk jek, tu yang tak sempat nk balik tu, maaf ye mak..''

erm, mungkin ni sedikit jek la ungkpn ttg sibuk or busy..dunia semakin lama semakin sukar untuk kita teroka, masa semakin lama semakin pendek dirasakan sampai 24 jam yang dikurniakan oleh Allah S.W.T rasa memang tak cukup sampai kadang- kadang ada yang tak tidur or berehat untuk siapkan kerja yang bertimbun..

persoalannya, kenapa kita terlalu busy??? adakah kita segaja untuk menyibukkan diri atau benar- benar kita sibuk sehingga kita terlepas pelauang yang berharga, kita hilang masa senggang kita , kita hilang masa untuk diri kita dan hilang masa untuk keluarga dan mungkin ada yang sampai hilang masa untuk Alla S.W.T...(nauzubillah, moga2 walau sesibuk mana, kita masih ada masa untuk Allah S.W.T.)

Dunia semakin lama semakin menghimpit kita, kita sibuk kerana sebenarnya kita kurang mahir dalam pengurusan masa..kalau kita pandai uruskan masa, rasanya pasti takde istilah TAK ADA MASA dalam hidup kita..walaupun memang kadang2 kerja teramat lah banyak sampai tak terlarat nk buat tapi bila saya fikirkan kembali, kerja2 itu boleh diuruskan dengan baik sekiranya kita pandai uruskan masa..

contohnya, mungkin segala assignments kita boleh siap semua kalau kita planning betul2 untuk menyiapkannya dan buat dengan bersungguh- sungguh tanpa buat keje yang kurang berfaedah, macam main game or bermain Fb...bukanlah sy kata xleh main, sy pun ber facebook juga, tpi mungkin betullah, kalau sy tidak berfacebook ketika membuat assignments, mungkin kerja saya akan siap dengan baik..apa2 pun tanya diri anda sendiri 'kenapa saya sentiasa sibuk ye??'

kesibukan kita kdg menyebabkan kita takde masa untuk diri kita sendiri..sy dh alami benda ni, terlalu sibuk sehingga tiba2 sy rasa sy dh lupa untuk bg diri sy rehat, lupa untuk bergembira dgn rakan, apa yg sy tahu ketika itu, kerja saya siap...

namun sebenarnya kesibukan akan mengajar kita erti kematangan, erti kesungguhan dan erti ketaqwaan dan menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T..

bila kita terlalu sibuk, tidak dapat dinafikan, nak solat pun terkejar- kejar, nk baca quran pun kena amik masa yg betul2 relax, nk solat malam pun tak sempat- sempat..jadinya, bila kita seorang yang Muslim yang sebenar, kesibukan akan mengajar kita menyusun waktu untuk Allah S.W.T, menguatkan keimanan kerana bila kita sibuk kita antara dua nak atau xnak buat, jadinya ianya menguatkan keimanan kita sekiranya kita tetap melaksanakan perintah Allah S.W.T tak kira sesibuk mana pun kita. kita akan sentiasa mencari masa untuk membaca al- Quran dan kita sentiasa memperuntukkan waktu malam kita untuk beribadat kepada Allah S.W.T..insyaAllah sekiranya kita sentiasa bermuhasabah diri, kita pasti dapat apa yg kita inginkan..

kesibukan mengajar kita kematangan, kematangan berfikir untuk menyelesaikan tugas dengan cepat dan teratur..kesibukan menjadi suatu proses untuk kita belajar tentang hidup ini..belajar untuk mematangkan diri menerima apa jua dalam hidup ini...

kesibukan juga akan mengajar kita tentang kesungguhan, kesungguhan dalam hidup, mengejar kecemerlangan hidup dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, kesungguhan menyelesaikan masalah dan kesungguhan mencari erti kepuasan dalam hidup..

apa pun, walau sesibuk mana pun kita jangan sampai kita lupa Allah , jangan sampai kita lupa mak ayah, keluarga dan jangan lupa hidup di dunia ini sementara sahaja, walaupun sesibuk mana kita mengejar dunia, ingatlah bahawa akhirat jua yang kekal abadi..

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)". (al-'Ankabut [29] : 64)

semoga masa- masa sibuk yang kita jalani bermanfaat dan diredai Allah S.W.T..insyallah

wallahualalam...

Wednesday, January 5, 2011

Detik itu..

Assalamualikum..

Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini sehingga saat ini..

masa berjalan dgn terlalu pntas tnpa sy sedari bahawa sy telah menghampiri detik meletakkan jawatan sebagai NAIB EXCO DISILIN DAN KESELAMATAN JPP 2010/2011..

dah setahun rupanya sy memegang jawatan tersebut, dan Isnin ini saya akan secara rasminya meletakkan jawatan tersebut disebabkan itulah yang telah ditetapkan..walaupun byk cbrn yang dihadapi spjg memegang jawatan tersebut, tp untuk melepaskannya sy turut berasa sedih disebabkan, sy rasa sy tidak menjalankan tugas dgn sebaiknya, namun sy perlu yakin bahawa saya telah pun melakukan yang terbaik...rasa sayang untuk meninggalkan shbt2 JPP yang sama- sama
berkongsi suka dan duka, bekerjasama menguruskan segala hal dan sedih juga untuk melepaskan AJK2 yang byk membantu sy dan ketua say menjalankan tugas kami..

