Wednesday, October 21, 2009

Doa Ketika Berhadapan Dengan Perkara Rumit

Salam bahagia...

Doa Ketika Berhadapan Perkara Rumit:

Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dengan mereka)dengan yang benar ; dan Tuhan kami ialah yang melimpah- limpah rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu. (Al- Anbiya': 112)

Keterangan Ayat:

Daripada Qatadah, beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad S.A.W diajar oleh Allah S.W.T. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah baginda sentiasa berada pada pihak yang benar sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Diriwayatkan baginda akan membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir ibnu Hatim, tafsir ayat 112 surah Al- Anbiya')

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat di atas apabila berhadapan dengan situasi sukar contonhya ketika menghadapi tekanan, sedangkan kita berada di pihak yang benar

- Dipetik daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al- Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru.-

0 comments: