Saturday, November 13, 2010

ThiNk aBout This.......=)

Situasi 1

A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”

B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”


Situasi 2

A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”

B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”


Situasi 3

A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”

B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4

A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”

B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”

A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”

B: “Lagila tak. Malu.”


Situasi 5

A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”

B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”

Situasi 6

B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”


Situasi 7

A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”

B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!

Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]

Sunday, October 31, 2010

EXAM....

Salam..

kepada semua Shbt2 yg akan menduduki Final Exam utk semester ini..Semoga berjaya..jangan lupa solat dan doa byk2.....all the best friends...

saya mohon ampun dan maaf andai ada tersilap tutur bicara selama ini..halalkan segala perkongsian yg dilakukan...



Saturday, October 30, 2010

Azab Bagi Wanita

Azab Bagi Wanita


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Salam...

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



Friday, October 29, 2010

ENtahlah

salam...

hari ini nk meluahkan rasa yg memang dh lama terpendam.........

1) pasal brg dlm my room D324- tolonglah sesiapa yg bawak keluar my things eg: sudu, mangkuk pinggan, please pulangkan semula..sy dh tak larat asyik nk beli sudu...(sejak naik ni dh 3 kali sy beli sudu = maksudnya dh 6 buah sudu sy hilang dalam masa 3 minggu)..kepada yg berkenaan tolong BERTANGGUNG JAWAB atas brg2 sy yg awak guna....!!!.keluarga sy bukan ada kilang sudu!!

2) pasal org dtg dan duk bilik sy pastu borak2 pasal pakwe2, lelaki2 dh terlebih bersenda gurau, tolong perlahan sikit suara tu..lg2 nk exam ni..sy tak boleh stdy kalau org bising sgt...to 'org tu' tahu tak masa UAK tu sy study ats sofa tepi tangga sampai kul 12 sebab tak larat korg bising IN MY ROOM!!!..kalau nk study sy tak marah tapi please behave urself...

3) pasal org yg rasa diri dia professional tp tak profesional, please ubahlah cara tu ye.. kalau rasa anda memang bertanggung jawab, bertanggung jawab la dgn baik..tak perlu nk wat statement yg buat org lagi marah..

4) pasal org yg tak reti nk berterima kasih dan hnya tahu menyalahkan org semata- mata tanpa menyelidik sebelum tu, tolongla jgn buat org lain mcm tu..

..mungkin sebelum ni sy tak pernah nk luahkan apa yg sy rasa but sy dh tak mampu melainkan menulis dlm blog ni walaupun bukan sebab ini sy menubuhkan blog ini...

ap yg sy katakan dlm blog ni untuk diri sy juga ..moga ianya menjadi muhasabah pada diri sy juga untuk membetulkan yg biasa dan biasakan yang betul...

Ya Allah maafkan diriku....

Wednesday, October 27, 2010

Diri Kita....

salam bahagia....
''Org kata jgn dipaksa org lain nk jd mcm kita nak,lau xsuka belah r...Pastu jgn duk fkir diri tu sempurna,tgk2 lah diri tu dulu k...n more thing, org akn lazer lau kite tu 2x lazer dr org,cuma ko je tak perasaan pdhal dah rmai yg terasa hati dgn ko! Belah r...''
terkesan hati ini apabila membaca wall post seorang teman di fb nya.. Betul kita memang tak boleh nk paksa org jadi macam kita sebab kt dunia ni memang tak ada yg sempurna...Tapi sebagai manusia kita dianugerahkan akal yang membolehkan kita menjadi lebih baik dr org lain...

Bila kita mengumpat org, memang tak mustahil org akan mengumpat lg byk ttg kita, tp itulah hakikatnya..kenapa ek..ermmm...sebabnya masing2 tak pernah puas hati dgn apa yg ada pd dirinya..apa yg pntg ingat kelemahan hari ini adalah penentu kejayaan masa akan dtg...

bercakap ttg kesempurnaan ini, hnya Allah shj yg memiliki segala kesempurnaan...cuma sebagai manusia jgn berhenti berusaha untuk menjadi lg baik sekiranya ada peluang itu..

perlukah kita menyatakan pada org bahawa kita tak suka cara dia, kita tak suka apa yg dia buat, kita tak suka ap yg dia kata???need or not need...ask urself....

peringatan untuk diri saya, kita boleh bantu org utk jd lebih baik tp ingat diri awak pun pun belum lg sempurna..doakan yg terbaik untuk semua dan tak ada sapa yg dpt bantu kita melainkan diri kita sendiri...Jadilah yg terbaik utk diri kita sendiri kerana andai kita menjadi terbaik utk org lain pasti kita merasa susah diakhirnya....

kepada sahabat2 yg kenal diri ini, maafkan diri ini andai mungkin selama ni perbuatan sy menyebabkan ada yg terkecil hati..ayuh bersama bermuhasabah diri menuju keredaan ilahi...

Salam...

WHEN WE LOVE SOMEBODY SET THEM FREE...



"When you loose someone close to your heart, see your whole world fall apart, and you try to go on but it seems so hard, Allah knows.. Indeed He already prepared something for her, for you for all of us! The best plan! Insha Allah"