itulah fitrah duniawi, bila adanya permulaan, pasti ada pengakhiran..saya perlu akur dgn ketentuan ini, ianya adlah proses yang perlu dilaksanakan utk melahirkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan guru pelatih..

apa yg dirasa, dilalui sepjg berada dalam dunia JPP , akan kekal terpahat di ingtan dan sesungguhnya pglmn sethun di JPP lebih mematangkan diri ini, JPP bukan sahaja tempat melatih kepimpinan namun melatih kita menjadi org2 yg sabar, bljr untuk mengawal emosi, bljr untuk bekerjasama dgn org lain, bljr untuk bersatu, belajar erti kejujuran, dan yg ptg JPP merupakan medan untuk kita mengenali dan merapatkan diri kita dengan Allah S.W.T

banyak org bertanya kepada saya 'akak xnk sambung JPP ke?' 'tiqah xnk smbung JPP'

jawapan saya Tidak, kerana saya ingin lebih ramai lagi org lain yang berada di dunia kepimpinan ini..lgpun Timbln pgrh adalah menyatakan, jangan undi yg dah prnh jd JPP, kita ingin lahirkan lebih ramai pemimpin lagi..bukan takut untuk kalah andai masuk kembali, namun bg saya cukup lah setahun sy memegang jawatan ini, saya ingin berehat sebentar dr dunia kepimpinan untuk membolehkan sy bersedia dgn praktikum pertama saya..walaupun sy tahu, xmungkin sy akan dpt berehat kerana kepimpinan itu darah daging saya, namun sy perlu akur kudrat sy skrg ni xmembolehkan sy berada di dunia kepimpinan secara langsung..InsyaAllah dunia kepimpinan akan tetap di hati saya, namun sy akn memberi peluang kpd adik2 dan shbt2 sy yg lain untuk merasai dunia kepimpinan ini juga... izinkan sy menyepi sebentar dr dunia kepimpinan ini..sepi sy bukanlah terus menyepikan diri, namun sy sudi dan sedia untuk membantu dr belakang..

detik untuk pengakhiran sy tinggal beberapa hari saya lagi..semoga sy dan shbt2 JPP dpt mengakhiri kepimpinan kami dengan baik..segala salah dan silap kami , kami mohon ampun..
dan saya mengharapkan kepimpinan selepas ini akan lebih baik dari kami..

Monday, January 3, 2011

Cerita Hari Pertama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini sy masih diberi nikmat oleh Allah S.W.T untuk meneruskan pengajian saya di bumi IPG KPI yang tercinta..hari ini saya masih diberi ruang dan kesempatan untuk bertemu kembali sahabat sekuliah dan shbt2 lain di sini..

hari pertama semester ini sememangnya mencoretkan seribu cerita yang tak mungkin dilupakan, cerita ttg kuasa dan pengaruh, cerita ttg penindasan , perubahan, penambahbaikkan…

Saya menghadapi hari pertama sem ini dgn mencabar, berhadapan dgn insan yang menggunakan kuasa yg melulu, insan yang bagi saya tiada perasaan waima sekecil zarah, berdepan dengan insan yang hanya tahu kemenangan berpihak kepadanya jua berdepan dengan erti sebuah kelemahan dan keinsafan..namun saya sedar bahawa mencabarnya hari yang saya lalui ini, tak mungkin seperti mencabarnya zaman Rasulullah menyampaikan ajaran Islam..

hari ini dilalui dengan cerita yang membuatkan diri ini sedar bahawa kita hanya mampu merancang , Tuhan yang menentukan..insaf bahawa hanya kesabaran dan toleransi yang mampu menjadikan kita mampu untuk hidup bermasyarakat dan tahu bahawa kita perlu menerima qada’ dan qadar Allah dan meneyedari bahawa pentingnya Tawakkal setelah berusaha..

Walaupun penat dan letih sepanjang hari , namun berkat dipinjamkan kesabaran dan kekuatan dari Allah S.W.T. saya masih mampu untuk meneruskan perjuangan untuk hari esok..Saya sedar bahawa Allah adalah sebaik- baik tempat mengadu dan Allah jua la yang membantu kita dalam apa jua keadaan...Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang kau berikan ini...Usah mengeluh kerana saya perlu sedar bahawa ini hanyalah Ujian kecil yang diberikan kepada saya..

Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya untuk mengubah apa yg dibuatnya..kau lembutkan hatinya untuk menerima pandangan kami ini, kau lembutkan hatinya untuk tidak sentiasa melakukan perubahan yang kami tak mampu untuk patuh dan Ya Allah kau tenangkan jua hati- hati kami supaya kami berjaya mencari penyelesaian terbaik untuk menerima arahannya, kau kekalkan di hati kami rasa hormat kepadanya sebagai guru kami…hanya Pada-Mu kami memohon pertolongan..Kau sabarkan kami dan berilah rahmat ke atas kami…

Ya Allah, kau tabahkan hatiku menerima kelemahan diri ini, kau insafkan diriku pada erti sebuah kelemahan ini..kau redakan diriku menerima ketentuan ini..Hanya Pada-Mu aku berserah Ya Allah..Jangan kau jadikan aku dari golongan yang tidak tahu bersyukur atas nikmatMu,

* semoga hari ini menjadi pemangkin diri untuk menuju ke sebuah destinasi yang penuh dengan rahmat Allah S.W.T *