Monday, September 27, 2010

Salam...

Alhamdulillah hari ini Allah S.W.T masih memberi kita nikmat kesihatan yang baik dan ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian.. Namun, dalam kita menikmati kesihatan yang dikurniakan Allah, jangan kita lupa bahawa nikmat kesihatan itu mungkin diambil sekelip mata sahaja... Di dalam sebuah hadis Nabi S.A.W telah mengingatkan kita tentang 5 perkara sebelum datangnya lima perkara supaya kita sentiasa beringat dalam apa jua keadaan..5 perkara tersebut adalah :

1) masa mudamu sebelum tua,
2)masa sihatmu sebelum sakit,
3)masa lapangmu sebelum sibuk,
4) masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin
5) masa hidupmu sebelum mati.

Maka, ayuhlah sahabat, kita sentiasa meningkatkan amal ibadat kita kerana kita tidak tahu bila tiba masanya kita akan dijemput berjumpa Pencipta kita..teringat kata- kata YDP saya ''Kita tidak pernah sign kontrak untuk saat kematian kita''..beramallah kita seolah- olah kita akan mati esok...

Sahabat, dalam keriahan kita masih menyambut Aidilfitri, usah kita lupa pada yang kurang bernasib baik...

Sahabat, marilah kita bersama- sama mendoakan kesihatan Sahabat JPP sy iaitu YDP IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yg kini berada di Hospital Temerloh dan berada dalam keadaan yang kritikal... penyakitnya masih tidak dapat diketahui dengan jelas...moga Allah S.W.T memberikannya kesembuhan untuk beliau terus berbakti memperjuangkan agama dan mendidik anak bangsa..InsyaAllah berkat doa shbt2 sekalian, Allah memperkenankan doa kita semua....

Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan pada Muhammad Syafiq Abdul Manaf, berikanlah dia kekuatan dalam menghadapi penyakitnya Ya Allah..Sesungguhnya hanya engkau pemberi kesembuhan...

YDP, moga dirimu terus kuat untuk melawan ujian sakit ini..kami mendoakan YDP kembali sihat seperti sediakala untuk terus bersama kami menegakkan agama Allah dan membangunkan Ummah...















Saudara Syafiq (bersongkok) bersama naib YDP 1 kami , saudara Bukhari..


untuk renungan bersama...

'' Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dgn sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur, hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku kerana musibah dlm bentuk apa pun adalah Rahmat Allah yg disiram kepadanya yg akan membersihkan karat-karat dlm jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap org yang beriman. Ketika ianya menjadi bersih dna suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya berlimpah- limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterima dengan sabar dan Redha..'' ..ibnu Qayyim..

......

Semoga Muhammad Syafiq akan sihat seperti sediakala...Amin...

0 comments: